Wan Jamak bakal bimbing Kedah? Azraai Makin Tertekan?



Peluang untuk membawa sentuhan baru kepada pasukan Hijau Kuning sudah terbuka apabila bekas jurulatih Negeri Sembilan, Wan Jamak Wan Hassan menawarkan diri untuk mengalas tanggungjawab sebagai ketua jurulatih berikutan penyandangnya, Ahmad Yusof sedang direhatkan.

Pengurus pasukan Kedah, Datuk Khazali Din berkata, setakat ini beliau dan Wan Jamak sudah berbincang, tetapi dia secara tidak rasmi memaklumkan berminat untuk membimbing skuad Kenari, namun menangguhkannya buat sementara disebabkan mempunyai urusan peribadi. Menurutnya, pihaknya berminat untuk mengambil Wan Jamak sebagai ketua jurulatih, tetapi pada masa sama perlu menunggu keputusan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) sama ada masih mengekalkan Ahmad Yusof atau sebaliknya.
Wan Jamak sebelum ini menjadi ketua jurulatih pasukan Negeri Sembilan tetapi meletak jawatan selepas prestasi hambar pasukan serta tekanan dari pelbagai pihak.Tempat Wan Jamak di ganti oleh Azraai Khor yang pernah membimbing Kedah sebelum ini.

Dalam pada itu Azraai semakin tertekan  selepas impiannya untuk melihat skuad kendaliannya itu mencatat kemenangan pertama sebaik mula mengambilalih tugas daripada Wan Jamak , 22 Mac lalu, tidak kesampaian apabila tumpas kepada Kuala Lumpur, 0-1, dalam saingan Liga Super, di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, malam kelmarin.
“Pemain nyata mensia-siakan peluang dan kelebihan beraksi di halaman sendiri apabila pelawat pulang ceria selepas meraih tiga mata. Hakikatnya kita tidak punya banyak masa untuk memperbaiki keadaan kecuali setiap pemain berusaha memberikan persembahan cemerlang pada perlawanan berikutnya dan memastikan pasukan meraih keputusan memuaskan,” katanya.


Ulasan