PERKEMBANGAN SUMPAH LAKNAT DATUK T


KRONOLOGI

2.10PM - Majlis Angkat Sumpah Laknat Kecoh
Majlis angkat sumpah lakmat salah seorang trio 'Datuk T', Datuk Shazryl Eskay Abdullah yang dijadual diadakan di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul di sini, Jumaat kecoh apabila jemaah dan penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) masuk ke ruang solat utama di hadapan mimbar masjid.
Suasana menjadi tidak terkawal sekitar pukul 2.10 petang apabila mereka melaungkan takbir sambil dipercayai bagi menghalang majlis angkat sumpah diadakan.
Bagaimanapun Shazryl Eskay yang pada mulanya dijadual turut sama menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan masih belum hadir ketika berita ini ditulis.
Kekecohan seterusnya berlaku apabila Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin masuk ke ruang solat di tengah-tengah kekecohan berkenaan.
Shamsul Iskandar kemudiannya dijulang oleh penyokong PKR sambil menunjukkan buku 'Qazaf' - hukum Islam.
Ketegangan terus berlaku apabila penyokong yang dipercayai di pihak Shazryl Eskay bertindak mengganggu ceramah ringkas Shamsul Iskandar.
Penyokong PKR kemudiannya menunaikan solat sunat hajat.

2.30PM - Majlis Sumpah Laknat Eskay Dibatalkan
Majlis angkat sumpah laknat salah seorang trio 'Datuk T', Datuk Shazryl Eskay Abdullah dibatalkan ekoran kekecohan yang berlaku dalam ruang solat utama Masjid Amru Al-As Bandar Baru Sentul di sini, Jumaat.
Pembatalan upacara angkat sumpah berkenaan diumumkan Pengerusi Masjid, Abdul Razak Husin kira-kira pukul 2.30 petang.
Kira-kira 2,500 orang memenuhi ruang masjid berkenaan.
"Saya difahamkan angkat sumpah yang dijadual diadakan oleh pihak-pihak tertentu itu telahpun dibatalkan.
"Saya merayu kepada tuan-tuan supaya beredar daripada runag solat ini bagi mengelakkan suasana terus tegang.
"Saya tidak menyebelahi mana-mana pihak, hanya sekadar mahu memastikan kesucian masjid tidak tercemar," katanya.
Bagaimanapun tidak dapat dipastikan di pihak Shazryl Eskay sama adamajlis berkenaan benar-benar dibatalkan ataupun dipinda tempat.

4.10PM - Trio 'Datuk T' Tiba Di Masjid, Dipercayai Mahu Teruskan Sumpah Laknat
Trio Datuk T iaitu Datuk Shazryl Eskay Abdullah, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Datuk Shuib Lazim dilihat memasuki Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul di sini, Jumaat dan menunaikan solat sunat pada pukul 4.10 petang.
Mereka dipercayai berada di sini bagi meneruskan majlis sumpah laknat yang sebelum ini dibatalkan ekoran kekecohan yang timbul selepas solat Jumaat tadi.
 
4.15PM - Shazryl Eskay Bersumpah Bahawa Pelaku Video Adalah Anwar
 Datuk Shazryl Eskay Abdullah yang merupakan salah seorang trio 'Datuk T' bersumpah laknat bahawa pelaku dalam video seks melibatkan pemimpin pembangkang adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau melafazkan sumpah laknat berkenaan di hadapan media bersaksikan pembantu imam Masjid Amru Al-Asr Bandar Baru Sentul kira-kira pukul 4.15 petang Jumaat.
Shazryl Eskay memulakan upacara dengan mengucap dua kalimah syahadah sambil memegang senaskah Al-Quran.
"Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang berikrar dan bersumpah seperti berikut:
"Wallahi wabillahi watallahi, aku bersumpah bahawa aku dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam paparan video yang telah dirakamkan pada 21 Februari 2011.
"Dan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video tersebut. Sekiranya aku melakukan fitnah dalam kenyataan bersumpah ini, maka Allah akan melaknat akan diriku" katanya.


 

1 ulasan:

  1. betul ke tak nie..
    adoi suspen tol lah depa nie..hik3.
    xsabar2 nk tau nie ape cerita..

    BalasPadam

Macam-macam kan! Apa Kata Anda?