FREE LIVE STREAMING TERENGGANU VS NEGERI SEMBILAN 27 SEPTEMBER 2011

Share Entry Ini Tiada ulasan:

jOM sAKSIKAN dISINI           link

SELEPAS membantu pasukan melayakkan diri ke suku akhir Piala Malaysia ketika menentang Sime Darby, Sabtu lalu, penyerang muda Negeri Sembilan, Mohd Firdaus Azizul mahu terus menggalas cabaran barisan depan skuad itu apabila turun menentang Terengganu dalam perlawanan terakhir Kumpulan B di Stadium Sultan Ismail, malam ini.
Penyerang berusia 22 tahun itu, bertekad untuk meneruskan aksi cemerlangnya demi memastikan Negeri Sembilan mengekalkan kemenangan ke atas juara Piala FA itu selepas berjaya melakukannya di halaman sendiri, sebelum ini.

Justeru itu, dia berharap ketua jurulatih, Mohd Azraai Khor Abdullah meletakkannya dalam kesebelasan utama untuk membolehkannya merealisasikan sasaran itu.
“Saya harap dapat berada dalam kesebelasan utama kerana ingin membantu Negeri Sembilan mengekalkan kemenangan.

“Tambahan pula Terengganu adalah pasukan mantap dan kami jangka bakal berdepan tugas getir untuk mencapai kemenangan.

“Jika diberi peluang, pastinya saya ingin memberikan sumbangan terbaik untuk pasukan,” katanya semalam.
Pemain kelahiran Seremban itu yang mula mendapat tempat dalam kesebelasan utama skuad Hoben Jang Hoben sejak musim lalu kini antara pemain yang menjadi sandaran utama.

Malah dia yang sering digandingkan dengan penyerang berpengalaman Hairuddin Omar, tampak berkesan mengemudi barisan depan hingga kelibatnya kerap diawasi pertahanan lawan.
Sekalipun kurang pengalaman, Firdaus yang menjaringkan dua gol dalam kempen Piala Malaysia kini kian yakin dengan prestasinya.






Penyatuan Bangsa Dalam Nasi Lemak 2.0

Share Entry Ini Tiada ulasan:

LUPAKAN mengenai apa juga kontroversi yang pernah dicetuskan oleh Namewee termasuklah dakwaan dia mempersendakan lagu Negaraku, sebaliknya berikan tumpuan terhadap karyanya berjudul Nasi Lemak 2.0.
Dengan bajet tidak sampai RM 1 juta, usaha Namewee untuk menghasilkan sebuah filem yang baik ternyata berbaloi dengan lakonan mantap daripada barisan pelakonnya walaupun jika dilihat jalan ceritanya, ia sedikit longgar terutama dari segi idea yang cuba diketengahkan.
Nasi Lemak 2.0 mengisahkan bagaimana pemilik sebuah restoran iaitu Chef Huang (lakonan Namewee) yang menghadapi detik paling sukar dalam perniagaan apabila dia gagal menyediakan makanan yang disukai oleh para pelanggannya.
Walaupun begitu, dia mendapat perhatian penduduk setempat kerana sikapnya yang gemar membantu mereka dalam segala hal.
Bagi meningkatkan perniagaan nasi lemaknya, Chef Huang terpaksa meminta bantuan daripada penjaja gerai bernama Kak Noor (Adibah Noor) yang akhirnya telah mengarahkan dia mengembara ke tiga lokasi berbeza bagi mempelajari asal-usul dan rahsia sebenar nasi lemak.
Dalam usahanya itu Chef Huang berhadapan dengan pelbagai pengalaman baru sehingga mengubah persepsinya terhadap kehidupan.
Selain Namewee dan Adibah Noor, Nasi Lemak 2.0 turut dilakonkan oleh Karen Kong, Afdlin Shauki, Datuk David Arumugam, Reshmonu, Kenny & Chee, Nadine Ann Thomas, Nur Fathia, Dennis Lau, Dian Sharlin, Pete Teo, Ho Yuhang dan Felixia Yeap.
Menyingkap mengenai aspek penceritaan filem ini, ia sedikit menyedihkan apabila jalan cerita dan plot yang ditonjolkan agak longgar sehingga penutup filem ini sudah boleh dijangka lebih awal sewaktu pertengahan cerita.
Tidak keterlaluan dikatakan filem arahan Namewee ini banyak dipengaruhi oleh pengarah filem dan pelakon terkenal, Stephan Chow apabila ada beberapa adegan seolah-olah mempunyai persamaan dengan filem lakonan pelakon terkenal tersebut iaitu God of Cookery.
Pun begitu, jika Namewee menggunakan plot yang lebih kuat dan sempurna, Nasi Lemak 2.0 diyakini boleh menjadi antara karya filem yang menonjolkan kepelbagaian rakyat majmuk di Malaysia dengan baik.
Di sebalik itu, kekurangan bajet tidak menghalang teknik penggambaran yang agak kemas ditampilkan untuk keseluruhan filem ini.
Menariknya mengenai Nasi Lemak 2.0, apabila kepelbagaian budaya turut diberi keutamaan apabila Namawee turut mengetengahkan pelbagai dialek antaranya Tio Ciu, Hokkien, Hakka, Mandarin, Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Tamil menjadikan ia sebuah filem yang sesuai ditonton oleh semua golongan masyarakat sehingga berjaya membuatkan penonton ketawa.
Lakonan hebat daripada semua pelakon yang sarat dengan unsur jenaka dapat juga dilihat dengan jelas apabila Namewee cuba menyampaikan mesej bersatu padu antara penduduk berbilang kaum di negara ini tanpa mengira fahaman politik.
Kemunculan penyanyi terkenal, David Arumugan dan Kenny Chan yang popular dengan sitkom ‘Baba dan Nyonya’ pada tahun 1990-an cukup mencuit hati terutamanya apabila David yang begitu bersahaja ketika membawakan watak yang ditampilkan.
Di dalam gelak ketawa menonton filem ini, Namewee secara tidak langsung telah menyuarakan mengenai sikap negatif segelintir masyarakat di Malaysia tidak kira bangsa.
Jika ingin mengetahui apakah konsep 1Malaysia mengikut pemahaman pengarah dan penulis cerita ini, ia patut ditonton oleh semua kaum kerana Nasi Lemak 2.0 membawa banyak pengertian yang harus diberi keutamaan dalam konteks masyarakat majmuk di negara ini.
Ia sebuah filem yang layak ditonton kerana ia bukan sahaja membawa kesedaran tentang apa yang berlaku tetapi juga memberi mesej yang sangat mendalam dan bermakna kepada semua penonton.

JUAL CHIP POKER BOLEH JADI KAYA-RAYA!!

Share Entry Ini Tiada ulasan:

Hahahahah... sekarang ni dah makin gila orang main game poker online terutama di Facebook.Antara game poker yang popular adalah Zynga Poker.Sebab apa popular adalah kerana ini adalah pelopor utama game poker online di laman sosial.Zynga poker telah bermula dari myspace dan tagged serta melanda facebook ketika ini.

Zynga poker mempunyai passion yang tersendiri terutama kepada mereka yang gila poker.Ada yang sampai tumbuk skrin lappy gara-gara kalah di tab.Ok sekarang ni orang dah mula pandai buat duit dengan menjual semula chip kemenangan kepada orang lain yang ingin modal segera yang besar untuk bermain poker.


Di singkap kembali kisah dahulu ketika bermula bermain Zynga poker harga jualan chip ketika itu adalah sekitar RM7/1m.Memang mahal tapi itu lah harganya.Selepas banyak saingan dari penjual chip poker haram ni harga menurun kepada RM5 dan RM3 dan harga terbaru sekarang adalah lebih kurang RM2 tetapi anda boleh mendapat harga sekitar RM0.60/1m sekiranya membeli pada kadar yang banyak.

Para penjual ini bersungguh menjual chip ini dan membentuk satu kumpulan jualan demi mendapatkan pelanggan yang ramai.Pelbagai promosi di lakukan dan mereka berjaya!!.
Kalau korang tak percaya boleh cari di Facebook banyak page menjual chip poker ini.

Mereka ini dah jadi kaya raya dengan menjual chip poker haram ini kerana harga yang di beri jauh lebih rendah dari yang di tawarkan oleh pihak developer game itu sendiri.Tapi ada satu risiko jika membeli chip poker haram ini iaitu anda berisiko untuk di BANNED oleh pihak zynga sendiri.

Ok kepada sesiapa yang nak beli chip murah tu boleh cek kat sini.

Gambar Pelakon Ainul Aishah tak pakai Bra?

Share Entry Ini Tiada ulasan:


Saja nak kongsi, cerita asal di sini.

ASAL USUL BRA (PAKAIAN DALAM WANITA) !!

Share Entry Ini Tiada ulasan:











Dulu, sebahagian besar wanita tidak menggunakan bra dan  menganggap tidak memerlukan pakaian khusus untuk menyangga payudara.

Pakaian yang digunakan memiliki pelbagai fungsi iaitu membuat payudara di lihat lebih baik dan menutupinya. Korset pun muncul dan mendominasi dunia pakaian dalam wanita selama berabad-abad.

Korset pun di gunakan untuk membuat tubuh wanita terlihat lebih kecil dan belahan payudara lebih menarik.

Pada pertengahan 1800-an beberapa pereka mencipta prototype bra tetapi tidak berkembang.

Istilah bra sendiri berasal dari majalah Vogue yang menggunakan nama “brassiere” pada 1907.Lalu, untuk bentuk bra yang kita gunakan sekarang ini,di cipta oleh seorang wanita bernama Mary Phelps Jacob pada 1910.

Ia menciptakan bra kerana ketika itu ingin menghadiri sebuah majlis makan malam menggunakan gaun barunya. Gaun tersebut terbuat dari bahan ringan dan tipis.
Korset yang tebal dan kaku membuat gaun tersebut terlihat tidak cantik.

Jacob kemudian kesal dan melempar korsetnya,ia lalu mengambil dua sapu tangan tipis dan menambahkan pita untuk menutupi payudaranya.
Teman-temannya kagum melihat penutup dada tersebut dan meminta Jacob untuk membuatkannya.

Melihat peluang perniagaan tersebut Jacob kemudian membuat permohonan paten untuk design bra tersebut dan menjadi kaya raya sehingga ke anak cucu.

RESULT PENUH PERLAWANAN PERTAMA PERINGKAT KUMPULAN PIALA MALAYSIA 2011

Share Entry Ini Tiada ulasan:


Berikut adalah keputusan perlawanan bola sepak Piala Malaysia yang berlangsung di beberapa venue malam ini: 

KUMPULAN A
Sabah 0 - Perak 0
Johor 0 - Kedah 2

KUMPULAN B
Berikut adalah keputusan perlawanan bola sepak Piala Malaysia yang berlangsung di beberapa venue malam ini:
KUMPULAN A
Sabah 0 - Perak 0
Johor 0 - Kedah 2

KUMPULAN B

Sime Darby 0 - Terengganu 3
Selangor PKNS 1 - N. Sembilan 2


KUMPULAN C

Sarawak 0 - Kelantan 2
Johor FC 0 - Felda United 2


KUMPULAN D

T-Team 1 - Selangor 0
Polis 0 - Kuala Lumpur 3

- Bernama
 

Filem Bini-biniku Gangster Bakal Box -Office!!

Share Entry Ini Tiada ulasan:

PELAKON
Shaheizy Sam:Herry (Pelakon Utama)
Yana Samsudin:Manja (Pelakon Utama)
Intan Ladyana:Reanna (Pelakon Utama)
Zul Handyblack:Muza (Pelakon Pembantu)

Manja dan Herry adalah sepasang suami isteri yang sangat romantik dan saling sayang menyayangi. Bagi Herry, Manja adalah seorang isteri dan suri rumah yang baik. Sedaya upaya Manja cuba menyembunyikan identitinya sebagai seorang ketua kumpulan gangster.  Dipejabat, Herry kerap dibuli oleh Mat Saja, tetapi setiap kali Herry dibuli pasti Mat Saja akan menerima balasannya. 

Perkahwinan mereka yang sudah berusia 2 tahun itu masih belum dianugerahkan anak disebabkan Manja yang pernah mengalami kecederaan perut akibat kisah silam, membuatkan Manja berasa serba salah lalu cuba mencarikan seorang isteri yang boleh memberikan anak untuk suaminya yang tersayang.  Ia juga adalah untuk mengalih perhatian Herry dari mengetahui aktiviti luarnya yang semakin sibuk setelah bergelar ketua kawasan, tambahan pula kawasannya kerap diganggu oleh musuhnya Min Siam.


Manja melamar Reanna, rakan sepejabat Herry yang baru untuk menjadi madunya. Walaupun redha dengan perkahwinan suaminya yang baru, jauh disudut hatinya perasaan cemburu melihat kemesraan Reanna dan Herry. Maka berlakulah perang dingin antara Manja dan Reanna dirumah. Sedang mereka asyik bergaduh, tiba – tiba Herry menghilangkan diri. Kedua dua madu itu berusaha mencari Herry di merata tempat, Manja bergegas ke tempat musuhnya iaitu Min Siam, kerana khuatir Herry diculik ahli kumpulan Min Siam. 

Jangan lupa saksikan di panggung pada 22 September 2011 nanti.

Gempa bumi di Sumatera, gegaran turut dirasai di Malaysia!!

Share Entry Ini 1 ulasan:


KUALA LUMPUR 6 Sept. - Gempa bumi kuat berukuran 6.7 magnitud dikesan di Sumatera utara awal pagi ini dan gegarannya turut dirasai di beberapa tempat di Selangor, Kuala Lumpur, Perak, Kedah dan Pulau Pinang.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan berkata, gempa yang berlaku pada jam 1.55 pagi itu berpusat di 127 kilometer (km) barat daya Binjai di Sumatera utara dan 363 km barat daya Pulau Pangkor, Perak.

Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami dikeluarkan terhadap Malaysia. - BERNAMA

SELEPAS SAMAKAN PEMINAT SEPERTI ANJING DAN BABI, GAMBIT MENYESAL??

Share Entry Ini Tiada ulasan:




Pelakon Gambit Saifullah mengakui kata-kata kesat yang dikeluarkan di laman sosial Facebook miliknya baru-baru ini adalah tidak profesional dan terlalu mengikut perasaan.


Gambit, 26, berkata, penggunaan perkataan “babi” dan “anjing” itu tidak ditujukan kepada peminat-peminatnya tetapi kepada individu tertentu yang gemar membuat tohmahan dan fitnah kepadanya selama ini.

"Saya mengakui kesilapan yang telah dilakukan dan tidak sepatutnya perkataan seperti itu digunakan walaupun saya dalam keadaan marah kerana ia meninggalkan kesan mendalam," 

Gambit memberi penjelasan terhadap status Facebook yang ditulisnya dengan menggelar pihak tertentu dalam laman sosial miliknya itu sebagai anjing dan babi.


Dalam turut menuduh sesetengah rakan mayanya mempunyai pemikiran yang cetek.
Mengakui menyesal menggunakan perkataan tersebut, Gambit berkata, dia menulis status demikian kerana berasa geram dan sedih dengan sikap sesetengah pihak yang cepat menilai dan membuat fitnah sama ada mengenai dirinya.

"Saya tidak tujukan status berkenaan kepada peminat saya tetapi kepada beberapa individu yang telah meninggalkan pelbagai kata-kata yang bukan sahaja mencalarkan perasaan saya tetapi peminat lain yang membaca," ujarnya.

'Hantu Bonceng' Kutip RM5 juta !! wow!!

Share Entry Ini Tiada ulasan:

Filem terbaharu arahan Ahmad Idham Ahmad Nadzri, Hantu Bonceng, berjaya mendapat kutipan sebanyak RM5 juta dalam masa lima hari tayangan bermula 31 Ogos lalu.

Menurut Ahmad Idham, dia bersyukur dengan pencapaian filem di bawah terbitan syarikatnya sendiri, Excellent Pictures itu kerana Hantu Bonceng mencatat sejarah dengan kutipan tiket terbesar pada musim perayaan.
"Alhamdulillah, kutipan tiket Hantu Bonceng mencecah RM1 juta bagi setiap hari tayangan. Melalui tinjauan di beberapa lokasi di Lembah Klang ada juga penonton yang kecewa kerana tiket sudah habis.
"Daripada makluman pengurus panggung pula, tiket-tiket di sebelah malah sudah habis di waktu petang. Jadi saya menasihati supaya membeli tiket lebih awal atau membuat tempahan secara dalam talian," katanya melalui satu kenyataan yang dihantar melalui e-mel di sini, Isnin.
Tambah Ahmad Idham, dia juga bersyukur kerana hasil promosi yang kuat menerusi di ruangan akhbar, radio, televisyen serta di laman sosial Twitter dan Facebook,ia telah berjaya menarik perhatian ramai untuk menonton filem tersebut.
Perkiraan kutipan tiket Hantu Bonceng yang dibintangi oleh Zizan Razak, Juliana Evans, Jue Aziz, Dottie, Tai, Zahid AF dan ramai lagi dikira menerusi tayangan di 80 buah pawagam serentak di Malaysia, Singapura dan Brunei.
“Saya juga ingin menyeru kepada sesiapa yang masih lagi belum menonton filem saya ini, silalah ke pawagam berhampiran bersama-sama rakan mahupun keluarga kerana saya jamin, selain memberikan hiburan dengan lawak komedi pelakon-pelakonnya, ia juga menyampaikan mesej yang berguna buat semua.



Sinopsis Filem Raya Tak Jadi lakonan Saiful Apek Dan Johan!!

Share Entry Ini Tiada ulasan:


Filem ini bermula dengan seorang ahli perniagaan iaitu Leo yang bakalmengalami kerugian yang banyak kerana kontena yang berisi kurma-kurma yang ingin dijualnya sebelum raya tidak sampai. Oleh itu, dia telah merancang untuk menunda hari raya dengan menculik Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Hj.Ehsan. Leo telah mengarahkan dua pekerjanya, Ali dan Abu untuk melakukan penculikan tersebut. Mereka berdua telah Berjaya menculik Hj.Ehsan namun masalah timbul apabila Ali dan Abu telah tertukar teksi yang ada Hj Ehsan dengan Shuib iaitu seorang pemandu teksi. 

Shuib mempunyai seorang adik yang pekak iaitu Bob. Kekecohan berlaku apabila Shuib dan Bob menemui Hj Ehsan yang disangkai telah mati di dalam boot teksi.Mereka berdua telah melakukan pelbagai cara untuk meninggalkan mayat tersebut namun gagal dan membuat keputusan untuk mengebumikan mayat itu. Tiba-tiba mayat yang disangkai telah mati itu hidup semula dan ini telah memeranjatkan semua orang. Hj. Ehsan kemudiannya menerangkan mengenai penculikannya. Sementara itu, Leo telah mengarahkan Ali dan Abu untuk mendapatkan semula Hj Ehsan dan mereka telah menculik Ibu dan adik perempuan Shuib dan Bob sebagai tebusan. 

Kemudian, Leo mengarahkan Shuib meminta wang tebusan daripada isteri Hj Ehsan dan menyerahkan wang tebusan dan Hj Ehsan kepadanya sebelum dia melepaskan ibu dan adik perempuan Shuib dan Bob. Leo dan dua pekerjanya telah diserbu dan ditangkap oleh polis ketika melakukan urusan penukaran tebusan dengan Shuib dan Bob. Shuib dan Bob berasa sedih kerana mereka terpaksa meraikan hari raya seperti hari raya tahun-tahun yang lepas, dalam serba kekurangan. Tetapi, Hj Ehsan telah dating menziarahi mereka dan memberikan pelbagai hadiah dan duit yang banyak sebagai ganjaran menolong dia. Selain itu, Hj Ehsan juga menyukai sikap mereka yang baik . Oleh itu dia turut menggajikan Shuib dan Bob untuk bekeja dengannya. 

Jom ramai-ramai gegar panggung(bukan punggung) pada 15 September ini ok!!

Are you a Samsung Galaxy S II user?

Share Entry Ini Tiada ulasan:
We believe that by now, most of you would have heard about the Samsung Galaxy S II, the gorgeous Samsung smartphone which packs a dual-core application processor and 4.3″ Super AMOLED display into a slim 8.49mm thick package. Maybe some of you are already the proud owners of one of these babies? :)

Well, Samsung might have something cool in store for those of you who own a Samsung Galaxy S II! But first, we need to know:
1. Are you a Samsung Galaxy S II owner?
2. If yes, would you be interested in being part of an act for the Galaxy S II on 11 and 12 September (Sunday & Monday), which will be taking place in Kuala Lumpur?
If you answered ‘yes’ to both of the questions above, Samsung is looking for you! Bloggers who are selected to be part of this will be given a token of appreciation to cover transportation costs, and food will also be provided during that time.
Are you lovin’ your Samsung Galaxy S II and want to tell everybody about it? Drop us a comment on this blog post and include your blog URL, and we might be in touch with you soon! Hope to hear from all the Galaxy S II fans out there! :)


Debaran Sepak Mula Piala Malaysia!!

Share Entry Ini Tiada ulasan:


Esok sepak mula Piala Malaysia. Tidak seperti negara lain, kemuncak bola sepak Malaysia bukan kejuaraan liga tetapi Piala Malaysia, atau dulu Piala HMS Malaya yang diperkenalkan pada 1921 tetapi ditukar nama pada 1967.

Secara ringkas, previu ikut kumpulan.

Kumpulan A (Perak, Kedah, Johor, Sabah)

Daripada empat pasukan ini, hanya Sabah belum bergelar juara Piala Malaysia. Perak berdepan kemungkinan hilang tonggak yang akan dibicarakan pada 7 September atas tuduhan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pengadil. Norizan Bakar dan Wan Jamak Hassan bukan saja bekas jurulatih kebangsaan, bahkan pernah menjulang Piala Malaysia, Cikgu Jan pada 2004 apabila lontaran Adrien Jurad Chamrong gagal didakap Megat Amir Faisal Ibrahim dan Wan Jamak pada 2009 apabila membantu Negeri Sembilan menamatkan penantian 61 tahun. Jadi mereka tahu resipi untuk muncul juara. Johor dalam proses membina semula reputasi manakala Sabah terlalu bergantung kepada Zainizam Marjan.

Ramalan: Kedah dan Perak ke suku akhir
Pemain bakal menonjol: Baddrol Bakhtiar (Kedah)

Kumpulan B (Terengganu, Negeri Sembilan, PKNS, Sime Darby)

Susah nak ramal kedudukan empat pasukan tetapi selaku juara Piala FA, Terengganu dibuai keyakinan tinggi. Kepantasan adalah kunci taktik Irfan Bakti Abu Salim berteraskan larian tiga serangkai Abdul Manaf Mamat, Hadi Yahaya dan Ashaari Samsuddin, dibantu Joseph Kallang Tie dan Ismail Faruqi Asha'ari. Negeri Sembilan dikendalikan Azraai Khor Abdullah yang tahu nikmat muncul juara tapi tertekan dengan pengurusan yang mahu results, manakala Sime Darby dilihat mampu jadi pakej kejutan biarpun tanpa kehadiran pemain bertaraf bintang.

Ramalan: Terengganu dan Negeri Sembilan ke suku akhir
Pemain bakal menonjol: Abdul Hadi Yahaya (Terengganu)

Kumpulan C (Kelantan, Felda United, Johor FC, Sarawak)
Sekalipun tanpa Khairul Fahmi Che Mat yang tegas mementingkan misi skuad pra-Olimpik, Kelantan memiliki keupayaan melepasi halangan. Ada kekuatan di semua posisi dan daya kreativiti Norshahrul Idlan Talaha kunci melebur kubu lawan. Felda United dan Johor FC bakal berebut tempat kedua, dengan kedua-dua pasukan menyandar harapan kepada pemain veteran untuk mencarta hala tuju. Jika Johor FC bergantung harap kepada Rezal Zambery Yahya dan Eddy Helmi Manan serta Rahman Zabul dan Mat Saiful Mohammad, Felda mengharapkan Liew Kit Kong, Nizaruddin Yusof, Hamsani Ahmad, Kaironnisam Sahabuddin Hussain dan Azi Shahril Azmi untuk menyuntik keyakinan kepada anak buah E. Elavarasan. Sarawak pula mampu cipta sedikit kejutan, memandangkan Robert Alberts, arkitek kemenangan Kedah pada 1993, membimbing Bujang Senang. Bobby Gonzales di depan, Wong Sai Kong di tengah dan lima pertahanan yang kental mungkin formula yang cukup untuk menidakkan Felda atau Johor FC.

Ramalan: Kelantan dan Johor FC ke suku akhir
Pemain bakal menonjol: Norshahrul Idlan Talaha

Kumpulan D (Selangor, T-Team, Kuala Lumpur, PDRM)

Misi menjulang Piala Malaysia buat kali ke-33 harus memberi tekanan kepada Selangor. K. Devan sudah menang pelbagai gelaran tetapi masih kempunan Piala Malaysia. Tewas bermakna Devan harus ucap selamat tinggal kepada Selangor. T-Team dibarisi bintang lama yang berpegang kepada reputasi silam tapi harus miliki pengalaman mara ke suku akhir setidak-tidaknya. Kuala Lumpur pula berdepan masalah kewangan dan Razip Ismail tiada jalan lain selain berdoa dia masih ada kerja musim depan.

Ramalan: Selangor dan T-Team ke suku akhir
Pemain bakal menonjol: Amirulhadi Zainal

Sumber: Malaysia Sports' Loose cannon



Gambit Saifullah samakan peminat Page Facebook beliau sebagai anjing dan babi!

Share Entry Ini Tiada ulasan:
Salam ..
artikel ini di tulis selepas terlihat satu status terbaru di page Gambit Saifullah yang agak kontroversi. Sememangnya boleh menyakitkan hati pihak tertentu.Kita lihat screenshot status beliau.

Tak tahu nak cakap apa... Perangai dia ni kadang-kadang nampak bodoh jugak..Mungkin sebab filem karipap-karipap cinta tak berapa nak laku die buat camni??
Ok yang kat bawah ni pula komen-komen dari peminat beliau.Ade yang suke ada yang tak.
oklah sekarang ni apa yang korang rase?? Best tak... wkakakaka...