Ariel Peterpan dipenjara tiga setengah tahun??

Share Entry Ini Tiada ulasan:
Vokalis Ariel Peterpan atau nama sebenarnya Nazriel Irham, dijatuhi hukuman penjara tiga tahun enam bulan dan didenda Rp250 juta atau penjara tiga bulan oleh Mahkamah Dearah Bandung hari ini, setelah didapati bersalah membuat dan mengedar video pornografi melibatkan dirinya sebagai pelaku dengan artis Luna Maya dan Cut Tari.
Keputusan itu dibaca oleh Ketua Majelis Hakim kes itu, Singgih Budi Prakoso pada perbicaraan secara terbuka yang penuh sesak dengan orang ramai serta wartawan. Sebelum ini, perbicaraan diadakan secara tertutup.
Mendengar keputusan itu, beberapa wanita peminat Ariel kelihatan menangis.
Hukuman itu adalah lebih ringan daripada tuntutan pihak pendakwaan pada 6 Jan lepas yang meminta mahkamah menjatuhkan hukuman penjara selama lima tahun ke terhadap penyanyi itu.
Dalam keputusan hari ini, majlis tiga orang hakim sepakat menyatakan bahawa Ariel terbukti melanggar Undang-undang Tentang Pornografi 2008 dan Undang-undang Jenayah.

Gemas Pula Di Landa Banjir!!

Share Entry Ini Tiada ulasan:

Penduduk di Negeri Sembilan yang terbabit dengan banjir diingatkan supaya memberi perhatian serius terhadap aspek keselamatan mereka.
Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata keselamatan diri dan ahli keluarga mangsa banjir perlu diberi keutamaan bagi mengelak kejadian tidak diingini yang boleh membahayakan nyawa mereka.
"Perkara paling penting yang saya hendak ingatkan ketika banjir ialah kita hendaklah memastikan keselamatan diri dan ahli keluarga kita," katanya yang juga Anggota Parlimen Tampin kepada pemberita semasa melawat mangsa banjir di pusat
pemindahan di Sekolah Menengah Tuanku Abdul Rahman di sini hari ini.
Kira-kira 1,921 penduduk dari empat daerah dipindahkan ke pusat pemindahan hari ini berikutan banjir akibat hujan yang turun sejak semalam. 
Gemas dan Tampin merupakan daerah yang paling teruk dilanda banjir apabila seramai 1,545 mangsa dipindahkan ke 13 pusat pemindahan.
Banjir di Gemas kali ini adalah paling teruk berbanding tahun 2006, ekoran hujan luar biasa yang berterusan dalam tempoh dua hari menyebabkan air Sungai Muar melimpah. 
Pekan Gemas ditenggalami air hingga menjejaskan aktiviti perniagaan.
Shaziman berkata bekalan keperluan untuk mangsa banjir perlu dihantar segera.
Sumber  Bernama

PRK N5 DUN TENANG , BN MENANG!!

Share Entry Ini 1 ulasan:
Keputusan tidak rasmi DUN Tenang BN berjaya mengekalkan kerusi DUN Tenang dengan keputusan BN 6698 PAS 2963 majoriti 3735 undi.

Pengumuman salah cetus kecoh!

Share Entry Ini Tiada ulasan:
BELUM pernah berlaku dalam sejarah mana-mana majlis anugerah tempatan, trofi yang diberikan kepada pemenang ditarik balik ketika majlis berlangsung.
Entah di mana silapnya, itulah kecacatan ketara yang terjadi pada malam kemuncak Anugerah Profima (Persatuan Profesional Pekerja Filem Malaysia) 2010 yang berlangsung di ibu negara, malam Selasa lalu.

Majlis yang berlangsung selama empat jam di Hotel Palace of the Horses, Seri Kembangan itu turut dikritik hebat serta kecoh dengan sorakan tetamu yang tidak berpuas hati dengan pengumuman dibuat.
Kononnya kesilapan teknikal daripada pihak sekretariat penganjuran yang tersalah cetak nama pemenang pada kad keputusan menyebabkan huru-hara itu berlaku. Kecuaian itu tidak sepatutnya berlaku pada majlis yang nampak gagah dengan bajet kira-kira RM3.5 juta itu.

Novel Interlok kekal digunakan??

Share Entry Ini Tiada ulasan:
Novel Interlok kekal digunakan sebagai teks komponen sastera bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia tingkatan lima dengan pindaan dibuat kepada bahagian yang dianggap sensitif oleh masyarakat India.Ketika mengumumkan keputusan tersebut, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran berkata, satu panel bebas akan diwujudkan untuk mengkaji bentuk pindaan dan mengemukakan perakuan kepada kerajaan.
"Keputusan mengekalkan novel ini dengan membuat pindaan supaya tidak menyinggung perasaan kaum India adalah jalan penyelesaian terbaik," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Zaquan Adha bernikah dengan Ayu Raudhah

Share Entry Ini Tiada ulasan:
Penyerang skuad Kebangsaan, Mohd. Zaquan Adha Abdul Razak, 23, menamatkan zaman bujangnya setelah selamat diijabkabul dengan pasangannya, pelakon Ayu Raudhah Abu Bakar@Che Wan, 26, di Masjid Sultanah Bahiyah, Alor Setar.Majlis akad nikah berlangsung pada pukul 3.45 petang disempurnakan imam masjid berkenaan, Mustafa Kamal Abdul Jalil, disaksikan keluarga pasangan, saudara terdekat serta peminat."Saya bersyukur kepada Tuhan kerana hari yang saya tunggu selama ini telah tiba... saya rasa ini merupakan detik yang paling indah dan mendebarkan lebih daripada bermain bola sepak."Saya berharap perkahwinan kami ini akan kekal bahagia sampai akhir hayat,” kata penyerang pasukan Negeri Sembilan ketika ditemui pemberita selepas selesai upacara akad nikah di sini hari ini.Hadir sama ibu bapa Mohd. Zaquan Adha, Azizah Arshad, 58, dan Abdul Razak Salleh, 61. 

E-nyce- Tahniah Zaquan, moga kekal ke akhir hayat...

Tangan mangsa renjatan kabel elektrik di potong??

Share Entry Ini Tiada ulasan:
Mangsa renjatan kabel elektrik, Muhamad Hairuman Miskon, 22, menitiskan air mata selepas mendapati kedua-dua tangan paras siku dan ibu jari kaki kirinya sudah tiada lagi setelah dipotong melalui pembedahan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang.Muhamad Hairuman hanya boleh menganggukkan kepala tanpa mengeluarkan sepatah pun perkataan apabila soalan diajukan kepadanya. Keadaannya terlalu lemah selepas menjalani pembedahan.Dia yang merupakan anak yatim piatu terkena renjatan elektrik ketika mengait buah kelapa sawit di Jalan Masjid Baru, Tanjong Karang, pukul 9 pagi pada 26 November tahun lalu.Akibat kejadian itu, bekas pelajar Kolej Intra, Kuala Selangor itu dimasukkan ke Hospital Tanjong Karang apabila hampir 35 peratus badannya terbakar.

E-nyce-Di harap beliau tabah menempuhi dugaan yang terlalu berat ini.

Zaquan & Ayu Bakal Bersatu??

Share Entry Ini Tiada ulasan:

Percintaan pasangan sensasi, pemain bola sepak Mohd Zaquan Adha Abd Radzak, 23, dan pelakon Ayu Raudhah, 26, bakal disempurnakan menerusi majlis akad nikah yang dijadual berlangsung di Masjid Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Jumaat ini.
Selepas majlis akad nikah yang diadakan sejurus selesai solat Jumaat, majlis resepsi diadakan pada sebelah malam di bangunan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK).
Mohd Zaquan, pemain bola sepak kebangsaan dan Negeri Sembilan serta Ayu Raudhah mengikat tali pertunangan pada 17 Oktober tahun lalu.
Mohd Zaquan berkata, majlis kenduri bagi pihaknya pula diadakan di Pusat Dakwah Islamiah Paroi di sini, yang dijangka dihadiri lebih daripada 1,000 jemputan pada 30 Januari depan.
“Kira-kira 500 kad jemputan perkahwinan diedarkan kepada saudara-mara dan rakan-rakan. Namun, kami menyediakan makanan kira-kira 1,500 tetamu.


*Update- Dah bersatu pun mereka berdua.

Speaker isytihar kerusi DUN Pelabuhan Klang kosong??

Share Entry Ini Tiada ulasan:
Speaker Selangor, Datuk Teng Chang Khim hari ini mengisytiharkan kerusi dewan undangan negeri Pelabuhan Klang kosong berikutan kegagalan penyandangnya, Badrul Hisham Abdullah menghadiri sidang dewan undangan negeri Selangor selama lebih setengah tahun.
Pengumuman itu dibuat petang tadi di Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah di Shah Alam.
Katanya, keputusan itu dibuat mengikut Perkara 69 dan 70 perlembagaan negeri. Tiada peruntukkan bagi merayu.Apabila ditanya wartawan, Teng kemudiannya mengemukakan rekod menunjukkan Badrul Hisham tidak menandatangani borang kedatangan pada 8 November lalu."Dalam suratnya, Badrul juga mengakui beliau tidak hadir pada semua hari semasa dewan bersidang pada November,” katanya.ADUN kontroversial Pelabuhan Klang itu meninggalkan PKR pada tahun Oktober 2009 dan memilih menjadi ADUN Bebas yang mesra BN tetapi kemudiannya menyertai Umno pada Mei tahun lalu.Sebelum itu, beliau juga 'menghilangkan diri' buat seketika dan muncul semula dengan berita yang beliau akan berpaling tadah.

Sumber Malaysiakini

Duit Syiling Di Lebuh Raya!!!!!

Share Entry Ini Tiada ulasan:
Kilometer 243 Lebuh Raya Utara-Selatan menghala ke selatan berhampiran susur keluar Pedas dekat sini yang sentiasa sibuk semalam bagaikan 'pesta' apabila orang ramai berebut-rebut mengutip duit syiling yang bertaburan di lebuh raya itu.
'Pesta' itu berlaku apabila sebuah kenderaan Toyota Hilux yang membawa satu peti duit syiling berjumlah RM75,000 terlibat dalam kemalangan.
Dalam kejadian pada pukul 3 petang itu, peti tersebut tercampak keluar dari pacuan empat roda itu selepas kenderaan itu dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta BMW.
Akibatnya ribuan duit syiling 10 sen, 20 sen dan 50 sen bertaburan di lebuh raya sepanjang kIra-kira 100 meter.
Keadaan itu menyebabkan ramai pengguna jalan raya menghentikan kenderaan masing-masing di bahu jalan untuk mengutip duit syiling.
Kehadiran beberapa anggota polis dan pekerja lebuh raya gagal menyuraikan orang ramai yang terus mengutip duit syiling tanpa menghiraukan keselamatan mereka.
Orang ramai meninggalkan lokasi itu selepas duit syiling itu habis dikutip tiga jam kemudian.

Sumber :  Kosmo! Online

Isu Payu Dara Di WHI TV3!!!

Share Entry Ini Tiada ulasan:
Segmen bertajuk Salahkah besarkan payu dara? yang disiarkan dalam program Wanita Hari Ini (WHI) terbitan TV3 pada pukul 12 tengah hari semalam mengundang reaksi kurang senang pelbagai pihak di negara ini.

Penonton yang rata-rata melahirkan rasa kurang selesa dengan tajuk dan cara segmen bual bicara itu diadakan.

Tinjauan di laman peminat rasmi program WHI di Facebook juga mendapati ramai yang tidak bersetuju topik itu dibincangkan secara terbuka.

Paparan visual yang memfokuskan kepada bentuk payu dara model-model yang lengkap berpakaian dalam laporan segmen tersebut juga dianggap tidak sesuai kerana ia ditonton oleh segenap lapisan masyarakat termasuk kanak-kanak.

Aksi nakal jurukamera TV3 yang didakwa sengaja memfokuskan kepada payu dara pengacara dan tetamu jemputan semasa segmen itu juga dikecam.

Pelakon Ashraf Muslim Jadi Pengamal Perubatan Islam??

Share Entry Ini Tiada ulasan:
JIKA dahulu dia hanya melakonkan watak ustaz penghalau hantu dalam drama bersiri Puaka Niyang Rapik, Ashraf Muslim, 29, kini bertugas sepenuh masa sebagai pengamal perubatan Islam.
Ashraf mengubat pelbagai jenis penyakit sama ada berbentuk fizikal seperti sakit jantung mahupun penyakit spiritual yang melibatkan gangguan makhluk halus. Ashraf mengubat pesakit di Pusat Perubatan Syifa’ Al-Hidayah yang terletak di Kampung Sungai Pusu, Gombak, Selangor.
“Ia satu penghijrahan diri, semua orang kena lalui. Proses perubahan itulah yang menjadikan saya lebih kuat dan lebih memikirkan apa yang salah dan betul.
“Sebelum ini memang saya ada duit, kerja, kereta, rumah dan kawan-kawan. Bagaimanapun, hati saya terasa kosong.
“Sampailah saya berjumpa pengasas pusat perubatan ini, Haji Lokman. Dia kata, Ashraf, pergi dekatkan diri dengan Tuhan.
Kini, Ashraf fokus dengan pilihannya biarpun terpaksa melupakan karier lakonannya buat seketika.
“Berlakon itu bila-bila masa pun boleh. Sebelum ini saya buat dua-dua (berlakon dan mengubat). Tapi kadang-kadang kita perlu fokus pada satu-satu perkara,” katanya.

Susulan Kes Bunuh : Nenek harap cucu insaf, bertaubat!!!

Share Entry Ini Tiada ulasan:
JEMPOL - Walaupun suaminya mati di tangan sekumpulan penjenayah remaja yang melibatkan cucu sendiri pada malam Khamis lalu, pertalian darah mendorong seorang nenek sanggup menjadi pemaaf dengan menganggap peristiwa hitam itu sebagai satu ujian tuhan.
Halimah Yasin, 57, berkata, dia reda dengan kematian suaminya, Mohtar Yusof, 71, yang diserang dan ditikam dengan pisau dari belakang dalam kejadian di Felda Palong Dua di sini.
"Peristiwa itu sudah berlaku. Walaupun dia (cucu) terlibat, saya sudah memaafkan serta ampun kesalahannya.
"Saya harap dia insaf dan bertaubat,'' kata Halimah ketika ditemui di rumahnya semalam.
Pasangan warga emas itu pulang daripada satu kenduri tahlil pada malam kejadian sebelum mendapati bilik tidur mereka sedang digeledah.
Mohtar yang bergelut dengan kumpulan penjenayah remaja berusia 15 hingga 18 tahun itu akhirnya ditikam dengan pisau dari belakang sebelum kesemua suspek lari bersama wang dan barang kemas bernilai RM10,000.
Halimah yang tidak berupaya menyelamatkan suaminya sempat melihat kelibat cucunya itu yang berusia 17 tahun dan menetap di Melaka.

Di Petik Dari Kosmo! Online

Kereta BMW diperbuat daripada batu!!!!

Share Entry Ini Tiada ulasan:
Seorang artis China, Dai Geng menjual kereta BMW yang diperbuat dengan batu pada harga £80,000 (RM383,652).
Geng mengambil masa lebih setahun mencantum semua blok batu itu sebelum mengukirnya menjadi BMW Z4.
Pintu kereta itu yang boleh dibuka dan ditutup seperti kereta biasa turut diperbuat daripada batu.
Hanya tingkap kereta sahaja tidak dibuat dengan batu. Tayar, roda, paip ekzos dan aksesori lain semuanya dari bongkah batu.
Kereta BMW itu sepanjang lima meter, 2.15 meter lebar dan tinggi 1.6 meter serta seberat 6.5 tan.
Dia berharap dapat menjual kereta itu kepada hartawan di negara itu.

Model terbaru dilancar tahun ini!!!

Share Entry Ini Tiada ulasan:
Perodua akan memperkenalkan sebuah model kereta penumpang kompak baru pada tahun ini dalam usaha mempelbagaikan lagi pilihan kenderaan yang ditawarkan kepada pelanggannya.
Buat masa ini, syarikat mempunyai tiga model kereta kompak iaitu Myvi, Viva dan Alza.
Enggan mengulas lanjut mengenai tarikh pelancaran model terbaru itu, Pengarah Urusan Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, lazimnya syarikat itu akan memperkenalkan model baru setiap dua tahun dalam pasaran tempatan.

Warga Nepal ditemui mati atas pokok kelapa!!!!

Share Entry Ini Tiada ulasan:
Seorang lelaki warga Nepal, yang baru tiba untuk bekerja di sebuah kilang papan, ditemui mati di atas pokok kelapa setinggi 50 meter di Kampung Tok Musa, Machang Bubuk di sini hari ini.
Pegawai Bomba II Balai Bomba Bukit Mertajam Rejab Ahmad berkata, mayat Danbar Tamang, 30, ditemui penduduk kampung yang pergi ke kawasan ladang kelapa berkenaan.
Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan pada kira-kira 10.04 pagi daripada orang awam dan seramai sembilan anggota dikejarkan ke tempat kejadian.
"Bomba mengambil masa yang agak lama untuk menurunkan mayat mangsa berikutan keadaan pokok yang tinggi, dan terpaksa menggunakan khidmat seorang penduduk kampung yang merupakan pakar memanjat pokok,” katanya kepada pemberita hari ini.
Rejab berkata, mayat mangsa ditemui dengan kesan jerutan tali pinggang di leher serta beberapa kesan luka dan gigitan serangga.

Aidil kembali dalam skuad Harimau Malaya

Share Entry Ini Tiada ulasan:
BEKAS ketua pasukan kebangsaan, Aidil Zafuan Radzak kembali dipanggil K. Rajagobal untuk aksi persahabatan antarabangsa menentang Hong Kong di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada 9 Februari depan.
Selain Aidil, jurulatih kebangsaan itu turut memanggil enam lagi pemain yang tidak beraksi pada Piala Suzuki AFF 2010 iaitu Farizal Marlias, Ahmad Fakri Saarani, Azmi Muslim, S. Chanthuru, G. Mahathevan dan Shahrizal Saad.
Menurut senarai yang dikeluarkan di laman web rasmi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) itu semalam, hanya 17 daripada 22 pemain skuad yang menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 bulan lalu disenaraikan Rajagobal untuk latihan pusat kali ini.
Lima pemain yang tidak terpilih ialah Amri Yahyah, Razman Roslan (Selangor), Khyril Muhymeen Zambri, Faizal Abu Bakar dan Khairul Helmi Johari (Kedah).
24 pelatih bagi kem latihan kali ini akan mula menjalani latihan di Wisma FAM, Kelana Jaya pada 2 Februari depan, sehari selepas mereka beraksi untuk perlawanan kedua Liga Super 2011 bersama kelab masing-masing.
Aidil mengalami kecederaan lutut ketika beraksi untuk Negeri Sembilan pada final Piala Malaysia 2010 yang menyebabkan dia terpaksa diketepikan Rajagobal untuk Sukan Asia 2010 dan Piala Suzuki AFF 2010.
Persoalan kini timbul sama ada tugas kapten yang diambil alih Safiq Rahim pada dua kejohanan tersebut akan diserahkan semula kepada Aidil atau terus menjadi milik pemain tengah Selangor itu.

Lelaki pakai coli maut jatuh kondominium!!

Share Entry Ini Tiada ulasan:
Seorang lelaki ditemui mati dalam keadaan misteri selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 12, Blok A, Sentul Utama Kondominium, Taman Datuk Senu, Sentul di sini semalam.
Dalam kejadian pukul 6.30 pagi itu, mayat mangsa, Shahnizam Aman, 26, ditemui di tingkat bawah bangunan 17 tingkat itu dengan memakai coli wanita dan berseluar biru.
Menurut beberapa orang penghuni, mangsa dan seorang rakannya dikatakan cuba memasuki sebuah rumah di tingkat 12 melalui balkoni rumah itu.
Bagaimanapun, apabila kehadiran mereka disedari tuan rumah, mangsa dipercayai terjatuh manakala rakannya sempat melarikan diri.
Tiada sebarang pengenalan diri mangsa ditemui kecuali tiga buah telefon bimbit, tasbih serta kunci pendua beberapa unit kediaman kondominium itu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Supritendan Zainuddin Ahmad berkata, mangsa mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala ekoran jatuh dari tempat tinggi.

Skuad AFF SUZUKI dan jurulatih dapat saham RM50,000, wang RM15,000

Share Entry Ini Tiada ulasan:
Kerajaan hari ini menganugerahkan insentif sebanyak RM50,000 dalam bentuk unit Amanah Saham Wawasan (ASW) 2020 serta wang tunai berjumlah RM15,000 kepada kesemua 25 pemain termasuk jurulatih pasukan Harimau Malaya yang berjaya menjulang Piala Suzuki AFF 2010 baru baru ini.
Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri pada majlis makan tengah hari yang turut dihadiri pasukan Bawah 23 Tahun itu di Seri Perdana.
Wah, dapat durian runtuh pemain kita ye. Tahniah kepada anda semua, sememangnya ianya berbaloi dengan kejayaan mengharumkan nama negara Malaysia.Semoga insentif yang diberi dapat meningkatkan semangat dan prestasi bolasepak negara.
Terima kasih juga kepada kerajaan kerana memberi perhatian tinggi terhadap pembangunan bolasepak negara.Satu saja ingatan, simpan untuk masa depan.

RAMAI TAK SUKA ANA RAFFALI MENANG?

Share Entry Ini Tiada ulasan:
Ramalan ramai pihak nampaknya sudah tersasar jauh daripada apa yang mereka sangkakan. Lagu Tolong Ingatkan Aku bukanlah lagu kegemaran ramai pihak untuk dijulang sebagai juara dalam pertandingan lagu yang cukup berprestij itu. Sebahagian besar peminat dan pencinta muzik tempatan yang rata-rata meramalkan lagu ciptaan Audi Mok dan Faizal Tahir, Hanyut mahupun Drama King hasil ciptaan Taja dan Taz lebih layak diangkat sebagai juara.Sejak dari awal penganjuran pada tahun 1986 , pasti akan timbul pertikaian dan ketidakpuasan dengan keputusan yang telah dipilih sebulat suara oleh juri.Sebaik sahaja lagu itu diumumkan sebagai juara oleh tiga pengacara AJL25 iaitu Faizal Ismail, Cheryl Samad dan Ally Iskandar, penonton di stadium tidak menunggu lama untuk bersorak ‘boo’ kepada keputusan tersebut.Siapalah kita untuk mempertikaikan keputusan juri yang ternyata lebih bijak menilai dalam memilih karya terbaik untuk digelar sebagai Juara Lagu Ke-25.Barisan juri yang dipilih TV3 untuk tahun ini bukannya calang-calang kerana semuanya hebat dalam lapangan masing-masing.Mereka yang dimaksudkan ialah Habsah Hassan, Acis, Azmeer, Amy Search, Pacai, Andy Flop Poppy dan M. Nasir selaku ketua juri.“AJL bukan soal populariti tetapi adalah untuk mencari karya yang terbaik serta memiliki nilai autentik untuk melayakkan lagu itu bergelar juara,” kata M.Nasir.
Jadi apa kata anda????

Messi Pemain Terbaik Dunia

Share Entry Ini Tiada ulasan:
Bintang penyerang Argentina, Lionel Messi dinobat sebagai Pemain Bola Sepak Terbaik Dunia buat tahun kedua berturut-turut dan Jose Mourinho pula selaku Jurulatih Terbaik Dunia.
Messi mengejutkan rakan sepasukan yang turut dianggap pilihan utama, Andres Iniesta dan Xavi, yang masing-masing menduduki tangga kedua dan ketiga untuk merangkul trofi baru Ballon d'Or FIFA, anugerah prestij yang sebelum ini diadakan secara berasingan dengan FIFA serta majalah bola sepak Perancis.
Tahun lalu, Messi memenangi kedua-dua anugerah Terbaik Dunia FIFA dan Ballon D'Or yang ketika itu dilangsung secara berasingan. Satu-satunya pemain yang pernah merangkul gelaran berganda adalah Luis Suarez pada 1960.
Undian untuk anugerah pemain terbaik dijalankan oleh semua jurulatih dan kapten skuad kebangsaan serta wartawan terpilih, manakala 50,000 pemain bola sepak profesional pula mengambil bahagian dalam memilih 11 pemain untuk Pasukan Pilihan Dunia.
Messi mempamer aksi cemerlang bersama Barcelona tahun lalu tetapi gagal memberi inspirasi kepada Argentina pada Piala Dunia menyebabkan pasukannya tersingkir di suku akhir.

FACEBOOK NAK TUTUP 15 MAC??? TIPULAH

Share Entry Ini Tiada ulasan:
FACEBOOK nak tutup?? hehe nampak sangat penipu. Memang tak ada akal la si Mark Zuckerberg tu.Apa-apa pun korang jangan percaya ok.

TAHNIAH LAGU TOLONG INGATKAN AKU - ANA RAFFALI JUARA AJL 25 !!!

Share Entry Ini Tiada ulasan:

Sungguh tak di sangka tuah Ana Raffali. Selaku komposer, penulis lirik dan penyanyi lagu Tolong Ingatkan Aku beliau berjaya menggondol anugerah juara lagu ke 25 sebentar tadi. Mengalahkan semua pencabar yang lebih berpengalaman. Temapt kedua di menangi oleh Black &  Meet Uncle Hussien dengan lagu Drama King dan tempat ketiga di menagi oleh Hafiz-Noktah Cinta yang juga menyapu kategori Vokal terbaik. Faizal Tahir juga tersenarai sebagai pemenang kategori persembahan terbaik dangan lagu hanyut. Sekali lagi tahniah kepada semua pemenang.

REVIEW FILEM: Paranormal Activity 2

Share Entry Ini Tiada ulasan:
JIKA filem pertama pernah mencetuskan fenomena disebabkan ketakutan yang melampau, tunggu sehingga anda menonton filem susulannya, Paranormal Activity 2, yang mula ditayangkan kepada umum pada 6 Januari lalu. Kejutan demi kejutan menanti penggemar filem seram yang menggunakan format berbeza ini. 

Tidak dinafikan pengolahan cerita serta gerak kerja kamera dalam filem ini membuatkan Paranormal Activity 2 layak untuk dinobat sebagai filem seram terbaik pernah dihasilkan sejak akhir-akhir ini. Babak mesin pembersih kolam bergerak sendiri serta babak isteri Daniel, Kristi, dirasuk roh jahat memberi kesan kepada penonton kerana ia dilakukan dengan penuh teliti.

Tidak lupa juga adegan Kristi dan bayinya, Hunter, ditarik oleh entiti yang tidak kelihatan membuatkan bulu roma meremang kerana ia digambarkan dengan begitu realistik sekali, walaupun ia sebenarnya tidak banyak beza dengan apa yang pernah disajikan dalam filem pertama dulu.

Wujud banyak babak menarik yang mampu membuat penonton menjerit dan hanya mahu menontonnya di celah-celah jari. Itulah kesannya apabila penonton tidak ditunjukkan rupa bentuk roh jahat yang mengacau kehidupan, berbanding filem seram lain yang menampakkan imej hantu, yang cukup stereotaip.
Untuk filem seperti ini, apa yang penting ialah kesempurnaan suntingan. Secara keseluruhan, filem ini disunting begitu baik sekali kerana jalinan antara satu plot ke satu plot yang lain jelas kelihatan dan ia pula mudah difahami.

Meskipun ada unsur pengulangan visual terutama paparan kolam renang, namun ia sebenarnya dilakukan bersebab. Wujud kaitan yang kuat antara kejadian aneh yang berlaku di rumah itu dengan kolam berkenaan.

Seperti yang digunakan sebuah iklan, barangan baik tidak perlu kata-kata indah. Apa yang boleh dikatakan, filem ini cukup berbaloi untuk ditonton. Secara perlahan-lahan, babak seram dalam filem ini mampu merasuk fikiran sehingga kita masih terbayang-bayangkan ketakutan itu walaupun sudah berada di luar panggung. Selamat menjerit!
  • Judul: Paranormal Activity 2
  • Pengarah: Tod Williams
  • Pelakon: Brian Boland, Katie Featherston, Micah Sloat, Sprague Gryaden, Molly Ephraim dan Seth Ginsberg
  • Penulis: Michael R Perry, Christopher B Landon
  • Genre: Seram, Thriller, Misteri
  • Durasi: 91 minit
  • Tayangan: Mulai 6 Januari 2011

Review:'Angkatan Seni Baru' Yayasan Negeri Sembilan

Share Entry Ini 1 ulasan:




Kumpulan Kebudayaan "Yayasan Negeri Sembilan" telah ditubuhkan pada tahun 1988 dengan bermatlamatkan untuk mngekalkan identiti kebudayaan Negeri Sembilan. Sejak ditubuhkan, kumpulan ini ditadbir dan dibiayai sepenuhnya oleh Angkatan Seni Baru (NS) Sdn Bhd


Kumpulan Kebudayaan "Yayasan Negeri Sembilan" telah ditubuhkan pada tahun 1988 dengan bermatlamatkan untuk mngekalkan identiti kebudayaan Negeri Sembilan. Sejak ditubuhkan, kumpulan ini ditadbir dan dibiayai sepenuhnya oleh Yayasan Negeri Sembilan. Pada tahun 1992, kumpulan ini telah didaftarkan di bawah Akta Syarikat 1965 dengan nama Angkatan Seni Baru (NS) Sdn Bhd (ASB). Ianya dimiliki sepenuhnya oleh Yayasan Negeri Sembilan.

ASB telah bergerak cergas dalam pementasan kebudayaan di dalam dan di luar negara. Kumpulan ini telah mendapat pengiktirafan daripada Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia atas kejayaan mempersembahkan tarian konsep Malaysia Truly Asia dan telah dipilih mewakili negara mempromosikan kebudayaan negara ini ke Perancis, Sepanyol dan Protugal.

Kumpulan ini biasanya membuat persembahan kebudayaan diiringi oleh kumpulan muzik yang melibatkan penggunaan alat muzik tradisional Negeri Sembilan iaitu Cak Lempong, rebana dan gong. Selain daripada persembahan tarian kebudayaan Negeri Sembilan, mereka juga berupaya menghidangkan tarian-tarian kebudayaan negeri-negeri lain di Malaysia termasuk tarian Cina dan India.

Pada masa kini ianya dianggotai oleh 33 orang iaitu seorang pengurus, seorang jurulatih, seorang jurutari, seorang penyanyi, 22 penari, dan 7 pemuzik. Untuk mengekalkan persembahan terbaik, anggota-anggota kumpulan diberi latihan konsisten. Latihan lebih dititikberatkan kepada tarian tradisional Negeri Sembilan seperti Randai, Endang, Tumbuk Kalang dan Tarian Piring. Di samping itu, tarian rakyat negeri-negeri lain di Malaysia turut dilatih. Kumpulan ini biasanya membuat persembahan kebudayaan secara terus-menerus dan setiap persembahan akan diiringi oleh kumpulan muzik.Lihat gambar aktiviti dan persembahan kumpulan ini di Facebook.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi En Farman bin Othman di talian 06-7628046 atau datang terus ke:

ANGKATAN SENI BARU (NS) SDN BHD
Tingkat 7, Bangunan Yayasan Negeri Sembilan
Jalan Yam Tuan
70000 Seremban
Negeri Sembilan

PENGAKUAN : 'Saya tidak pernah diperkosa Datuk Rais'

Share Entry Ini Tiada ulasan:
Setelah pelbagai spekulasi di buat amah pembantu rumah yang di maksud kan tampil beri penjelasan tuduhan itu tidak benar dan tidak berasas sama sekali.Robingah, 47, yang berkhidmat selama lapan tahun mulai 1999 hingga 2007 itu menjelaskan, sepanjang tempoh perkhidmatannya dengan Dr Rais, beliau diberi layanan baik dan tidak pernah diperlakukan seperti dakwaan yang kini tersebar luas."Saya begitu sedia apabila mengetahui dikaitkan dengan Datuk yang jelas boleh menjejaskan namanya di Malaysia dan Indonesia," katanya yang dipetik dalam Media Indonesia (MI) dan Republika.co.id, semalam.Robingah berkata, beliau berhenti kerja di rumah Datuk pada 2007 kerana kontrak kerja di Malaysia sudah habis, bukannya diperkosa sehingga pulang ke Banjarnegara.Sejak kebelakangan ini, beberapa laman blog menyiarkan cerita mengaitkan Rais memperkosa pembantu rumahnya pada 2007.Jadi sudah terjawab segala yang bermain di fikiran kita semua ATAU ada udang di sebalik mee???

Saya ingin Menonton Filem Faster!

Share Entry Ini Tiada ulasan:



Selepas 10 tahun dalam penjara, Driver mempunyai satu matlamat utama sahaja - membalas dendam untuk kematian saudaranya dalam rompakan bank yang tidak sempurna lalu menyebabkan dia dipenjara. Kini bebas, dia memulakan misinya - dikejari oleh seorang veteran polis yang akan bersara dan seorang lagi pembunuh upahan. Bermulalah cerita misteri ini dengan penemuan butiran-butiran baru yang berkait rapat dengan pembunuhan saudaranya, menyebabkan matlamat akhirnya mungkin tidak lengkap......"

Minyak Masak Abis!!!!!!!!

Share Entry Ini Tiada ulasan:
Kecoh sekarang ni tentang kehabisan minyak masak di pasaran seluruh malaysia... Punca satu je, Pemborong sorok stok. Memang x berguna  mereka ni. Tau nk untung je. Tak ada langsung sifat perikemanusian.Aku dapat rasakan pening kepala Dato Sabri Yaakob nk setel hal ni. Harap2 perkara ni selesai secepat mungkin. Kesian pada seluruh rakyat malaysia. Kalau nak sorok, pegi la sorok rokok. Biar bekalan terputus. Kan bagus macam tu.. hahaha. Sedikit berita terbaru pasal minyak

ChurpChurp | Social Share » Redeem your discount tokens at Celcom Great Sale today! (Preview)

Share Entry Ini Tiada ulasan:
ChurpChurp | Social Share » Redeem your discount tokens at Celcom Great Sale today! (Preview)

RAJA LAWAK 5 SUDAH KEMBALI!!!

Share Entry Ini Tiada ulasan:
Malam ini 7 Januari 2011 jam 9.00 di Astro Prima akan bermulalah episod pertama raja Lawak musim ke 5.Apa yang dapat di simpulkan peserta kali ini adalah lebih baik berbanding musim-musim lepas. Masih mengekalkan Johan & Zizan sebagai perantara ini adalah peserta yang akan cuba merebut takhta Raja Lawak Musim Ke 5!!
Inilah senarai 12 peserta raja Lawak Musim Ke 5

















SELAMAT MENONTON,MENGUNDI DAN BERHIBUR OK..
SESUNGGUHNYA ARWAH DIN BERAMBOI TIADA PENGGANTI DAN AKAN TETAP DI KENANG... AL-FATIHAH













Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

MISBUN OH MISBUN..

Share Entry Ini Tiada ulasan:
Masih tak selesai lagi hal Datuk Misbun ni.Sehingga hari ini, jurulatih perseorangan negara itu masih enggan bersemuka dengan pegawai kanan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), malah terus 'mengunci mulut' walaupun diasak bertali arus oleh media yang mahu mendapat penjelasan di sebalik tindakannya meletakkan jawatan.

Sejak menyerahkan surat perletakan jawatan daripada skuad kebangsaan pada 31 Disember lalu, Misbun hanya memberitahu bahawa beliau kecewa dan tidak gembira di BAM, tetapi tidak pernah mendedahkan secara terperinci apakah yang mengganggu beliau selama ini.

Adiknya, yang juga ketua jurulatih perseorangan, Rashid Sidek mengakui, bahawa abangnya itu sering menganggap dirinya tidak dihargai dan dihormati oleh individu dalam BAM, selain tertekan kerana keupayaannya kerap dipertikaikan apabila Datuk Lee Chong Wei gagal meraih kejuaraan utama seperti Sukan Olimpik, dunia atau Sukan Asia.

Rashid tidak menolak, keengganan BAM bertolak ansur membenarkan Misbun melatih anaknya, Misbun Ramdan Misbun antara punca yang mengeruhkan lagi keadaan, namun menegaskan, isu tersebut bukan perkara pokok dalam masalah ini cuma sebahagian daripadanya.

Harapan saya semoga masalah ini dapat di selesaikan secepat mungkin. Kerana hal ini boleh mengganggu fokus Pemain no1 dunia Datuk Lee Chong Wei untuk terus mengukuhkan kedudukan dalam persada badminton dunia.

Apa yang penting bertolak ansur serta bertimbang rasa..

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

Juara Lagu Ke-25 milik siapa? Aku ke?? haha,,

Share Entry Ini Tiada ulasan:

DEBARAN semakin kencang dan kehangatannya kian dirasai apabila hanya tinggal tiga hari sahaja lagi Anugerah Juara Lagu Ke-25 (AJL25) akan menjadi medan pertempuran karyawan seni tanah air.

Tepat pukul 9 malam tanggal 9 Januari ini (Ahad), panggung Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur akan dibuka dengan menyaksikan pertarungan sengit 14 buah lagu yang bertanding tahun ini.

Seperti mana tahun-tahun sebelum ini, AJL25 juga memperlihatkan saingan yang tidak kurang hebatnya menerusi 14 buah karya anak tempatan bagi merebut gelaran utama yakni Juara Lagu Ke-25.

Sudah menjadi resmi AJL setiap tahun, ramalan dan teka-teki pasti akan menjadi topik hangat pencinta muzik tempatan untuk melihat lagu manakah yang paling layak diangkat sebagai juara.

Hits juga tidak mahu ketinggalan menghangatkan sambutan AJL yang akan memulakan siarannya tidak kurang daripada 72 jam dari sekarang.

Ingin ditegaskan di sini, tulisan ini hanyalah sekadar ramalan dan tidak langsung akan mempengaruhi keputusan juri yang pastinya kini sedang pening kepala menilai sekali gus membuat keputusan muktamadnya.

Lagu berhantu

Tahun lalu memperlihatkan keunggulan gandingan komposer dan penulis lirik terkenal, Pete Teo dan Amran Omar dijulang sebagai juara menerusi lagu Pergi nyanyian Aizat.

Manakala naib juara pula menjadi milik lagu Dan Sebenarnya karya sepenuhnya oleh Yuna sementara gabungan Audi Mok dan Faizal Tahir pula memenangi tempat ketiga untuk lagu Bencinta.

Untuk tahun ini, karya manakah yang akan mengikut jejak langkah lagu Pergi dan 23 buah lagu lain yang pernah dinobatkan dengan gelaran Juara Lagu.

Nama yang paling hangat diperkatakan dan berpotensi besar untuk menjulang kejuaraan tahun ini adalah lagu Selamat Malam nyanyian Faizal Tahir.

Sedari awal lagi, lagu berhantu ini sudah dicanang dan menjadi calon utama untuk mengungguli AJL25. Bukan kerana populariti Faizal tetapi Selamat Malam merupakan sebuah lagu yang cukup segala rencah.

Melodi, lirik dan susunan muzik untuk lagu Selamat Malam yang cukup segar serta bertenaga memungkinkan ia untuk bergelar juara.

Jika rezeki tidak berpihak kepada Selamat Malam sekali pun, siapa tahu Faizal masih lagi boleh tersenyum puas seandainya pihak juri merasakan lagu Hanyut juga hasil karyanya bersama Audi layak untuk menduduki tangga teratas AJL25.

Namun, siapa tahu, rezeki berganda untuk Faizal dan Audi sekiranya lagu Selamat Malam dan Hanyut mampu menduduki dua posisi dalam tiga tempat yang disediakan.

Mustahil? Mengapa tidak kerana sejarah sudah pun membuktikan sebelum ini AJL yang pertama di mana dua buah lagu ciptaan Manan Ngah dipilih untuk menduduki posisi juara dan naib juara.

Dua lagu yang dipertandingkan pada tahun 1986 itu adalah Sekadar Di Pinggiran dan Aku Kehilanganmu kedua-duanya nyanyian Francissca Peter.

Jadi, tidak mustahil untuk Audi dan Faizal mengulangi kejayaan 24 tahun lalu. Seandainya itu berlaku, tidak perlulah membuat bising atau mencetuskan kontroversi kerana juri lebih bijak membuat keputusan.

Atau mungkinkah tahun ini akan menyaksikan kumpulan indie popular, Meet Uncle Hussain (MUH) akan kembali menjulang kejuaraan menerusi lagu Drama King.

Memang tidak mustahil kalau Drama King dijulang sebagai juara kerana keunikan dan keistimewaan lagu itu yang cukup menarik perhatian.

Ditambah dengan kemantapan vokal Black yang menambahkan merit untuk lagu itu dinobatkan sebagai Juara Lagu Ke-25.

Namun, usah dipandang enteng kepada lagu-lagu lain seperti Cinta Sempurna ciptaan sepenuhnya oleh Yuna, Ekstravaganza (Bunkface), Pelita (A.P.I) dan Mencari Konklusi (Hujan) yang mampu mencipta kejutan pada malam AJL25.

Keempat-empat lagu ini berdiri atas landasan yang tersendiri dan memiliki kekuatan serta keseimbangan komposisi serta liriknya.

Begitu juga dengan lagu-lagu yang mendapat perhatian meluas di corong radio seperti Noktah Cinta (Hafiz), Sofea Jane (Black) dan Ku Ada Kamu (Adira) juga mempunyai peluang untuk duduk dengan selesa di tiga tempat teratas.

Selain itu, kategori Vokal Terbaik juga tidak kurang hebatnya. Nama-nama seperti Faizal, Black dan Hafiz merupakan mereka yang dilihat akan memberikan persembahan terbaik menerusi lagu yang disampaikan.

Tidak mustahil Black menjulang kategori ini untuk dua tahun berturut-turut kerana kehebatan vokalnya memang sudah terbukti satu dalam sejuta.

Kalau juri mencari kelainan tahun ini, mungkin kumpulan A.P.I menerusi gandingan vokal Azlan & The Typewriter dan vokalis kumpulan Hujan iaitu Noh mempunyai peluang memenangi Vokal Terbaik.

Mengapa tidak? Kerana sebelum ini pun paduan suara Jaclyn Victor dan Lah Ahmad juga pernah memenangi kategori Vokal Terbaik pada tahun 2007.

Kalau Adira memberikan persembahan terbaik dengan mengawal gaya nyanyiannya agar kedengaran lebih sedap didengar untuk lagu Ku Ada Kamu, gelaran Vokal Terbaik AJL25 juga boleh menjadi miliknya.

Mungkin juga gelaran itu akan berpindah milik kepada Yuna dan Ana Raffali yang memiliki gaya nyanyian tersendiri.

AJL25 yang dihoskan oleh Faizal Ismail, Cheryl Samad dan Ally Iskandar itu akan menyaksikan persembahan pembukaan oleh Francissca Peter, Nash dan M. Nasir yang pernah memenangi AJL sebelum ini.

Khusus untuk penonton setia mereka, TV3 akan menampilkan tiga penyanyi wanita unggul negara iaitu Datuk Sharifah Aini, Ziana Zain dan Datuk Siti Nurhaliza menerusi sebuah persembahan istimewa untuk segmen interlud.

Share Entry Ini Tiada ulasan:
Liga Malaysia 2011 sudah kembali.. hahaha.. Sebagai penyokong togar N.Sembilan den xsabar2 nk tunggu 1st game pada 29 Januari ni. Di sini di sertakan jadual penuh Liga Super 2011.. Hobin jang Hobin..
Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

Teknik Tingkatkan trafik blog ekau..

Share Entry Ini Tiada ulasan:
Aku rembat dari blog khai bace sendiri.. huhu
Share Entry Ini Tiada ulasan:
Tahniah kepada Ultras Malaya yang memberi sokongan padu tak berbelah bagi kepada pasukan Harimau Malaya tempoh hari... Bagus semangat mereka ni.. memang patut kita contohi.. Penjelasan tentang Jalur Gemilang terbalik di stadium di sini