LEHER ANAK DI IKAT KERANA PONTENG SEKOLAH

Share Entry Ini Tiada ulasan:

Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun yang didakwa ponteng sekolah telah ditemui dirantai pada tong gas di sebuah rumah di Indera Mahkota, di sini, semalam.

PAPAN TANDA JADI TEMPAT JEMUR BAJU OLEH WARGA ASING

Share Entry Ini Tiada ulasan:

Tindakan pekerja dipercayai dari sebuah kilang di Perindustrian Dioh menyidai baju di papan tanda arah taman kelmarin, mengundang pelbagai reaksi penduduk berhampiran kerana ia mencacatkan pemandangan.
Perkara itu yang tular di laman sosial Facebook turut menimbulkan kemarahan netizen yang rata-ratanya mengecam tindakan pekerja warga asing terbabit.
Masalah tersebut turut mendapat perhatian Ketua Pemuda Umno Bahagian Kuala Pilah, Khairolnezam Shaari yang bertindak pantas mengajukan permasalahan itu kepada Majlis Daerah Kuala Pilah (MDKP) untuk tindakan selanjutnya.
Penduduk di taman perumahan berhampiran, Azli Idrus, 45, berkata, kebanyakan pekerja warga asing di situ mendiami bangunan asrama yang disediakan majikan mereka.
Bagaimanapun katanya, sikap sesetengah mereka yang tidak mementingkan kebersihan dan membuang sampah sesuka hati menjadikan kawasan berkenaan kotor.
“Masalah ini lebih sukar diatasi bila tong sampah yang disediakan tidak cukup sehingga kadang kala sampah melimpah dan bertaburan.
“Itu belum lagi sikap mereka yang sidai baju di papan tanda taman tanpa rasa malu dan bersalah. Kita penduduk yang naik segan,” katanya.
Azli berkata, walaupun sudah ditegur dan diberi nasihat, perkara itu tetap berulang.
“Dulu masa awal tahun, sampah sarap bertaburan di bangunan asrama pekerja, sekarang mereka sidai pula baju di papan tanda tepi jalan. Lepas ni tak tahu apa lagi yang berlaku.
“Saya mewakili penduduk berharap majikan yang menggaji warga asing ini perlulah tegas dan menitikberatkan soal kebersihan pekerja mereka. Ambil tahu persekitaran tempat tinggal mereka dan turun padang agar masalah tidak terus berulang,” katanya.
Sementara itu, Yang Dipertua MDKP, Syahrul Nizam Salleh berkata, tindakan menurunkan pakaian yang digantung di papan tanda berkenaan  telah dilaksanakan MDKP, semalam.
Menurutnya, pemilik kilang yang menggaji pekerja warga asing di kawasan Perindustrian Dioh juga telah diberi peringatan supaya menjaga tingkah laku pekerja agar tidak membuat kacau ganggu di kawasan tempat tinggal mereka.
“Pemantauan berterusan akan dibuat MDKP dan jika perlu operasi bersepadu akan dilakukan  bersama agensi berkaitan,” katanya.

Penerjun wanita negara mendakwa diperkosa

Share Entry Ini Tiada ulasan:

Seorang atlet penerjun wanita negara mendakwa diperkosa  di Kompleks Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil, di sini, 26 September lalu.
Difahamkan, ketika kejadian kira-kira 5.30 petang itu, mangsa sedang berehat di tepi kolam di kompleks sukan terbabit.

Mangsa kemudiannya diarahkan oleh ketua jurulatih terbabit ke 'dry gym' untuk mengambil kerusi dengan ditemani seorang jurulatih lain untuk membantunya.
Bagaimanapun dalam ‘dry gym’ itu, mangsa telah diarahkan oleh suspek untuk menemaninya sebelum dia dipeluk.
Mangsa menolak namun suspek bertindak di luar kawalan apabila menariknya ke dalam tandas.
Atlet itu diperkosa dan diugut supaya tidak memberitahu kejadian terbabit kepada sesiapa.
Susulan kejadian itu, mangsa dan keluarganya membuat laporan di Balai Polis Sri Petaling, di sini kelmarin.
Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan memaklumkan seorang jurulatih warga tempatan berusia 35 tahun ditahan di Kompleks MSN, hari ini.
“Mangsa membuat laporan kerana bimbang akan keselamatan dirinya,” katanya.
"Suspek kini sedang direman selama lima hari sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan,” katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

DOWNLOAD FILEM ABANG LONG FADIL 2 FULL MOVIE

Share Entry Ini Tiada ulasan:


Muat turun filem abang Long Fadil 2 sekarang.
Link download di bawah

dymm Sultan Johor Tolak Tawaran Jadi Agong ke-15

Share Entry Ini Tiada ulasan:

'Sultan Johor telah menolak tawaran untuk menjadi Yang di-Pertuan Agong Ke-15 pada mesyuarat khas Majlis Raja-Raja yang berlangsung di ibu negara, Jumaat.

Adlin Aman Ramlie Di Tahan Polis.

Share Entry Ini Tiada ulasan:
Melalui laporan Harian Metro semalam (21 Julai), seorang pelakon telah dicekup polis dan ditahan reman selepas disyaki terbabit dalam kes penipuan hartanah membabitkan kerugian hampir RM500,000.

Kelab Bola Sepak JDT Digantung Setahun Daripada Aksi Liga Malaysia

Share Entry Ini Tiada ulasan:
BADAN Induk bola sepak Malaysia, FAM membuat keputusan untuk menggantung kelab power, JDTdaripada beraksi di pentas Liga Malasyia selama setahun gara-gara gagal mengikut peraturan Financial Fair Play (FFP).