Malek Noor Masuk ICU Rebah Semasa Main Bola

Share Entry Ini Tiada ulasan:

Bekas juara bina badan Asia, Datuk Malek Noor, dimasukkan ke sebuah hospital di sini malam Khamis selepas sesak nafas semasa menyertai perlawanan bola sepak Piala Amal Menteri Besar Perak di Stadium Perak di sini.
Malek, yang menjadi penjaga gol, rebah secara tiba-tiba selepas lima minit perlawanan bermula, kata Pengerusi Jawatankuasa Piala Amal Menteri Besar Datuk Azhar Ahmad.
Perlawanan berkenaan menemukan pasukan pilihan Menteri Besar Perak dengan pasukan Lagenda Negara yang dibarisi beberapa bekas pemain kebangsaan seperti K. Gunalan, Hassan Sani, Karim Pin, Khalid Ali, Shahrin Majid, Ahmad Yusof, Shukor Salleh dan Bakri Ibni.
Malek, yang mewakili pasukan Lagenda Negara, pada mulanya dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun sebelum dipindahkan ke Hospital Pantai.

Rambut Pelik Atau Kreatif?

Share Entry Ini Tiada ulasan:
Aku tak tahu nak conteng apa sekarang ini.So aku nak kongsi sikit gambar-gambar fesyen rambut yang boleh dikatakan Pelik tapi kadangkala ianya kreatif,bak kata pepatah orang Venezuela berbunyi 'think out of box' hahaha.
Kredit to pakcik GooGle!

Tak pasti la itu rambut ke helmet  


Mana depan mana belakang?

Alleycats orang putih!



Ronaldo masa muda dan power dulu

Yang ini aku amat suka,teramatlah kreatif...

Oklah bagi aku lebih baik bagi orang lelaki berimej

Seperti Ini

TAPI

Bukan Begini

Dan bagi wanita pula

Baguslah begini
TAPI

Bukan Macam ni
ATAU

Macam budak hampeh ni!!

Sekian Terima KAsih

Panas Panas Panas! Kontroversi Betullah!

Share Entry Ini Tiada ulasan:
Tak dapat nak story kat sini kalau nak tau klik sendiri kat  

Lelaki 100 tahun kahwin kekasih berusia 93 tahun??

Share Entry Ini Tiada ulasan:

Kalau dah jodoh memang tak kemana kan.Begitulah takdir seorang lelaki berusia 100 tahun, Forrest Lunsway melangsungkan perkahwinan dengan kekasihnya, Rose Pollard berumur 93 tahun.
Mereka mendirikan rumah tangga selepas berkenalan buat kali pertama pada 18 Disember 1983 dalam satu majlis tari-menari untuk warga emas.
Majlis perkahwinan itu diadakan pada sambulan ulang tahun kelahiran Forrest yang ke-100 di Pusat Komuniti Dana Point pada 19 Mac lalu di hadapan rakan-rakan dan anggota keluarga.
Paderi yang mengahwinkan mereka, Sam Lewis berkata, perkahwinan tersebut merupakan sesuatu yang mengagumkan orang ramai.
"Tema perkahwinan ini adalah kehidupan anda masih belum tamat selagi anda belum lagi meninggal dunia," katanya.
Sebelum berkenalan, kedua-dua mereka pernah berkahwin dengan pasangan masing-masing.
Gabungan umur mereka, iaitu 193 tahun, telah menjadikan mereka pasangan tertua di dunia yang berkahwin selepas rekod 183 tahun yang dipegang pasangan Harry Carton dan Edna Holford dari Barnley, England.
Seorang jurucakap Guinness Book of World Records menyatakan pihaknya akan mengesahkan perkahwinan itu sebagai rekod dunia.


Zul Huzaimy Bercerai Talak 2

Share Entry Ini Tiada ulasan:
Berita ini di petik dari mStar Online:

Isteri kepada pelakon popular Zul Huzaimy, 33, Nor Dalilah Muhammad, 29 mengesahkan mereka sudah bercerai talak dua dan didaftarkan pada 1 Julai 2010 di Mahkamah Rendah Syariah Kajang.

Menurut Dalilah sebelum itu, mereka pernah mengalami konflik pada hujung tahun 2009 dan masing-masing telah menetapkan syarat untuk berbaik semula selepas kejadian berkenaan.

"Memang selepas itu Zul banyak berubah dan dia tidak seperti dahulu. Malah selepas penceraian tersebut, Zul berhasrat untuk merujuk semula dan merancang ingin melangsungkan perkahwinan secara rasmi.

Berikutan penceraian itu kata Dalilah mereka tidak berhasrat membuat sebarang tuntutan hak penjagaan anak mahupun harta sepencarian kerana kedua-dua mereka sudah bersetuju menyelesaikan masalah berkenaan bersama.


"Kami tak mahu membawa isu hak penjagaan anak dan pembahagian harta sehingga ke mahkamah kerana ia akan jadi lebih rumit. Tentang nafkah pula, saya tidak kisah jika Zul mahu beri ataupun tidak.



"Kami dah tidak ada kaitan suami isteri lagi dan hanya akan bercakap tentang hal anak sahaja.

Lagipun saya ada dengar cerita yang dia sudah pun ada seseorang. Apa pun, saya mendoakan kebahagian diri serta kerjayanya," ujar Dalilah.



Gosip keretakan rumah tangga Zul Huzaimy sudah kedengaran sejak tahun lalu tapi pelakon itu enggan mengulas lanjut sebaliknya berkata ia adalah kisah peribadi yang tak perlu dihebohkan.


"Bersatu Kita Teguh Bercerai Kita Roboh"













Tersurat Dan Tersirat: Aidil Zafuan,Zaquan Adha,Akhbar Shaari Dan Rizal Hashim

Share Entry Ini 4 ulasan:


Fakta Yang Tersurat:
-Aidil dan Zaquan adalah pemain bolasepak terkemuka dan berjaya.
-Akhbar adalah seorang wartawan,pengulas, penerbit dan pengacara dalam bidang sukan.
-Rizal hashim adalah wartawan,editor dan blogger sukan terkenal.

Fakta Yang Tersirat:
-Aidil dan Zaquan adalah pasangan kembar yang seiras.
-Akhbar juga mempunyai kembar yang juga seiras iaitu Akhtar shaari.
-Aidil dan Akhbar berasal dari negeri sembilan.


Dan yang terakhir persamaan antara Akhbar Shaari dan Aidil Zafuan ialah??
Tengok gambar di bawah ok.


Rita Rudaini

Anda faham ke? tak faham? hahahaha Langsung tak faham...



'Mencari Yang Tersirat Adalah Sesuatu Yang Bermakna'


M. Nasir, Ramli MS dapat Datuk, Pak Nil Bila Lagi?

Share Entry Ini Tiada ulasan:

Dua selebriti, M. Nasir dan Ramli MS semalam dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk sempena ulang tahun hari keputeraan ke-80 Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah. Penyanyi dan pencipta lagu, M. Nasir atau nama penuhnya, Mohd. Nasir Mohamed dan konduktor muzik, Ramli MS atau nama penuhnya, Ramli Mohamed Salleh adalah antara 124 penerima darjah DIMP pada satu istiadat di Balairung Seri, Istana Abu Bakar, Pekan Pahang.
Bila pula agaknya giliran Aznil Hj Nawawi pula ye.Mungkin belum ada rezeki.Tetapi dulu heboh yang AC Mizal akan dapat gelaran Datuk namun sepi je sekarang ni??huhu...

BEN ASHAARI : GAME ANTARA BLOGGER BERMULA !

Share Entry Ini 1 ulasan:
jom join hahaha kat sini

'Datuk T' Adalah Trio Tiga Datuk - Rahim Thamby Chik

Share Entry Ini Tiada ulasan:

Tan Sri Rahim Thamby Chik mengesahkan beliau, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Datuk Shuib Lazim adalah Datuk 'T' yang terlibat dalam mendedahkan skandal video seks kepada media Isnin lalu.Bercakap kepada pemberita di Hotel Impiana, beliau turut menggesa kerajaan Persekutuan agar segera menubuhkan sebuah suruhanjaya diraja bagi menyiasat ketulenan video seks tersebut.


Rahim yang juga Pengerusi Risda berkata, isu ini perlu segera disiasat kerana ia telah menjadi polemik negara.Rahim adalah bekas ketua menteri Melaka dan bekas ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Shazryl Eskay Abdullah adalah seorang ahli perniagaan dari Kedah dan Shuib pula merupakan bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa atau Perkasa.


Selama tiga hari selepas pihak media didedahkan dengan kewujudan sebuah klip video seks yang didakwa melibatkan pemimpin tertinggi pembangkang, seluruh negara tertanya-tanya siapakah sebenarnya disebalik identiti Datuk 'T' yang bertanggungjawab mendedahkannya.

Rahim ketika bercakap dalam sidang media yang dipenuhi oleh para wartawan dalam dan luar negara bagaimanapun enggan menamakan individu yang terlibat dalam video seks berkenaan sebaliknya beliau hanya menggelarkannya 'orang ini bakal jadi Perdana Menteri Malaysia'.

Turut hadir ialah, Shazryl yang lebih dikenali dengan panggilan Datuk Eskay. Bagaimanapun Shuib tidak sempat hadir pada sidang akhbar tersebut.


Rahim menjelaskan bahawa individu dalam video seks itu pernah memintanya meletakkan jawatan sebagai ketua menteri Melaka atas alasan menjaga kepentingan negara ketika beliau berhadapan dengan skandal seks satu ketika dahulu.

Bagaimanapun beliau dibebaskan daripada tuduhan tersebut oleh mahkamah.

"Orang ini pernah meminta saya meletakkan jawatan dengan mengatakan saya merupakan satu liabiliti. Saya diminta letak jawatan (sebagai Ketua Menteri Melaka) walaupun saya tak bersalah," katanya.


Oleh itu beliau meminta Kerajaan Persekutuan segera menubuhkan sebuah suruhanjaya diraja bagi menyiasat kesahihan serta ketulenan video yang dirakamkan itu.

"Saya harap Suruhanjaya Diraja itu akan dianggotai oleh Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sendiri, Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang, wakil DAP, serta pertubuhan bukan kerajaan seperti Perkasa, Presiden Kita, Datuk Zaid Ibrahim serta wakil media.


"Biar semua pihak dapat lihat kebenaran. Parti politik serta pihak kerajaan juga boleh meletakkan wakil mereka dalam suruhanjaya diraja ini," tegasnya lagi.

Dalam perkembangan berkaitan, Rahim juga turut menolak dakwaan Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul bahawa beliau menawarkan sejumlah wang kepada wakil rakyat PKR itu.


Sebaliknya beliau mendakwa, Johari yang meminta 'wang pelincir' (berjumlah sekian-sekian banyak) selepas beliau melihat video seks berkenaan di sebuah hotel baru-baru ini.

"Saya ingin nafikan, saya tidak pernah tawarkan sebarang ganjaran atau duit kepada dia (Johari). Kita hanya mahu pengesahan daripada dia siapa individu dalam video itu.

"Ketika menyaksikannya Johari sendiri mengesahkan yang kelihatan itu adalah pemimpin pembangkang berkenaan dengan jelas," katanya.


Rahim turut mendakwa, Johari telah meminta ganjaran untuk tiga wakil rakyat PKR yang akan dibawa untuk menonton video seks berkenaan.

"Bagaimanapun kita tolak, kerana kita tidak mahu libatkan wang mahupun membeli sesiapa, sebaliknya pendedahan kita hanyalah demi memberitahu perkara yang benar sahaja," katanya.

Sumber dari mStar Online

Bintang 'Batman' Meninggal Dunia

Share Entry Ini Tiada ulasan:
Michael Gough

Bintang filem Batman yang memegang watak sebagai Alfred Pennyworth, Michael Gough meninggal dunia.
Aktor berusia 94 tahun itu dikhabarkan telah menghidapi pelbagai jenis penyakit dan meninggal dunia pada Khamis lalu di hadapan keluarga tercinta.
Micheal telah membintangi empat daripada lima buah filem Batman sejak tahun 1989. Dalam kesemua siri filem Batman beliau memegang watak sebagai butler yang setia kepada tuannya iaitu Bruce Wayne malah merupakan orang yang bertanggungjawab mereka cipta kesemua kostum Batman yang dipakai oleh Bruce Wayne.
Wataknya itu juga dipotretkan sebagai seorang penasihat dan penjaga Bruce Wayne - jutawan Amerika yang kehilangan kedua-dua ibu-bapanya di tangan penjenayah Bandar Gotham iaitu The Joker.
Selama penglibatannya dalam dunia lakonan, aktor itu telah bergandingan dengan bintang utama Batman iaitu Michael Keaton, George Clooney dan Val Kilmer.
Micheal juga telah membintangi lebih 150 buah filem dan drama televisyen.
Pada 1979, dia pernah merangkul anugerah Tony Awards sebagai pelakon terbaik menerusi filem Bedroom Farce.

Perkembangan Video Seks: Anwar Buat Laporan Polis Pula

Share Entry Ini Tiada ulasan:


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi berhubung penyebaran video seks yang didakwa melibatkan pemimpin kanan sebuah parti politik pembangkang di negara ini.

Susulan Video Seks:Durasi 20 Minit Sukar Untuk Dipalsukan - Yusry KRU

Share Entry Ini Tiada ulasan:
Rakaman video berdurasi 20 minit sukar dipalsukan, kata pengarah dan penerbit filem, Yusry Abdul Halim. Bagaimanapun, menurutnya, ia juga bergantung kepada sudut rakaman itu diambil.

“Jika tempoh masanya pendek, tidak mustahil ia boleh dipalsukan. Tetapi jika tempoh rakaman itu 20 minit dan sudut rakaman berubah, ia agak mustahil untuk dipalsukan.
“Video tidak sama dengan gambar yang lebih mudah dipalsukan,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Beliau mengulas berhubung satu rakaman video seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin parti pembangkang dengan seorang wanita muda yang tidak dikenali yang didedahkan kepada media di Hotel Seri Carcosa Negara di ibu negara, pagi semalam.
Yusry adalah penerbit yang menggunakan kaedah penggunaan kesan khas visual dalam filemnya, termasuk epik terbarunya, Hikayat Merong Mahawangsa.
Rakaman video selama 20 minit yang didakwa melibatkan pemimpin pembangkang itu dianggap beberapa pihak sebagai palsu.
Pihak yang mendedahkan rakaman tersebut mendesak ahli politik berkenaan meletak jawatan dalam tempoh seminggu jika tidak mahu klip video didedahkan kepada umum. 

Sumber dari Sinar Harian 
 

Video Seks: Anwar Menafikan Itu Adalah Beliau??

Share Entry Ini Tiada ulasan:
Gambar Sekadar Hiasan

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan bahawa beliau adalah individu di dalam rakaman video perlakuan aksi seks yang didedahkan kepada media pagi Isnin.Malah beliau menegaskan semasa rakaman itu dilakukan, beliau berada di rumah bersama isteri, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; kakitangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), anak-anak dan cucu sambil mengakses ke laman sosial 'Tweeter' pada hari dan waktu tersebut.

Berdasarkan rakaman video itu tertera tarikh 21 Februari dari pukul 10.23 malam hingga 10.45 malam.
"Ini adalah serangan bermotifkan politik ke atas saya," katanya pada sidang media di sini, Isnin.
Sementara itu, Wan Azizah yang juga Presiden PKR berkata, tiada sebab untuknya berundur dari jawatannya sekarang.
Negara pada Isnin dikejutkan dengan penemuan pita rakaman aksi perlakuan seks seorang pemimpin tertinggi parti pembangkang dengan seorang wanita asing di sebuah hotel di ibu kota dekat sini.
Rakaman bertarikh 21 Februari yang berdurasi selama 30 minit berkenaan menunjukkan aksi-aksi seks Ahli Parlimen berprofail tinggi berkenaan dari pelbagai sudut yang jelas menampakkan wajah beliau bersama wanita terbabit yang dipercayai pelacur.
Pita rakaman berkenaan ditemui tersembunyi di dalam bilik hotel berkenaan baru-baru ini.
Malah, jam tangan pemimpin terbabit dikatakan tertinggal di bilik itu selepas aksi berkenaan dirakamkan.
Beberapa wakil media telah dipertontonkan dengan rakaman berkenaan secara individu di sebuah bilik hotel oleh sekumpulan yang tidak dikenali yang diketuai oleh seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai Datuk T.
Datuk T memberitahu, dia mahu media menyaksikan sendiri rakaman tersebut sebelum menyerahkan kepada pemimpin berkenaan dan isterinya untuk tujuan pengecaman dalam tempoh seminggu ini.
Katanya, jika ahli politik kanan berkenaan dikenal pasti, beliau dan isterinya perlu 'bersara dari politik' kerana ternyata beliau bukan seorang yang 'warak dengan moral yang tinggi seperti yang digambarkan'.
Kata Datuk T lagi, jika kedua-dua mereka enggan berundur, beliau akan memanggil beberapa perubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi membentuk panel bebas serta mengupah pakar forensik bagi mengkaji keaslian rakaman berkenaan.


'Politik Oh Politik'

Teka-teki Siapa Coach Baru Negeri Sembilan Terjawab Sudah?

Share Entry Ini 1 ulasan:
Berita mengenai siapa bakal melatih skuad Jang sebenarnya sudah mula tersebar luas beberapa hari yang lalu. Dan malam semalam, hasil inisiatif Hafizal Hamad, pengulas sukan RTM, beliau telah mengatur sesi bersama seseorang di laman facebook beliau. Apa lagi, ramai mengambil peluang bertanyakan berbagai-bagai soalan pada orang tersebut. Terutama sekali dari peminat sebuah pasukan negeri yang pernah orang itu latih.
Orang yang di maksudkan ialah Azraai Khor Abdullah.Lihat gambar di bawah.

Klik Untuk Besarkan

Dari apa yang boleh di ramalkan, memang sah Azraai bakal menjadi jurulatih Negeri Sembilan yang baru. Beliau tertarik dengan skuad Jang yang begitu serius untuk pulih dari prestasi yang kurang menentu kebelakangan ini. Azraai sempat juga memberitahu yang sikap Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) yang tidak serius dan sekadar berpuas hati dengan apa yang ada menyebabkan beliau tidak berminat untuk kembali membimbing Kedah.Jadi, sudah sahlah nampaknya Azraai bakal menjadi jurulatih Negeri Sembilan yang baru.Sudah pasti Azraai meletakan syarat tertentu sebelum menyertai Negeri Sembilan dan pasti dengan sikap tegas beliau dapat mengelak masalah yang berlaku antara WJ dan pihak pengurusan sebelum ini. Selamat maju jaya bersama Negeri Sembilan di ucapkan kepada Azraai Khor Abdullah dan juga selamat maju jaya juga untuk pasukan Hobin Jang Hobin. Kepada penyokong Kedah, harap menerima berita ini dengan redha dan teruskan usaha anda mendesak rombakan terhadap pengurusan Hijau Kuning.

Gempar Rakaman Terbaru Aksi Seks Pemimpin Utama Pembangkang?

Share Entry Ini Tiada ulasan:


Berikutan itu, pihak yang mendedahkan rakaman tersebut mendesak ahli politik berkenaan meletak jawatan dalam tempoh seminggu jika tidak mahu klip video didedahkan kepada umum.

Klip video tersebut ditayangkan untuk tontonan pihak media pagi ini di hotel Seri Carcosa Negara di ibunegara. Wartawan menonton video selama 20 minit itu secara bergilir mengikut kumpulan.

Menurut satu sumber, klip lebih jelas daripada rakaman video presiden MCA Dr Chua Soi Lek yang juga dirakam melakukan hubungan seks dengan seorang wanita di sebuah hotel di Batu Pahat dan diedarkan sekitar Disember 2007.

Wartawan yang telah menyaksikan video itu berkata lelaki dalam video itu kelihatan seperti pemimpin utama pembangkang tersebut.

Beberapa pihak menamakan ahli politik tersebut dalam twitter mereka, dan parti pimpinannya mendakwa ia klip video palsu.
Wartawan kanan dan editor akhbar dari Utusan Malaysia, New Straits Times dan Berita Harian adalah kumpulan pertama yang melihat klip tetapi enggan mengulasnya ketika ditanya mengenainya.

Wartawan juga diminta menyerahkan semua alat-alat elektronik seperti telefon bimbit dan kamera serta pen mereka dan buku nota mereka.

Mereka seterusnya diminta memakai jubah atas pakaian mereka sebelum mereka dibenarkan masuk ke bilik rakaman tersebut ditayangkan.

Kumpulan kedua pula terdiri daripada wartawan The Malaysian Insider, Free Malaysia Today, dan seorang editor kanan dari agensi berita nasional, Bernama.
Wartawan Malaysiakini pula masuk bersama kumpulan ketiga dan terakhir bagi media tempatan.

AFP telah diberitahu bahawa rakaman video tersebut akan ditayangkan kepada media antarabangsa pada jam 2 petang ini.
Sementara itu, akhbar the Star melaporkan bahawa klip video selama 30 minit itu menunjukkan lelaki yang didakwa seorang pemimpin pembangkang, yang juga seorang ahli parlimen, sedang melakukan pelbagai aksi seks.

Menurut akhbar tersebut, video itu yang dirakamkan pada 21 Februari, ditemui di sebuah bilik hotel di Kuala Lumpur.

Menurut the Star, wakil media dibawa ke sebuah bilik hotel untuk menyaksikan video tersebut yang ditayangkan oleh satu kumpulan yang tidak dikenali, yang diketuai oleh seorang yang mahu dikenali sebagai Datuk T.
Akhbar itu juga melaporkan Datuk T berkata beliau mahu pihak media menonton video membabitkan ahli politik berkenaan sebelum menghantar salinan kepadanya dan isterinya “untuk mengenal pasti orang dalam video” tersebut dalam tempoh seminggu dari sekarang.

Katanya, jika individu dalam video tersebut adalah ahli politik yang dikenalpastinya kepada media, "maka beliau dan isterinya mesti berundur dari politik."

Datuk T berkata jika mereka tidak berbuat demikian, beliau akan meminta beberapa NGO menubuhkan sebuah panel bebas untuk menyiasat dan mendapatkan khidmat forensik profesional untuk mengkaji ketulenan rakaman tersebut.

Datuk T mendakwa beliau menemui video tersebut selepas diminta oleh ahli politik berkenaan untuk mencari jam tangannya dalam bilik itu - tempat aksi seks itu berlaku.
Katanya, beliau tidak menemui jam tersebut di atas meja dan ketika mencarinya, dia terjumpa alat perakam CCTV yang aktif dan membawanya keluar dari hotel itu.

Datuk T juga berkata, hanya dia seorang sahaja yang memiliki rakaman tersebut. 

Sumber dari malaysiakini.com


Kerja Kerajaan vs Kerja Swasta

Share Entry Ini 1 ulasan:

Kebanyakan kita mahukan kerjaya tetap yang dapat menjamin masa hadapan tidak kiralah samada sektor awam mahupun swasta. Bekerja dalam sektor awam amatlah diimpi-impikan oleh kebanyakan orang di Malaysia terutamanya bagi mereka yang baru sahaja yang menamatkan persekolahan ataupun pengajian di universiti. Bekerja di sektor awam mempunyai pelbagai kebaikannya yang tersendiri. Ada orang kata kerja di sektor awam ini ‘rileks’ sedikit berbanding swasta. Ada betulnya apa yang dipikirkan oleh orang ramai mengenai bekerja di sektor awam. Tetapi tidak semestinya begitu! Kerja di sektor awam ini begitu tinggi cabarannya demi memastikan perjalanan pentadbiran dan pengurusan Negara berjalan dengan lancar.

Kebanyakan ibu bapa amat berbangga jika anak mereka menjawat jawatan di sektor awam. Tidak kiralah di jabatan mana pun, ataupun di kementerian mana pun anak mereka bertugas. Anak mereka telah memberikan kebanggaan kepada mereka. Ada yang menjadi pegawai, staf sokongan dan ada juga yang menjadi pegawai-pegawai tinggi kerajaan. Tidak dinafikan bekerja di sektor awam tidak memberikan pulangan lumayan kepada sesiapa pun. Hendak jadi kaya, sektor awam bukanlah tempatnya. Jadilah ahli perniagaan jika mahu kaya! Sebenarnya walaupun tidak memperolehi pendapatan yang lumayan, sebenarnya bekerja di sektor awam memberi 1001 kepuasan kepada penjawat awam ini.

Penjawat awam ini sebenarnya memberikan dan meyumbangkan khidmat mereka demi membantu kerajaan mentadbir bumi Malaysia yang bertuah ini. Mereka ini lebih dihormati di kalangan masyarakat di atas jasa yang diberikan ini. Penjawat-penjawat awam diterapkan nilai – nilai integriti yang tinggi dalam melaksanakan kerja mereka seharian. Tidak dapat dinafikan ada juga penjawat awam yang menyeleweng dari tugasnya masing-masing. Ada yang rasuah, tidak amanah, dan meyeleweng tetapi itu hanyalah segelintir sahaja. Dan bagi mereka yang sebegini, tidak lama mereka berada dalam sektor awam. Biasanya dibuang kerja ataupu merengkok di penjara.

Pada masa kini, penjawat-penjawat awam diberikan pelbagai kemudahan dan kelebihan berbanding di sektor swasta. Ini semua adalah demi menjaga kebajikan kakitangan sektor awam juga. Pelbagai usaha dilakukan oleh kerajaan demi hal ini. Selain itu juga, sektor awam juga mempunyai kesatuannya sendiri yang lantang memperjuangkan hak-hak penjawat awam di Malaysia. Contohnya CUEPACs, kesatuan ini amat lantang memperjuangkan hal-hal kebajikan penjawat awam terutamanya dari segi kenaikan gaji, elaun, kenaikan pangkat dan macam-macam lagi. Kerajaan amat peka dengan tuntutan-tuntutan yang di buat oleh CUEPAC ini. Seperti yang anda sering baca dalam suratkhabar, biasanya tuntutan – tuntutan mereka dipenuhi. Oleh kerana merekalah gaji kakitangan awam dinaikkan pada tahun 2007 yang lepas.

Faedah Bekerja Dalam Sektor Awam.
Tedapat banyak kelebihan dan faedah yang diperolehi setelah menyertai sektor awam. Di antaranya adalah:
1. Elaun Perumahan,
2. Cost Of Living Allowance (Cola),
3. Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA),
4. Kenaikkan Gaji Setiap Tahun,
5. Kemudahan Pinjaman Komputer Dan Kenderaan,
6. Cuti Tahunan Mengikut Kelayakan,
7. Cuti Bersalin,
8. Pinjaman Perumahan,
9. Caruman KWSP ataupun Pencen,
10. Bersara pada umur 58 tahun,
11. Peluang Kenaikan Pangkat,
12. Peluang Melanjutkan Pelajaran,
13. Peluang Untuk Berkursus dari masa ke semasa,
14. Bekerja dalam jangkasamasa yang sesuai bagi manusia 8 jam sehari (kadang-kadang lebih masa juga),
15. Lebih mepunyai masa bersama keluarga dan dapat mewujudkan keluarga yang lebih bahagia.

ANDA TIDAK TERUJA KE? Dan bermacam-macam lagi kebaikan yang boleh anda fikirkan sendiri. Dan disebab itulah juga dilaporkan permohonan untuk jawatan awam yang dianjurkan oleh sektor awam meningkat pada setiap tahun. Maka dengan itu, tidak hairanlah kerjaya di sektor awam kini menjadi pilihan kerjaya di musim kegawatan ekonomi ini.

kredit : http://shukorsubahir.com

Miera Leyana Minta Maaf, Tak Sedar Baju Terlampau Seksi

Share Entry Ini 5 ulasan:

KUALA LUMPUR: Pelakon Miera Leyana memohon maaf kepada semua pihak atas kesilapannya mengenakan pakaian seksi sehingga menampakkan sedikit sisi payudaranya.
Katanya, dia tergesa-gesa memilih pakaian rekaan Wan Huzairil tersebut pada pagi Jumaat lalu untuk menghadiri majlis makan malam anjuran Rafflesia dan Mandalay di Hotel Le Meridien, di sini, pada hari yang sama.
“Saya memohon maaf kepada yang tidak menyenangi apabila melihat saya berpakaian seperti ini. Saya tidak sempat mencuba terlebih dahulu pakaian ini kerana baru mendapatnya daripada pereka fesyen pada pagi tadi.
“Saya sendiri yang memilih pakaian ini kerana nampak sangat cantik dan lain dari lain. Tak sangka pula apabila pakai, jadi seperti ini.
“Kalau saya pakai tiub, nampak tak cantik pula sebab pakaian ini terdedah di belakang,” katanya kepada mStar Online.
Bagaimanapun, pelakon filem Apokalips yang bakal muncul di pawagam ini akan berhati-hati memilih pakaian agar tidak berlaku insiden seperti itu.
Miera mula tidak selesa mengenakan pakaian tersebut setelah ramai yang memerhatikannya dengan pandangan pelik dan ada juga yang datang kepadanya untuk menegur.
“Saya bersedia menerima teguran orang ramai dengan terbuka tentang pakaian saya ini dan berjanji tidak akan melakukan kesilapan yang sama,” akhiri pelakon drama Luna Fantasiku dan Kamelia Katrina ini dalam nada kesal.




MAN DI NOBATKAN JUARA LAWAK MUSIM KE 5!!!

Share Entry Ini Tiada ulasan:

Dengan persembahan yang kurang konsisten pada minggu-minggu awal.Kritikan dan pujian di terima dengan hati terbuka MAN berjaya bangkit menewaskan dua pesaing di pentas final iaitu Balas dan R2 untuk bergelar Juara Raja Lawak musim ke 5 sebentar tadi.Sekalung tahniah di ucapkan kepada MAN.

Wan Jamak Letak Jawatan

Share Entry Ini Tiada ulasan:


Wan Jamak Wan Hassan telah meletakkan jawatan sebagai ketua jurulatih pasukan Negeri Sembilan kerana berasa bertanggungjawab atas prestasi hambar pasukan itu dalam Liga Super dan Piala FA musim ini.Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS) Datuk Seri Mohamad Hassan berkata Wan Jamak telah menemuinya dan mengemukakan surat peletakan jawatannya.Katanya walaupun berat untuk melepaskan Wan Jamak memandangkan jasanya sebelum ini, namun beliau tetap menghormati pendirian jurulatih itu.Katanya Wan Jamak telah melakukan pelbagai usaha untuk memulihkan prestasi pasukan tapi tidak berhasil.Selain itu, Mohamad berkata pengurus pasukan Datuk Abd Halim Abd Latif juga mahu melepaskan jawatan atas alasan sama tetapi diminta menangguhkan hasratnya sehingga PBNS menyelesaikan perkara itu. Justeru itu, Mohamad berkata PBNS akan meneliti calon yang sesuai untuk menggantikan Wan Jamak sebelum membuat keputusan muktamad.
"Kita berharap akan dapat memilih jurulatih yang terbaik dari yang sedia ada. Yang penting kita mahu melihat supaya pasukan Negeri Sembilan kembali mantap," katanya.



N.Sembilan berada di kedudukan ke-9 dengan kekal 9 mata selepas 4 kali kalah dalam 7 perlawanan.

Perlawanan akan datang:

2 April 2011
Liga Super- N.Sembilan Vs Terengganu - STAR Paroi - 8.45 malam

5 April 2011
Liga Super- N. Sembilan Vs Kuala Lumpur - STAR PAroi - 8.45 malam

Sementara itu dapatkan keputusan terkini Liga Super DISINI

4.3 juta Belum Mendaftar Menjadi Pengundi

Share Entry Ini Tiada ulasan:

      Entri ini di tulis selepas berfikir sejenak tentang pilihanraya.Walaupun umur aku baru menjangkau 26 tahun baru sekali mengundi iaitu pada PRU pada tahun 2008 dahulu.

Ramai kawan-kawan apabila berbicara tentang politik ada yang pro kerajaan dan ada yang pro pembangkang.Hentam sana-sini perlekeh pelbagai isu, Yb ni tidurlah kuat makanlah tapi bila aku tanya mereka dah daftar jadi pengundi ke belum jawapan yang aku dapat amatlah menghampakan. 

Ada yang berumur separuh abad tapi masih tidak mendaftar.Jadi tiada guna menyalak ini tak betul itu tak betul tapi tak dapat mengundi. Kita kena ingat mengundi itu tanggungjawab kita kepada negara,kerana satu undi nasib sesebuah negara boleh berubah.

Di Malaysia kelayakan anda untuk mengundi adalah seperti berikut:
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 21 tahun ke atas
  • Tidak hilang kelayakan di bawah undang-undang(bukan banduan)

  Kita boleh mendaftar sebagai pengundi di tempat-tempat berikut:
  • Semua pejabat-pejabat SPR.
  • Pejabat Pos seluruh Malaysia
  • Wakil parti politik yang di lantik 
Terdapat juga saranan supaya pendaftaran secara automatik di laksanakan oleh SPR namun perkara pokoknya ialah kesedaran kita sendiri menunaikan tanggungjawab.
Bagi yang sudah mendaftar tahniah di ucapkan dan semak pusat mengundi anda di SINI. Kepada mereka yang belum segeralah mendaftar kerana bukan kena bayar pun kan, itukan hak anda lagipun PRU tidak lama lagi.

"Marilah mari kita mengundi,
Jangan lupa kewajipan pada negara"

Komisen churpchurp Dah Boleh Cashout

Share Entry Ini Tiada ulasan:
Setelah hampir 2 bulan berkongsi link promosi yang di terima dari churpchurp.com akhirnya angka komisen telah melepasi angka 100 iaitu nilai minimum sebelum boleh di cashout.Tak sabar menunggu cek pertama dari churpchurp.com yang masih dalam proses.Walaupun hanya bernilai RM111.40 tetapi ianya sungguh berbaloi dengan kerja-kerja promosi yang di jalankan.Puas hati rasanya.
Di bawah ini adalah promosi-promosi yang berjaya mendapat unik klik
Klik Imej Untuk Besarkan

Klik Untuk Besarkan
Bagi mereka yang ingin mencuba bolehlah daftar di sini ok.
Saya sertakan juga promosi-promosi yang sedang di jalankan.Kalau rajin tolong klik ye.

DiGi
iPhone 4




Apa yang penting adalah USAHA dan SEMANGAT!!
 

KEPUTUSAN PUSINGAN KEDUA KELAYAKAN OLIMPIK MALAYSIA VS PAKISTAN

Share Entry Ini Tiada ulasan:
{0} 0
 VS
{2} 0
Malaysia menang aggregat 2-0
Malaysia menempah tempat ke pusingan seterusnya dalam kelayakan Olimpik London 2012 selepas berjaya menang ke atas Pakistan dengan aggregat 2-0 selepas mengikat Pakistan tanpa jaringan pada perlawanan timbal balik kedua malam tadi yang berlangsung di Lahore.
Pada pusingan akan datang undian akan di jalankan bagi menentukan pasukan yang akan menentang pasukan kebangsaan.Pusingan seterusnya akan berlangsung pada bulan Jun nanti.

Ebby Yus Nak Kahwin Dah??

Share Entry Ini Tiada ulasan:
    Bila sebut saja nama Ebby Yus kita dah boleh gelak belum lagi tengok aksi dia di kaca tv atau layar perak 'confirm' terbahak-bahak tergelak.Ebby Yus bukan sahaja pandai berlawak lakonan pelbagai watak pun boleh di lakukan.Beliau bukan sahaja boleh berlakon tetapi juga menjadi pengarah dan Emcee dalam majlis-majlis tertentu.Sekarang ini beliau turut

Tiada lagi Saman Ekor??

Share Entry Ini Tiada ulasan:
Wah!! Bestkan tajuk entri kat atas? Siapa yang bagi jaminan saman ekor di hapuskan?
Semua ini gara-gara satu kenyataan akhbar oleh seseorang yang boleh dikatakan berpengaruh juga.Siapa orang itu? Datuk mana? Tan Sri mana?
Sebenarnya  perkara ini di sebut oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.Beliau menyatakan saman ekor bukanlah kaedah terbaik untuk mendidik rakyat supaya berhemah ketika memandu.
Menurutnya, saman ekor tersebut langsung tidak memberi peluang kepada rakyat untuk membela diri dan dibicarakan, tetapi rakyat terus dihukum dengan nama mereka disenaraihitamkan dan pelbagai tindakan lain dikenakan.
“Setelah beberapa bulan kita adakan kempen melalui Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase) untuk mendesak dihapuskan saman ekor, kerajaan mengetatkan lagi akta berkaitan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan ‘menswastakan’ urusan beberapa aspek saman ini dan tindakan ini akan lebih menyusahkan rakyat, khususnya masyarakat luar bandar dan yang kurang berkemampuan. “Oleh itu, kita bersama-sama rakan PR akan membincangkan isu ini dan mencari kaedah terbaik bagi menyelesaikannya,” katanya dalam kenyataan dalam akhbar Sinar Harian. 
Sebenarnya entri ini bukanlah bermotif politik tetapi ada juga betulnya kata-kata beliau. Berapa ramai yang kena saman ekor mengeluh tak dapat memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu sebab tidak tahu mereka ada saman ekor.Perkara yang sering terjadi ialah mereka lambat menerima surat saman sehingga berbulan atau pun tak dapat langsung.
Jadi sama-samalah kita fikirkan."Renung-renungkan dan selamat memandu"