Malaysia Menang Membenam Pakistan 2-0 !!!

Share Entry Ini 1 ulasan:

Tahniah kepada pasukan Malaysia kerana berjaya membenam Pakistan dengan jaringan  2-0  dalam pertandingan bolasepak kelayakan Olimpik 2011 di Stadium Shah Alam sebentar tadi. Malaysia menjaringkan 2 gol pada separuh masa pertama yang juga menyaksikan seorang pemain Pakistan di layangkan kad merah kerana menendang kapten Malaysia iaitu khairul Fahmi Che Mat.Gol pertama di jaringkan oleh Wan Zaharul Nizam pada minit ke 4 dan gol kedua di jaringkan oleh Irfan Fazail pada minit ke 48.
Pada separuh masa kedua Malaysia gagal menambah jaringan walaupun Pakistan bermain dengan 10 orang pemain.Malaysia mendapat banyak percubaan 'on target' namun gagal di sempurnakan dengan baik terutama Ahmad Fakri yang gagal dalam 3 atau 4 percubaan depan pintu gol.

Genap 19 Tahun Pemergian Allahyarham Sudirman Hj Arshad.

Share Entry Ini Tiada ulasan:

Hari ini 22 Februari 2011 genap 19 tahun pemergian penghibur No 1 negara Datuk Sudirman Hj Arshad.Beliau yang lahir pada 25 Mei 1954 merupakan salah seorang penyanyi terkenal di Malaysia. Beliau telah dinobatkan sebagai Penghibur Nombor 1 Asia dari Malaysia sebelum Siti Nurhaliza. Anak jati Pahang pertama memenangi Anugerah Penyanyi Asia tahun 1989 di London. Lelaki kacak ini telah diberi jolokan sebagai Penghibur Milik Masyarakat, Seniman Rakyat dan Elvis Malaysia. Beliau adalah penyanyi, penghibur, penggubah, peguam, penulis, pengarang (buku kanak-kanak), pelukis kartun, usahawan, dan pelakon.Selain itu, beliau telah melahirkan sebanyak 168 buah lagu.

 

Album

Selepas Bintang RTM, tahun 1977, Sudirman mula merakamkan suara dalam album EP sulungnya Teriring Doa bersama Warnada Rekod. Walaupun ketika itu sibuk dengan kuliahnya di Universiti Malaya, beliau sempat merakam lagu-lagu untuk dimuatkan dalam EP pertamanya, diantaranya lagu Teriring Doa dan Suratku Yang Ini.
Tahun 1978, EMI menawarkan kontrak kepada Sudirman. Album sulungnya dengan EMI berjudul Aku Penghiburmu. Beliau menyanyikan semula lagu Jali Jali yang telah memperkenalkannya kepada umum, termasuk dua lagu ciptaan Ahmad Nawab Aku Penghiburmu dan Kasih. Kedua-dua lagu ini juga dinyanyikan oleh Broery Marantika apabila Ahmad Nawab berhijrah ke WEA. Dalam tahun itu, Sudirman dipilih sebagai Penghibur TV Terbaik di Anugerah Seri Angkasa.
Tahun 1979, album Perasaan diterbitkan dengan lagu hit Gerimis di Lautan bersama lagu-lagu lucu Mat Disko dan Toyol.
Setelah menamatkan pengajiannya, Sudirman bebas mengembangkan karier seninya. Beliau yang bangga dengan imej budak kampung, menyanyikan lagu-lagu yang berkait rapat dengan masyarakat Malaysian.
Istimewanya Sudirman kerana bermula tahun 1980, beliau telah menerbitkan 2 buah album dalam setahun. Kesemua albumnya berjaya dan kebanyakkan lagu-lagunya menjadi hit. Tidak semua artis pada zaman Sudirman dan zaman sekarang mampu berbuat demikian.

Konsert di Chow Kit Road
 

Pada 15 April 1986, Sudirman menempa nama di dalam Malaysia Book Of Records setelah mengadakan konsert gergasi percumanya di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur. Beliau telah berjaya memikat dan memukau hampir 100 ribu warga kota berpusu-pusu membanjiri jalan itu dengan kehebatannya. Lagu yang dinyanyikan oleh beliau ialah Chow Kit Road dan diakhiri dengan lagu patriotik Abadi sambil beliau memakai bendera Malaysian.
Jalan Chow Kit pada era Sudirman adalah gelanggang marhaen. Chow Kit menjadi simbol orang-orang kerdil yang juga peminat Sudirman. Maka konsert jalanan secara percuma adalah sebagai tanda terima kasih kepada para peminatnya yang tidak mampu menyaksikan persembahan di hotel dan dewan konsert, sekaligus memberitahu kita Sudirman bukan materialistik.


Penghibur Terbaik Asia
 
Pada 19 Mac 1989, Sudirman telah dinobatkan sebagai Penghibur Terbaik Asia di "Asian Popular Music Awards". Acara anugerah ini diadakan bersama-sama dengan Salem Music Awards Festival yang berlangsung di Dewan Royal Albert, London. Beliau merupakan penyanyi pertama Malaysia yang memenangi anugerah tersebut. Sudirman telah mengalahkan 8 orang peserta dari negara-negara Asia termasuk Hong Kong (Leslie Cheung), Filipina (Kuh Ledesma), Singapura (Anita Sarawak), China, Taiwan, Jepun, Korea Selatan dan Thailand. Dalam pertandingan tersebut beliau telah menyanyikan dua buah lagu Inggeris One Thousand Million Smiles dan Send In The Clown dengan menggayakan aksi lucu ala Charlie Chaplin yang cukup mempesonakan yang membolehkan beliau mengalahkan wakil-wakil negara lain yang lebih hebat popularitinya.
Lagu One Thousand Smiles dirakamkan dalam bentuk single dan dipasarkan di Eropah. Proses rakaman lagu itu dibuat di Abbey Road Studio, tempat rakaman album bagi penyanyi megastars seperti The Beatles. Lagu ini dipilih sebagai lagu tema Malaysia semasa Hari Bangsa-Bangsa Bersatu.


Kematian

17hb Julai 1991, Sudirman dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Pusat Perubatan Tawakkal Kuala Lumpur selama 4 hari. Dilaporkan beliau telah pengsan setelah terjatuh. Selama 7 bulan beliau terlantar sakit, keluarga rapatnya merahsiakan punca penyakit dan lokasi di mana Sudirman dirawat. Dalam tempoh itu, dia tidak ke mana-mana kecuali ke rumah kakaknya di Butterworth selama seminggu.
"Dia mahu peminat-peminatnya melihat dia sihat, ceria, penghibur yang hebat, sebagai hero di pentas. Sememangnya dia tidak mahu meninggalkan kenangan yang teramat sedih di hati peminat setelah melihat dia terlantar sakit dan meninggal dunia," begitu penjelasan kakak Sudirman, Rudiah apabila ditanya apakah Sudirman sendiri yang tidak mahu orang lain melihat dia sakit selain adik-beradiknya.
Pada 22 Februari 1992 (bersamaan 18 Syaaban 1412), hari Sabtu jam 4:00 pagi, ketika berusia 37 tahun, Sudirman Hj Arshad telah kembali ke Rahmatullah di rumah kakaknya Rudiah bt. Hj. Arshad di alamat No.16, Jalan Taban Satu, Lucky Garden, Bangsar Park, Kuala Lumpur setelah 7 bulan menghidap penyakit radang paru-paru (pneumonia). Jenazah Allahyarham telah dibawa pulang ke Temerloh dan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kg. Chengal, Temerloh pada hari yang sama, jam 3:45 petang - di sebelah pusara orang tuanya. Ribuan peminat-peminat setia termasuk Perdana Menteri Malaysia ketika itu Dr. Mahathir Mohamad telah menziarahi jenazah Allahyarham yang dianggap sebagai satu kehilangan besar bagi dunia hiburan tanah air.

Al-Fatihah.. Semoga Allah Mencucuri Rahmat Ke Atas Roh Allahyarham Dan Di Tempatkan Di Kalangan Orang-orang Yang Beriman.  Amin..

Keputusan Penuh Senarai Pemenang Anugerah Seri Angkasa 2010

Share Entry Ini Tiada ulasan:
Keputusan Penuh Senarai Pemenang Anugerah Seri Angkasa 2010 adalah seperti berikut: 




 
ANUGERAH KATEGORI RADIO
  • Pengulas Radio Terbaik – Nurjamalina Jamali (Media Prima)
  • Liputan Berita Radio Terbaik – Laporan F1 2010 (Media Prima)
  • Buletin Radio Terbaik – Reagan a/l Muniandi @ Premanant (Minnal FM)
  • Majalah Radio Terbaik – Feminin (Suara Malaysia RTM)
  • Rancangan Interaktif Radio Terbaik – Suara Cinta (Suria FM)
  • Drama Radio Terbaik – Tasik (Klasik Nasional)
  • Rancangan Hiburan Radio Terbaik – Konsert THR Gegar 1 Terengganu (THR FM)
  • Bicarawara Radio Terbaik – Kerusi Panas (Bernama Radio 24)
  • Skrip Drama Radio Terbaik – Tasik (Klasik Nasional)
  • Pelakon Drama Radio Wanita Terbaik – Elliza Abdul Razak (Klasik Nasional)
  • Pelakon Drama Radio Lelaki Terbaik – Datuk Ahmad Tamimi Siregar (Klasik Nasional)
  • Kapsul Radio Terbaik – Kempen Kebersihan, Pelancongan dan Keselamatan (Negeri FM)
  • Pengimbang Muzik Radio Terbaik – Embun Hibiscus (Bernama Radio 24)
  • Anugerah DJ Radio Wanita Terbaik – Roslinda Binti Abdul Majid – Suria FM
  • Anugerah Penyampai Berita Radio Terbaik – Bernama Radio – Wan Syahrina Binti Wan AB Rahman (Bernama Radio 24)
  • Anugerah DJ Radio Lelaki Terbaik – Chong Keat Aun – AI FM (RTM)
ANUGERAH KATEGORI TELEVISYEN
  • Bicarawara TV Terbaik – Isu Khas Gaza (RTM)
  • Animasi Tempatan TV Terbaik – Abus (RTM)
  • Rancangan Kanak-Kanak TV Terbaik – Tom Tom Bak Musim 4 (Astro)
  • Liputan Berita TV Terbaik – Catatan Saksi Mavi Marmara (Astro)
  • Laporan Khas Berita TV Terbaik – Isu Golongan Gelandangan Di Kuala Lumpur (RTM)
  • Wartawan TV Terbaik – Hanim Muhili (RTM)
  • Suntingan Rancangan TV Terbaik – Songkok (RTM)
  • Jurukamera TV Terbaik – Dosa Semalam (RTM)
  • Penataan Cahaya Penerbitan Hiburan TV Terbaik – Anugerah Juara Lagu 24 (Media Prima)
  • Rekaan Set TV Terbaik – Pertandingan Akhir Dikir Barat 2009 (RTM)
  • Promo/Montaj TV Terbaik – Astro Arena Channel I.D (Astro)
  • Audio Rancangan TV Terbaik – Songkok (RTM)
  • Pengimbangan Muzik TV Terbaik – Anugerah Juara Lagu 24 (Media Prima)
  • Penerbitan Kapsul TV Terbaik – Kapsul Ramadan (RTM)
  • Rancangan dan Liputan Sukan Terbaik – Menggapai Harapan (RTM)
  • Anugerah Majalah TV Terbaik – Kelapa Tanaman Eksotik Bernilai Tinggi (Agrotek RTM TV1)
  • Anugerah Rancangan Realiti TV Terbaik – Showdown 2010 Episod 9 (8TV)
    Anugerah Candawara Game Show TV Terbaik – Jangan Lupa Lirik (Astro Ria)
  • Anugerah Hiburan / Muzik Terbaik – Shout Award 2009 (8TV)
    Anugerah Dokumentari TV Terbaik – Malaysia My Home: Story of Sabah & Sarawak (Astro Saluran 301)
  • Anugerah Buletin TV Terbaik – Awani 7:45 (Astro Awani)
ANUGERAH KATEGORI DRAMA TELEVISYEN
  • Pelakon Pembantu Drama TV Lelaki Terbaik – Hanis Kamal (Astro)
  • Pelakon Pembantu Drama TV Wanita Terbaik – Fadhilah Mansor (Media Prima)
  • Pelakon Drama TV Kanak-Kanak Terbaik – Eyra Hazali (Astro)
  • Anugerah Pelakon Drama TV Lelaki Terbaik -  Fauzi Nawawi (Sebelum Akhirat TV3)
  • Anugerah Pelakon Drama TV Wanita Terbaik -  Elaine Daly (Apa Dosaku – Astro Citra)
  • Anugerah Skrip Drama TV Terbaik – Perempuan  (Siti Jaslina Ibrahim – RTM TV2)
  • Anugerah Komedi TV Terbaik – Saham Neraka (TV3)
  • Anugerah Pelakon Komedi TV Terbaik – Ebby Yus (Masak Lomak Cili Api – RTM TV2)
  • Anugerah Drama TV Terbaik – Perempuan (RTM – TV2)
ANUGERAH TAMBAHAN
  • Anugerah Khas Juri – Ashwad Ismail (Catatan Misi Mavi Marmara)
  • AnugerahTokoh Penyiaran Swasta – Datuk Seri Mohd Effendi Norwawi
  • Anugerah Tokoh Seri Angkasa – Datuk Abdullah Muhammad
  • Anugerah Pengarah Drama TV Terbaik – Apa Dosaku (Bernand Chauly-Astro Citra)
  • Anugerah Drama TV Terbaik – Perempuan (RTM – TV2)  
  •  
     

    Jana Komisen churpchurp Dalam Masa Singkat??

    Share Entry Ini 1 ulasan:
    New Update My Earning 15/2/2011 3.44am


    Salam,
    Apa yang anda nampak itulah yang sebenarnya,bukan edit-edit pun ok.Program churpchurp ni sebenarnya dah lama ada cuma aku je yang baru tau, itupun aku perasan dalam website nuffnang.baru sebulan lebih aku join benda ini. Sememangnya agak berbaloi juga kalau di lihat kepada pencapaian aku dalam masa sebulan.

    Sebenarnya konsep program ni mudah je iaitu

    SELAMAT MENYAMBUT HARI MAULIDUR RASUL 1432H

    Share Entry Ini Tiada ulasan:

    Assalamualaikum,
    Pada 15 februari ini kita bakal menyambut hari Maulidur Rasul .Namun sehari sebelum ada sambutan hari valentine yang di sambut oleh orang kristian.Ada juga orang Islam yang  menyambut hari tersebut terutama anak remaja yang cetek pengetahuanya. Inilah di namakan hanya Islam pada nama ataupun lahir-lahir sudah Islam.
    Mereka tidak sedar bahawa apa yang di sambut itu adalah perayaan orang kafir.Hari Valentine (bahasa Inggeris: Valentine's Day), pada tanggal 14 Februari adalah sebuah hari di mana para kekasih dan mereka yang sedang jatuh cinta menyatakan cintanya di Dunia Barat. Asal-usulnya sebagai sebuah hari raya Katolik Roma.Jikalau anda telah membaca artikel ini namun masih ingin menyambut hari tersebut maka terpulanglah.Anda dah besar panjang dan pandai menilai baik dan buruk sesuatu tindakan itu.Berbalik semula ke Sambutan Maulidur Rasul pada Rabu ini.
    Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad.

    MALAYSIA MENANG KE ATAS HONG KONG 2-0!!

    Share Entry Ini 1 ulasan:
    TAHNIAH KEPADA PASUKAN MALAYSIA SETELAH BERJAYA MEMBENAM HONG KONG DALAM FRIENDLY MATCH DI STADIUM SHAH ALAM SEBENTAR TADI.PEMAIN MALAYSIA BERMAIN BAIK SEPANJANG PERLAWANAN DENAGN BEBERAPA CUBAAN MENARIK DARI SAFEE SALI DAN KUNANLAN NAMUN GAGAL MENJARINGKAN GOL.GOL MALAYSIA TERHASIL PADA LEWAT BABAK PERTAMA DI JARINGKAN OLEH SAFIQ RAHIM DAN AMIRUL HADI MELENGKAPKAN MALAM GEMILANG MALAYSIA DENGAN GOL KEDUA PADA MASA KECEDERAAN.TAHNIAH MALAYSIA, TERUSKAN MOMENTUM KECEMERLANGAN INI.




    GOL PERTAMA OLEH SAFIQ RAHIM




    GOL KEDUA OLEH AMIRUL HADI ZAINAL


    Keadaan Banjir Di Gemas Pada 2 Februari 2011

    Share Entry Ini Tiada ulasan:
















    *Sesungguhnya Apa yang Berlaku Menunjukan Kebesaran Yang Maha Esa.Mohonlah Keampunan DariNya Agar Di Hindarkan Dari Segala Malapetaka Dan Bencana.

    SPEEDTEST MAXIS BEROKBEN!!

    Share Entry Ini 1 ulasan:


    Terfikir pulak nak test speed berokben aku ni dan aku try la dekat speedtest.net dan hasilnya tengoklah kat atas tu. Aku pakai server yang paling jauh .Ok jugak hasilnya.Kalau pakai Celcom belom tentu dapat macam tu.Sebenarnya bukan masalah mana ok dan mana tak ok tapi ikut pada coverage dan kestabilan capaian internet di sesuatu kawasan.Contoh macam di sini Signal HSDPA Celcom memang hampeh.Tenggelam timbul macam kena taufan.Tapi signal HSDPA Maxis memang cun dan stabil.Namun bagi tempat-tempat yang lain mungkin terjadi yang sebaliknya.Jadi sekarang ni kadar kelajuan berokban bergantung pada bilangan pengguna di kawasan tersebut.Kalau ramai maknanya akan lembablah speed anda.saya berada di luar bandar yang ada liputan HSDPA a.k.a 3.5g. Kedudukan saya di sini  cuba anda trace pakai google maps.

    Yang ni pula saya test pakai server Kuala Lumpur.Amacam?? Anda pun boleh test speed berok kesayangan anda tu ok di sini.


    Filem Terbaru 'Sini Ada Hantu'

    Share Entry Ini Tiada ulasan:


    Release Date: 10 February 2011
    Language: Malay
    Subtitle: Info Not Available
    Genre: Horror
    Running Time: 1 Hour 38 Minutes
    Director: James Lee
    Cast: Alvin Wong, Baki Zainal, Eira Syazira, Fasha Sandha, Kuswadinata, Mano Maniam, Patrick Teoh, Pete Teo.

    Synopsis: Filem bermula dengan Rama seorang penyelia sebuah syarikat penghantaran & pengangkutan yang mencari driver pada minit terakhir untuk penghantaran di malam bandar. Rama berjaya mendapatkan Ah Meng dan Bakri untuk melakukan tugas dengan tambahan lembur dan bonus. Satu-satunya adalah bahawa mereka harus menyampaikan peti kayu gaya Cina yang besar pada waktunya. Untuk jumlah wang tambahan, dua orang mengambil pekerjaan dan perjalanan di dalam van melalui tol sepi. Selama perjalanan mereka, pemain radio van penghantaran itu akan rosak. Jadi untuk membunuh waktu, baik laki-laki mulai menceritakan kisah-kisah hantu yang mereka menyatakan asli. Bakri cerita hantu bermula dari kampung-nya yang melibatkan seorang lelaki muda dan semangat pokok pisang.

    (Source: Cinema Online)

    Alahai Dr Rozmey!!

    Share Entry Ini Tiada ulasan:



    Khas untuk penyokong dan pembenci filem 2 Alam.
    Layankan ajer.

    kelantan freid chiklen???

    Share Entry Ini 1 ulasan:

    Salam
              Pernah dengar atau tengok dan cuba tak menatang ni?? Bukan la salah eja tapi memang sengaja di eja begitu.Sekarang ni ayam goreng Kelantan Fried Chicklen boleh kita dapat di mana-mana sahaja.Bisnesnya seperti francissor dan makin ramai yang mula jual menatang ni.Mengenai harga pulak memang murah, RM2.00 seketul dan semestinya sedap berbanding ayam KFC original tu.

    Tengok orang kat atas tu, senyum je pas makan KFC .Sebenarnya aku tengah cari gambar yang sesuai tadi cari punya cari tengok ada gambar dia baik punya posing . Dia ni member sekolah aku dulu lawat blog dia kalau rajin ok(Jee den rembat pic ekau yo).
    Dekat tempat aku ni (Pusat Bandar Palong 4 5 6) memang xde lagi lah orang jual menatang ni tapi dekat dengan tempat keje aku di Bandar Seri Jempol ada orang jual menatang ni.



    Aku pernah jgk try benda ni, memang lazat sehingga menjilat jari kaki sendiri tanpa ku sedari.
        Apa-apapun selamat mencuba bagi yang belum mencuba.Sebagai rakyat malaysia yang bersatu padu sama2lah kita menyokong produk tempatan ok. Buat apa kita pergi ke restoran mahal walaupun ada tempat yang lagi murah dan sodap woo..

    Cara Nk Lajukan Broadband Bg Yg Dh Abis Limit

    Share Entry Ini Tiada ulasan:

    Korang mcm aku x? Gna broadband smpai tgh bulan pn dh abis limt. Sb broadband nie adik2 pon gna sama men game kt Facebook tue, jadi cpt la abis bandwidth tue. Msj mcm kt bwh ni tiap2 bulan aku dapat. He3, korang kalo dapt msj cmni msti rasa x best kan? Aku xkisah pon dpt cmni sb maknanya duit broadband Aku bayar dh digunakan smpai abis.Maknanya lepas 5GB tu free la, ha3...





     Tgk la penggunaan aku bulan nie. Yg dalam petak merah tue. Dh 6 GB lebih...

    Cmna nk buat Celcom x leh kawal speed kita? Ok cmni caranya...

    1) Pastikan wktu nie dh connect ke internet. Tekan "start" & cari "run". Dalam tu tulis "cmd" dan tekan ok...




    Kalo Windows Vista @ 7, tekan "cmd" tekan search tue...

    2) Akan kuar command prompt mcm kt bwh ni. Tulis "ipconfig/all" dan enter...


    3) Bila dh enter akan kluar senarai connection, cari hardware wireless korang (nama Modem korang), tgk gambar kt bwh utk pilih yg mna betol...


    4) Ok skarang tekan "ping [address korang] -t" Cth ping 10.175.53.131 -t   mcm gmbar kt bwh. Bila berjaya, korang akan trima balasan mcm kt bwh. Kalo x kuar mcm kt bwh mksudnya x berjaya la tu...


    5) Biarkan bnda ni jalan selama mna korang online. Kalo dh xnk tekan pangkah tu ja.

    Proses nie akan buat korang akan sntiasa ada connection dgn server, akan cepatkan proses hantar & terima packet (bdk2 network n IT tau la apa bnda nie) jadi website lbih cepat loading...


    Tip nie utk semua jenis broadband xkira la CELCOM, MAXIS, DIGI asalkan broadband tapi aku gna Windows XP, jadi utk yg gna lain tu mgkin ada beza sikit...



    Memang berbaloi??

    Share Entry Ini Tiada ulasan:
    Penyokong Liverpool kini boleh melupakan penghijrahan Fernando Torres ke Chelsea.
    Penggantinya, David Suarez sudah membuktikan
    kehadirannya di Anfield adalah berbaloi dan dia mampu
    menjalankan tugas yang ditinggalkan oleh Torres itu dengan baik.
    Belum pun sampai 24 jam bertapak di ‘kampung’ barunya itu, dia sudah mencipta nama.
    Ketika dimasukkan sebagai pemain gantian di separuh masa kedua pada aksi menentang Stoke City kelmarin, pemain yang baru dibeli dari Ajax Amsterdam itu terus mencatat nama sebagai penjaring bagi menghadiahkan kemenangan 2-0 kepada Liverpool.
    Suarez menjaringkan gol kedua pada minit ke-79 selepas Raul Meireles membuka jaringan buat Liverpool pada minit ke-47.
    Pengurus Liverpool, Kenny Dalglish percaya Suarez
    mampu memberikan impak yang besar kepada skuad
    kendaliannya itu dalam baki saingan Liga Perdana England musim ini.
    Jaringan yang dilakukan Suarez itu sekali gus menebus kekecewaan yang dialami penyokong-penyokong skuad The Reds selepas bintang sensasi mereka, Fernando Torres berhijrah ke Chelsea.
    Ternyata, nilai yang dibayar Liverpool berjumlah £22.6 juta (RM111.493 juta) untuk membawa masuk Suarez
    dari Ajax Amsterdam, Isnin lalu benar-benar berbaloi apabila dia kini dianggap sebagai wira baru mereka.
    Ekoran prestasi konsisten yang dipamerkan Suarez itu, dia dijangka diturunkan dalam kesebelasan utama The Reds pada aksi pertemuan menentang Chelsea, Ahad ini.
    Malah, Dalglish yakin penyerang antarabangsa Uruguay itu mampu sesuaikan diri dengan corak permainan di England dengan baik.
    “Dia mendapat permit bekerja pada Selasa lalu dan hari ini (awal pagi semalam) dia terus beraksi dalam pasukan. Wajahnya cukup ceria sebaik berhijrah ke sini (Anfield), dan saya berharap dia dapat menyesuaikan diri dengan corak permainan kami,” jelas Dalglish. – AFP