PERKEMBANGAN SUMPAH LAKNAT DATUK T

Share Entry Ini 1 ulasan:

KRONOLOGI

2.10PM - Majlis Angkat Sumpah Laknat Kecoh
Majlis angkat sumpah lakmat salah seorang trio 'Datuk T', Datuk Shazryl Eskay Abdullah yang dijadual diadakan di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul di sini, Jumaat kecoh apabila jemaah dan penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) masuk ke ruang solat utama di hadapan mimbar masjid.
Suasana menjadi tidak terkawal sekitar pukul 2.10 petang apabila mereka melaungkan takbir sambil dipercayai bagi menghalang majlis angkat sumpah diadakan.
Bagaimanapun Shazryl Eskay yang pada mulanya dijadual turut sama menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan masih belum hadir ketika berita ini ditulis.
Kekecohan seterusnya berlaku apabila Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin masuk ke ruang solat di tengah-tengah kekecohan berkenaan.
Shamsul Iskandar kemudiannya dijulang oleh penyokong PKR sambil menunjukkan buku 'Qazaf' - hukum Islam.
Ketegangan terus berlaku apabila penyokong yang dipercayai di pihak Shazryl Eskay bertindak mengganggu ceramah ringkas Shamsul Iskandar.
Penyokong PKR kemudiannya menunaikan solat sunat hajat.

2.30PM - Majlis Sumpah Laknat Eskay Dibatalkan
Majlis angkat sumpah laknat salah seorang trio 'Datuk T', Datuk Shazryl Eskay Abdullah dibatalkan ekoran kekecohan yang berlaku dalam ruang solat utama Masjid Amru Al-As Bandar Baru Sentul di sini, Jumaat.
Pembatalan upacara angkat sumpah berkenaan diumumkan Pengerusi Masjid, Abdul Razak Husin kira-kira pukul 2.30 petang.
Kira-kira 2,500 orang memenuhi ruang masjid berkenaan.
"Saya difahamkan angkat sumpah yang dijadual diadakan oleh pihak-pihak tertentu itu telahpun dibatalkan.
"Saya merayu kepada tuan-tuan supaya beredar daripada runag solat ini bagi mengelakkan suasana terus tegang.
"Saya tidak menyebelahi mana-mana pihak, hanya sekadar mahu memastikan kesucian masjid tidak tercemar," katanya.
Bagaimanapun tidak dapat dipastikan di pihak Shazryl Eskay sama adamajlis berkenaan benar-benar dibatalkan ataupun dipinda tempat.

4.10PM - Trio 'Datuk T' Tiba Di Masjid, Dipercayai Mahu Teruskan Sumpah Laknat
Trio Datuk T iaitu Datuk Shazryl Eskay Abdullah, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Datuk Shuib Lazim dilihat memasuki Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul di sini, Jumaat dan menunaikan solat sunat pada pukul 4.10 petang.
Mereka dipercayai berada di sini bagi meneruskan majlis sumpah laknat yang sebelum ini dibatalkan ekoran kekecohan yang timbul selepas solat Jumaat tadi.
 
4.15PM - Shazryl Eskay Bersumpah Bahawa Pelaku Video Adalah Anwar
 Datuk Shazryl Eskay Abdullah yang merupakan salah seorang trio 'Datuk T' bersumpah laknat bahawa pelaku dalam video seks melibatkan pemimpin pembangkang adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau melafazkan sumpah laknat berkenaan di hadapan media bersaksikan pembantu imam Masjid Amru Al-Asr Bandar Baru Sentul kira-kira pukul 4.15 petang Jumaat.
Shazryl Eskay memulakan upacara dengan mengucap dua kalimah syahadah sambil memegang senaskah Al-Quran.
"Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang berikrar dan bersumpah seperti berikut:
"Wallahi wabillahi watallahi, aku bersumpah bahawa aku dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam paparan video yang telah dirakamkan pada 21 Februari 2011.
"Dan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video tersebut. Sekiranya aku melakukan fitnah dalam kenyataan bersumpah ini, maka Allah akan melaknat akan diriku" katanya.


 

[SHARE] TANDA-TANDA SEBELUM KEMATIAN

Share Entry Ini 3 ulasan:
100 HARI SEBELUM MATI:
  • hanya disedari oleh mereka yang dikehendaki oleh Allah s.w.t sahaja, walaubagaimanapun semua orang islam akan merasainya cuma antara mereka sedar atau lara di dunia ini.
  • Berlaku selepas asar, seluruh tubuh dari hujung rambut hingga hujung kaki bergetar seakan mengigil.
  • Tanda ini akan hilang selepas kita menyedarinya.
  • Bagi merasa tanda ini persiapkanlah diri dengan memanfaatkan masa yg ade dengan beribadat kepada Allah.
40 HARI SEBELUM MATI:

  • berlaku sesudah asar, pusat berdenyut-denyut .Sewaktu ini nama kita akan gugur dari pokok yg terletak di arasy Allah s.w.t.
  • Gugurnya daun yg tertera nama kita itu,malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula buat persediaan utk mencabut nyawa kita.
  • Kepada mereka yang terpilih,malaikat akan memperlihatkan wajah mereka sekilas dan jika ini terjadi seseorang itu akan bingung seketika.
7 HARI SEBELUM MATI:
  • diberikan kepada mereka yang diuji musibah kesakitan dimana tiba-tiba tiada selera untuk makan. 
3 HARI SEBELUM MATI:

  • Terasa denyutan dibahagian tengah dahi iaitu antara dahi kiri dan kanan.
  • jika dikesan tanda ini, seeloknya berpuasa supaya perut tidak mengandungi najis dan memudahkan urusan orang yang memandikan nanti.
  • Mata hitam tidak bersinar lagi dan bagi orang yang sakit,hidungnya akan jatuh perlahan-lahan dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari sisi.
  • Telinga akan layu dimana bahagian hujungnya beransur-ansur masuk kedalam.
  • Tapak kaki terlujur akan perllahan-lahan jatuh kedepan dan sukar ditegakkan.

1 HARI SEBELUM MATI:

  • Berlaku sesudah asar dimana dirasa kan satu denyutan sebelah belakang di kawasan ubun-ubun ,ini menandakan kita sempat menemui asar seterusnya.
TANDA AKHIR:
  • Kita akan merasa satu kesejukan di bahagian pusat dan akan turun ke pinggang dan seterusnya ke halkum.
  • sewaktu ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri menanti kedatangan malaikat maut menjemput kita kembali kepada Allah yang maha Esa.

    MB NEGERI SEMBILAN 'TAZKIRAH' ADUN SEBAB PERSOAL TALKIN??

    Share Entry Ini 2 ulasan:

    Seorang anggota pembangkang yang mempersoalkan kandungan talkin yang didakwanya tidak dapat diterima akal, diberikan 'tazkirah' selama 10 minit oleh Menteri Besar, Datuk Seri Utama Mohamad Hasan semasa persidangan Dewan Undangan Negeri Negeri Sembilan.

    Rashid Latiff (PKR-Ampangan) dalam soalannya mempertikaikan bacaan talkin yang menyentuh tentang cacing yang membaham jenazah orang Islam selepas dikebumikan sedangkan menurut beliau, di kawasan perkuburan orang Islam tertentu, cacing tidak wujud.

    "Bukankah Islam itu sendiri bertitik tolak dari fakta. Apakah silap pihak berwajib dalam hal ini?” kata Rashid dalam soalannya.

    Mohamad menjawab: “Sebagai orang Islam, kita kena akui alam ghaib. Alam ghaib tidak boleh dibanding dengan hukum akal dan logik. Bacaan talkin ini pada pandangan saya adalah untuk orang yang hidup macam Yang Berhormat dan bukan pada si mati.” Beliau kemudian mengingatkan wakil pembangkang itu supaya “jangan asyik membeli nombor ekor” dan melupakan hal kematian.

    Ketika ini beberapa orang penyokong DAP dilihat tersenyum manakala Mohamad Taufek Abdul Ghani (Pas-Paroi) pula menundukkan muka.

    Blacklist Boleh Renew Roadtax Dan Lesen!!

    Share Entry Ini 9 ulasan:

    Baca dulu statement berita di bawah:

    SPRM DI HENTAM KIRI DAN KANAN! INI SERIUS!

    Share Entry Ini 2 ulasan:

    Pada saat dan ketika ini, semua orang menuding jari ke arah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di atas apa yang sedang melanda agensi itu.
    Kematian kedua yang berlaku ke atas saksi di premis SPRM adalah ibarat malang yang tidak berbau. Ia adalah satu tragedi yang sudah pastinya tidak dipinta oleh SPRM sendiri. Malah tragedi ini terjadi pada detik SPRM dan agensi-agensi penguatkuasaan serta pencegahan yang lain sedang melakukan tugas yang sangat cemerlang dalam membersihkan negara kita dari gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa.


    Pada saat dan ketika kita perlu mengucapkan syabas dan tahniah kepada SPRM, sebaliknya, kita mengecam dan menyalahkan SPRM di atas apa yang terjadi di premis agensi itu...malang sungguh nasib SPRM. Malah ada orang menyindir dengan kata-kata SPRM kena pergi mandi bunga buang “badi” dan “unsur-unsur negatif” yang ada pada badan agensi itu. Namun itu semua adalah perkara mengarut.


    Yang harus kita semua lakukan dan berikan ialah kata-kata semangat supaya SPRM tidak lemah semangat dan tidak putus asa dalam usaha mereka membanteras rasuah dalam negara kita. Ini semua adalah dugaan kepada SPRM. Masa mereka bergelar Badan Pencegah Rasuah (BPR) tidak berlaku insiden-insiden pelik pun sepertimana yang terjadi sekarang. Mungkin kalau ada pun kita tidak tahu kerana pada masa itu BPR berfungsi boleh dikatakan di dalam keterasingan (isolation).Tetapi kini wajah BPR telah berubah kepada sebuah agensi yang lebih besar dan penting sepenting namanya sekarang iaitu sebuah suruhanjaya.


    Maka tidak hairanlah segala tindak tanduknya lebih berprofil tinggi. Bila dah berprofil tinggi, ia menjadi perhatian dan pemerhatian awam.
    Pada premis yang mana pejabat SPRM terletak di tingkat atas, langkah meletakkan kamera litar tertutup mestilah diwajibkan. Semua pihak sekarang tidak puas hati dengan kejadian yang berlaku di premis SPRM. Semua orang mendesak untuk mengetahui apa yang sebenarnya berlaku. Semua orang inginkan jawapan.


    Tetapi terimalah hakikat bahawa kita tidak mungkin akan memperolehi jawapan yang hakiki kerana tidak ada siapapun yang menyaksikan kejadian pegawai kastam itu terjatuh dari tingkat tiga bangunan berkenaan.


    Hanya Tuhan sahaja yang mengetahui kejadian sebenar. Yang kita harus tentukan sekarang ialah janganlah sampai tragedi malang yang berlaku di SPRM itu mengalih perhatian dan penumpuan sebenar kita ke atas usaha memerangi rasuah. Kerana itulah musuh kita yang sebenarnya.


    LOGO BARU PROTON TIRU LOGO LAMA PEUGEOT !!

    Share Entry Ini 14 ulasan:


    Cecite..cecite..betul ke ni??
    sekadar pandangan peribadi aku.Malas nak komen lebih-lebih nanti kena saman mampuih!Dari apa yang aku nampak adalah sikit persamaannya.Untuk info logo Peugeot itu adalah ciptaan pada tahun 1960 dan melalui evolusi perubahan sehinggalah kepada logo semasa sekarang.




    Evolusi Perubahan Logo Proton



    p/s-Apa Pendapat anda?



    Malaysiakini Di Hack! Tak Boleh Di Akses! Angkara Siapa??

    Share Entry Ini 2 ulasan:

    Sehingga jam 6.00 petang tadi, laman web Malaysiakini masih tidak boleh diakses kepada pembaca selepas semua pelayannya (server) gagal berfungsi sejak jam 11 pagi tadi.
    Pembaca tidak dapat membaca berita yang dikendalikan di pelayan yang dihoskan di dua pusat data - TM Brickfields dan Jaring.
    Petugas teknikal Malaysiakini sedang berusaha menyelesaikan ganguan itu sejak pagi tadi dan telah mengenalpastinya sebagai serangan 'denial-of-service attack'.Serangan siber itu dipercayai menggunakan beberapa komputer dari lokasi berbeza di dunia bagi menyebabkan pelayan Malaysiakini tidak mampu mengendalikan jumlah trafik yang sebegitu banyak.
    Malaysiakini sedang berusaha memuat-naikkan bahan berita melaui pelayan baru. Semua berita hari ini sedang dimuatkan ke Facebook. Pembaca boleh mengakses Malaysiakini melalui Nota ia Facebook.

    LIGA SUPER : SELANGOR KE PUNCAK LIGA! KELANTAN MALU BESAR ! N. SEMBILAN KALAH LAGI!!

    Share Entry Ini 2 ulasan:























    BERIKUT ADALAH KEPUTUSAN PENUH PERLAWANAN LIGA SUPER 12 APRIL 2011
















    Kedudukan terkini Carta Liga Super  adalah seperti berikut:


    Selangor berjaya mendaki puncak liga selepas menang ke atas Felda United 1-0 dengan 23 mata.Perak naik ke tangga kedua berikutan kemenangan mutlak ke atas Kelantan dengan 22 mata.Selepas mencatat kemenangan besar membenam Felda United pada perlawanan 9 April lalu Kelantan di kejutkan dengan kekalahan besar tewas 4-0 kepada Perak.Kelantan jatuh ke tangga ke 4 dengan 20 mata.Bagi Negeri Sembilan masih belum mampu mencari kemenangan semenjak di ambil alih oleh Azraai Khor.Tewas kepada Kedah 0-2 Negeri Sembilan kini menjunam di tangga 12 dengan 11 mata.

    Berikut adalah Jadual Perlawanan Akan Datang (16 April 2011)





    Lagi Ujian Kecekapan Minda Anda!! Ada Bran???

    Share Entry Ini Tiada ulasan:

    Di bawah ada ( 4 ) soalan dan satu soalan bonus. Anda perlu menjawab dengan pantas. Anda tidak boleh mengambil masa, perlu menjawabnya segera. OK?


    Mari cuba, lihat sendiri berapa pantas dan hebatnya diri anda......



    Ready? GO!!! (lihat bawah)

    MATA DAN OTAK ANDA LEMBAB DAN SLOW?? JOM KITA UJI

    Share Entry Ini 3 ulasan:
    gambar ini xde kene mengena dgn entry ok

    Woi pe khabar? huh..
    kurang ajar betulkan.. keh keh keh..sorry sorry..

    Assalamualaikum semua para reader semua.Kali ni ada satu lagi test untuk korang.Amacam ada berani?? hahaha.
    Ok sekarang jom kita uji mata dan otak kita adakah dalam kategori lembab ataupun pickup or biasa-biasa jer.hehehe
    Caranya mudah je , mula-mula jawab soalan ni dulu ok.Jangan lupa kira masa yang anda ambil untuk menjawab soalan ni.

    Soalannya ialah cari wajah seorang lelaki dalam gambar di bawah(gambar muka).Bermula sekarang!Cari sampai jumpa ok.



     Ok, dah jumpa belum? Kalau dah jumpa berapa saat masa di ambil? ataupun berapa minit?? atau berapa jam or berapa hari?? hahaha..

    Berikut adalah penilaian bagi masa yang anda ambil :

    1)Kalau dapat cari dalam 5 saat bermakna mata dan otak anda teramatlah pickup dan alert(anda memang power!)

    2)Kalau dapat cari dalam 5 saat ke 1 minit bermakna mata dan otak anda berada dalam keadaan normal.

    3)Kalau dapat cari dalam 1 minit ke 3 minit bermakna mata dan otak anda kurang pickup atau agak lembab.

    4)Kalau anda tak dapat cari jugak walaupun dah berjam-jam dan berminggu-minggu anda hadap gambar tu ini bermakna 'Anda Memang Buta Dan Takde Otak' hehehe sorry gurau-gurau..

    Saya yakin sesiapa yang cuba ujian ni paling kurang pun dapat bawah 3 minit. Ok dan bagi mereka yang cari tapi tak jumpa jugak ni lah gambar muka orang tu.



    Nampak tak? hehehe.. ok that all.. kalau rasa post ni bagus share lah ye kengkawan..











    Wan Jamak bakal bimbing Kedah? Azraai Makin Tertekan?

    Share Entry Ini Tiada ulasan:


    Peluang untuk membawa sentuhan baru kepada pasukan Hijau Kuning sudah terbuka apabila bekas jurulatih Negeri Sembilan, Wan Jamak Wan Hassan menawarkan diri untuk mengalas tanggungjawab sebagai ketua jurulatih berikutan penyandangnya, Ahmad Yusof sedang direhatkan.

    Pengurus pasukan Kedah, Datuk Khazali Din berkata, setakat ini beliau dan Wan Jamak sudah berbincang, tetapi dia secara tidak rasmi memaklumkan berminat untuk membimbing skuad Kenari, namun menangguhkannya buat sementara disebabkan mempunyai urusan peribadi. Menurutnya, pihaknya berminat untuk mengambil Wan Jamak sebagai ketua jurulatih, tetapi pada masa sama perlu menunggu keputusan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) sama ada masih mengekalkan Ahmad Yusof atau sebaliknya.
    Wan Jamak sebelum ini menjadi ketua jurulatih pasukan Negeri Sembilan tetapi meletak jawatan selepas prestasi hambar pasukan serta tekanan dari pelbagai pihak.Tempat Wan Jamak di ganti oleh Azraai Khor yang pernah membimbing Kedah sebelum ini.

    Dalam pada itu Azraai semakin tertekan  selepas impiannya untuk melihat skuad kendaliannya itu mencatat kemenangan pertama sebaik mula mengambilalih tugas daripada Wan Jamak , 22 Mac lalu, tidak kesampaian apabila tumpas kepada Kuala Lumpur, 0-1, dalam saingan Liga Super, di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, malam kelmarin.
    “Pemain nyata mensia-siakan peluang dan kelebihan beraksi di halaman sendiri apabila pelawat pulang ceria selepas meraih tiga mata. Hakikatnya kita tidak punya banyak masa untuk memperbaiki keadaan kecuali setiap pemain berusaha memberikan persembahan cemerlang pada perlawanan berikutnya dan memastikan pasukan meraih keputusan memuaskan,” katanya.


    RAJA AZMI BERSARA KUTIPAN 'DALAM BOTOL' HANYA 600K ?

    Share Entry Ini 1 ulasan:


    Bukan main susah lagi Raja Azmi nak tayangkan filem ini, Bertahun ianya terperap namun setelah 14 hari di tayangkan hanya mampu mengutip RM 600 ribu sahaja? Perkara itu disahkan oleh produser Metrowealth Movie Production, David Teo yang juga pengedar filem tersebut.

    David berkata, sehingga Isnin (4 April), kutipan filem itu sebenarnya tidak pun mencapai RM1 juta sebagaimana yang dilaporkan sebelum ini.Tambah David, mengikut Skim Wajib Tayang, filem-filem Melayu yang meraih kutipan di bawah RM1 juta selepas tempoh 14 hari tidak akan disambung tayangannya.

    "Filem itu masih ditayangkan tetapi agak sukar untuk dilanjutkan tempoh tayangannya kerana kutipan DB di bawah RM1 juta."Lagipun, mengikut giliran, filem lain pula akan ditayangkan bermula 7 April ini," katanya.

    Dengan kutipan sebanyak itu, berkemungkinan Raja Azmi akan benar-benar bersara sebagai penerbit filem sepertimana yang dinyatakan dalam wawancara bersama program Kerusi Panas, terbitan Bernama Radio 24, 30 Mac lalu.

    Filem arahan Khir Rahman itu beraspirasikan kisah benar tentang konflik percintaan pasangan sejenis lelaki Ghous dan Ruby lakonan Wan Raja dan Arja Lee.
    DB diterbitkan dengan kos produksi sebanyak RM888,000 tidak termasuk promosi dan ditayangkan di 41 pawagam.


    MAJALAH MANGGA KE PLAYBOY? SAMA JER!!

    Share Entry Ini 1 ulasan:
    TAK SAMA TAPI SERUPA!

    ENTRY KALI INI DI BUAT DALAM HURUF BESAR SEBAB DALAM NADA MARAH.. KEH KEH KEH..

    DAH TENGOK GAMBAR KAT ATAS?
    ITULAH MAJALAH PALING HIPOKRIT KAT MALAYSIA NI.MAKSUD AKU MAJALAH MANGGA TU YANG PLAYBOY TU LANTAK LAH LAGI PUN TAK JUAL KAT MALAYSIA. MULA2 KITA DISAJIKAN DGN GAMBAR2 YANG MENAMBAHKAN DOSA MENGURANGKAN PAHALA.
    KEMUDIAN PENGAKUAN ARTIS YANG NTAH APA2 NTAH. SAMPAI CITER MASUK TOILET  PUN KELUAR. YANG KELAKAR TU DENGAN PAKAIAN YANG TAK CUKUP KAIN N MUKA TAK TAU MALU  BAGITAU SEMUA ORANG NAK KAWIN DENGAN LELAKI BERIMAN! KEMUDIAN GAMBAR KAT KOLAM RENANG. WAJIB ADA OK.


    LAGI SATU MEMANG BANYAK STATEMENT POYO DALAM MAJALAH NI DAN YANG PALING BEST DAN TAK MASUK AKAL TU ADA LAK BAB AGAMA. AKU RASA MAJALAH MCM NI MENJATUHKAN MARUAH AGAMA KITA YANG SUCI NI. JUST A PIECE OF SHIT! NO WONDER LA KAWAN-KAWAN AKU PANGGIL MAJALAH NI MAJALAH PLAYBOY MALAYSIA!
    SEKIAN, SALAM 1MALAYSIA..

    NEGERI SEMBILAN KALAH LAGI

    Share Entry Ini Tiada ulasan:

    Selepas seri 1-1 ketika menentang Terengganu sabtu lalu, kali ini Negeri Sembilan tersungkur di gelanggang sendiri tewas 0-1 kepada Kuala Lumpur sebentar tadi.Gol KL di jaringkan oleh Badrul Hisyam pada awal minit ke - 5 melalui 'counter attack' dan kelemahan pertahanan Negeri Sembilan.

    Perlawanan akan datang 9 April 2011 :

    Johor FClwnNegri SembilanStadium JCORP20:45     




    KETAHUI OTAK ANDA LELAKI ATAU PEREMPUAN, JOM TRY

    Share Entry Ini 23 ulasan:


    Terdapat pelbagai cara untuk menguji keunikan tubuh badan kita, di antara keunikan itu sudah tentulah otak manusia. Di bawah ini ada ujian yang menarik untuk dicuba bersama… Ini adalah ujian masa yang ringkas, kejujuran amat penting dalam ujian ini.Cuma lakukan dan jangan cuba menipu diri anda sendiri!


    Kira jumlah huruf 'F’ dalam perenggan dibawah dalam masa 10 saat:

    FINISHED FILES ARE THE
    RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC
    STUDY COMBINED WITH THE
    EXPERIENCE OF YEARS



    Dah selesai? Scroll kebawah hanya apabila anda telah selesai mengira!

    OK?
    berapa banyak?
    Tiga? Hhahaha.. memang sah anda LELAKI!!
    Sila baca sekali lagi!

    FINISHED FILES ARE THE
    RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC
    STUDY COMBINED WITH THE
    EXPERIENCE OF YEARS
    Berape??? 3 jugak??? hahaha Salah laa bro...

    Sebenarnya terdapat 6, kira semula… 
    Sebab berlakunya perkara tersebut diterangkan dibawah ini…

    Sekadar gambar hiasan.. hahaha


    Otak LELAKI tidak memproses perkataan “OF”. Keajaiban kejadian atau silap mata?
    Ini bermakna sesiapa yang dapat mengira kesemua 6 'F’ pada permulaan ujian memiliki otak PEREMPUAN.





    Wajah Emma WAtson Tanpa Make-Up ??

    Share Entry Ini Tiada ulasan:
    Inilah wajah bintang filem Harry Potter ketika tidak bermekap.



    TERKINI VIDEO SEKS :TELAH MULA DI SEBARKAN DI YOUTUBE

    Share Entry Ini Tiada ulasan:
    Klip video seks yang didakwa melibatkan seorang pemimpin utama parti pembangkang telah dimuat naik ke laman web Youtube petang tadi.Klip berdurasi selama 1:47 saat itu memaparkan tiga individu iaitu dua lelaki bersama seorang wanita dipercayai pelacur sebelum salah seorang lelaki terbabit keluar meninggalkan pasangan berkenaan.
    Berdasarkan rakaman asal video itu tertera tarikh 21 Februari dari pukul 10.23 malam hingga 10.45 malam.


    Individu yang keluar meninggalkan lelaki dan pelacur itu di dalam bilik berkenaan dikatakan ahli perniagaan, Datuk Syazril Eskay Abdullah.
    Pada 25 Mac lalu, Syazril Eskay dan bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik menyerahkan pita video seks dan jam tangan Omega kepada polis pada Khamis walaupun sebelum ini berkeras enggan berbuat demikian yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


    Mereka berdua adalah trio 'Datuk T' yang mengaku termasuk Datuk Shuib Lazim sebagai yang bertanggungjawab memperlihatkan kepada wakil media klip video seks terbabit pada Isnin.

    Anwar yang menafikan beliau adalah lelaki di dalam klip berkenaan pada Selasa membuat laporan polis mendakwa 'Datuk T mengugutnya dan isteri, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

    *update-Video tersebut telah di remove oleh pihak Youtube.

    'Sedikit Demi Sedikit Telah Terselak'



    SYABAS SHAHEIZY SAM MENANG BINTANG PALING POPULAR 2010!!!

    Share Entry Ini Tiada ulasan:

    Tahniah kepada Shaheizy Sam kerana merangkul Anugerah Bintang Paling Popular sebentar tadi.
    Adnan Sempit memang layak..Beliau juga menang dalam kategori Pelakon Filem Lelaki Popular. Memang sudah di jangka kerana Sam tercalon dalam dua kategori iaitu Pelakon Tv Lelaki Popular dan Pelakon Filem Lelaki Popular.
    Keputusan penuh di sini


    KEPUTUSAN PENUH ABPBH 2010

    Share Entry Ini Tiada ulasan:
     
    SENARAI PEMENANG
    Bintang Paling Popular: Shaheizy Sam
    Artis berkumpulan/duo popular: 6ixth Sense
    Pelakon TV wanita popular: Fasha Sandha
    Penyampai Radio Lelaki Popular: Faizal Ismail
    Artis Komedi Wanita Popular: Noorkhiriah
    Artis Nasyid Popular: Rabbani
    Pengacara TV Lelaki Popular: Aznil Hj Nawawi
    Artis Baru Lelaki Popular: Shahir
    Penyampai Radio Wanita Popular: Fara Fauzana
    Pelakon TV Lelaki Popular: Remy Ishak
    Pengacara TV Wanita Popular: Fara Fauzana
    Artis Komedi Lelaki Popular: Zizan
    Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat: Dato' Rosnani Jamil
    Penyanyi Lelaki Popular: Faizal Tahir
    Pelakon Filem Wanita Popular: Lisa Surihani
    Anugerah Artis Mobile Popular: 6ixth Sense
    Artis Baru Wanita Popular: Ana Raffali
    Pelakon Filem Lelaki Popular: Shaheizy Sam
    Penyanyi Wanita Popular: Yuna 

    Shaheizy Sam-Bintang Paling Popular ABPBH 2010
     
     

    PRN SARAWAK- SENARAI PENUH 71 CALON BN

    Share Entry Ini Tiada ulasan:

    N.3 (Tanjung Datu) - Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem
    N.4 (Pantai Damai) - Dr Abdul Rahman Junaidi
    N.5 (Demak Laut) - Dr Hazland Abg Hipni (muka baru)
    N.6 (Tupong) - Datuk Daud Abdul RahmanN.7 ( Samariang) - Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali
    N.8 (Satok) - Datuk Amar Abg Johari Tun Openg
    N.14 (Asajaya) - Abd Karim Rahman Hamzah
    N.15 (Muara Tuang) - Datuk Seri Mohammad Ali Mahmud
    N.17 (Tarat) - Roland Sagah Wee InnN.18 (Tebedu) - Datuk Seri Michael Manyin Jawong
    N.19 (Kedup) - Maclaine Ben @ Martin Ben (muka baru)
    N.20 (Sadong Jaya) - Aidel Lariwoo (muka baru)
    N.21 (Simunjan) - Mohd. Naroden Majais
    N.22 (Sebuyau) - Julaihi Narawi
    N.23 (Lingga) - Simoi Peri
    N.24 (Beting Maro) - Razaili Gapor (muka baru)
    N.30 (Saribas) - Ricky @ Mohd Razi Sitam (muka baru)
    N.31 (Layar) - Datuk Patinggi Tan Sri Dr Alfred Jabu Numpang
    N.32 (Bukit Saban) - Robert Lawson Chuat
    N.33 (Kalaka) - Abdul Wahab Aziz
    N.35 (Belawai) - Datuk Talif @ Len Salleh (muka baru)
    N.36 (Semop) - Abdullah Saidol (muka baru)
    N. 37 (Daro) - Murni Suhaili
    N.38 (Jemoreng) - Gani @Abu Sema Jahwie
    N.44 (Machan) - Datuk Gramong Juna
    N.49 ( Nangka) - Dr Annuar Rafa'ee (muka baru)
    N. 50 (Dalat) - Datin Fatimah Abdullah @ Ting Sai Ming
    N.51 (Balingian) - Pehin Sri Abdul Taib Mahmud
    N.55 (Katibas) - Datuk Ambrose Blikau Enturan
    N.58 (Jepak) - Datuk Talib Zulpilip
    N.60 (Kemena) - Dr Stephen Rundi Utom
    N.62 (Lambir) - Ripin Lamat (muka baru)
    N.67 (Telang Usan) - Dennis Ngau (muka baru)
    N.68 (Bukit Kota) - Dr Abdul Rahman Ismail
    N.71 (Bukit Sari) - Datuk Amar Tengah Ali Hassin @ Tengah Ali Hasan
    Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP)
    N.1 (Opar) - Ranum Mina
    N.9 (Padungan) - Sim Kiang Chiok (muka baru)
    N.10 (Pending) - Prof. Dr Sim Kui Hian (muka baru)
    N.11 (Batu Lintang) - Sih Hua Tong (muka baru)
    N.12 (Kota Sentosa) - Datuk Yap Chin Loi N.13 (Batu Kawa) - Tan Joo Phoi
    N. 16 (Bengoh) - Dr Jerip Susil
    N.27 (Simanggang) - Datuk Francis Harden Hollis
    N.28 (Engkilili) - Johnical Rayong Ngipa
    N.39 (Repok) - Datuk David Teng Lung Chi
    N.40 (Meradong) - Ling Kie King (muka baru)
    N.45 (Bukit Assek) - Chieng Buong Toon (muka baru)
    N.46 (Dudong) - Datuk Tiong Thai King (muka baru)
    N.47 (Bawang Assan) - Datuk Seri Wong Soon Koh
    N.48 (Pelawan) - Goh Chung Siong
    N.59 (Kidurong) - Ling Kuong Meng (muka baru)
    N.63 (Piasau) - Datuk Patinggi Tan Sri Dr. George Chan Hong Nam
    N.64 (Pujut) - Chia Chu Fatt
    N.65 (Senadin) - Datuk Lee Kim Shin
    Parti Rakyat Sarawak (PRS)
    N.25 (Balai Ringin) - Snowdan Lawan
    N.26 (Bukit Begunan) - Mong Dagang
    N.29 (Batang Ai) - Malcom Mussen Lamoh
    N.43 (Ngemah) - Alexander Vincent (muka baru)
    N.52 (Tamin) - Joseph Mauh Ikeh
    N.53 - (Kakus) - John Sikie Tayai
    N.54 (Pelagus) - Stanley Nyitar @ Unja Malang (muka baru)
    N.56 (Baleh) - Datuk Seri James Jemut MasingN. 57 (Belaga) - Liwan Lagang
    Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP)
    N.2 (Tasik Biru) - Datuk Peter Nansian Ngusie
    N.34 (Krian) - Datuk Peter Nyarok Entrie
    N.41 (Pakan) - Datuk Sri William Mawan IkomN.42 (Meluan) - Wong Judat
    N.61 (Bekenu) - Rosey Yunus
    N.66 (Marudi) - Sylvester Entri Muran
    N. 69 (Batu Danau) - Palu @ Paulus Palu Gumbang
    N.70 (Ba'kelalan) - (misteri)



    AK9 LEPASI UJIAN PERTAMA DENGAN SERI 1-1

    Share Entry Ini Tiada ulasan:

    Selepas mengambil alih tugas WJ yang meletak jawatan Azraai khor memulakan rentak pertama team n9 dengan agak berjaya.Walaupun sekadar seri 1-1 ketika bertemu Terengganu dalam perlawanan liga super sebentar tadi. Gol N9 di jaringkan oleh Ahmad Fakri pada awal minit kedua namun terengganu berjaya mendapat gol penyamaan menerusi Manaf Mamat.


    N.Sembilan berada di kedudukan ke- 8 dengan 10 mata mata selepas 8 perlawanan.

    Perlawanan akan datang:

    5 April 2011
    Liga Super- N. Sembilan Vs Kuala Lumpur - STAR PAroi - 8.45 malam

    Sementara itu dapatkan keputusan terkini Liga Super DISINI

    SERI BAYU PENULIS LIRIK TERKENAL MENINGGAL DUNIA

    Share Entry Ini Tiada ulasan:

    Penulis lirik, Seri Bayu atau nama sebenarnya Jamaludin Sulik meninggal dunia di Hospital Besar Port Dickson, Negeri Sembilan malam ini kerana menghidap sakit saraf.

    Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 8.30 malam pada usia 46 tahun. - Utusan

    'Al-Fatihah'

    RON97 naik 20 sen kepada RM2.70

    Share Entry Ini Tiada ulasan:

    Harga petrol RON97 akan naik 20 sen kepada RM2.70 setiap liter berkuatkuasa tengah malam ini. - BERNAMA