RAJA AZMI BERSARA KUTIPAN 'DALAM BOTOL' HANYA 600K ?



Bukan main susah lagi Raja Azmi nak tayangkan filem ini, Bertahun ianya terperap namun setelah 14 hari di tayangkan hanya mampu mengutip RM 600 ribu sahaja? Perkara itu disahkan oleh produser Metrowealth Movie Production, David Teo yang juga pengedar filem tersebut.

David berkata, sehingga Isnin (4 April), kutipan filem itu sebenarnya tidak pun mencapai RM1 juta sebagaimana yang dilaporkan sebelum ini.Tambah David, mengikut Skim Wajib Tayang, filem-filem Melayu yang meraih kutipan di bawah RM1 juta selepas tempoh 14 hari tidak akan disambung tayangannya.

"Filem itu masih ditayangkan tetapi agak sukar untuk dilanjutkan tempoh tayangannya kerana kutipan DB di bawah RM1 juta."Lagipun, mengikut giliran, filem lain pula akan ditayangkan bermula 7 April ini," katanya.

Dengan kutipan sebanyak itu, berkemungkinan Raja Azmi akan benar-benar bersara sebagai penerbit filem sepertimana yang dinyatakan dalam wawancara bersama program Kerusi Panas, terbitan Bernama Radio 24, 30 Mac lalu.

Filem arahan Khir Rahman itu beraspirasikan kisah benar tentang konflik percintaan pasangan sejenis lelaki Ghous dan Ruby lakonan Wan Raja dan Arja Lee.
DB diterbitkan dengan kos produksi sebanyak RM888,000 tidak termasuk promosi dan ditayangkan di 41 pawagam.


1 ulasan:

  1. ye ker??nampak sangat tak tau hal semasa...hee...salam terjah dari sye...(^_^)

    BalasPadam

Macam-macam kan! Apa Kata Anda?