FREE LIVE STREAMING TERENGGANU VS NEGERI SEMBILAN 27 SEPTEMBER 2011


jOM sAKSIKAN dISINI           link

SELEPAS membantu pasukan melayakkan diri ke suku akhir Piala Malaysia ketika menentang Sime Darby, Sabtu lalu, penyerang muda Negeri Sembilan, Mohd Firdaus Azizul mahu terus menggalas cabaran barisan depan skuad itu apabila turun menentang Terengganu dalam perlawanan terakhir Kumpulan B di Stadium Sultan Ismail, malam ini.
Penyerang berusia 22 tahun itu, bertekad untuk meneruskan aksi cemerlangnya demi memastikan Negeri Sembilan mengekalkan kemenangan ke atas juara Piala FA itu selepas berjaya melakukannya di halaman sendiri, sebelum ini.

Justeru itu, dia berharap ketua jurulatih, Mohd Azraai Khor Abdullah meletakkannya dalam kesebelasan utama untuk membolehkannya merealisasikan sasaran itu.
“Saya harap dapat berada dalam kesebelasan utama kerana ingin membantu Negeri Sembilan mengekalkan kemenangan.

“Tambahan pula Terengganu adalah pasukan mantap dan kami jangka bakal berdepan tugas getir untuk mencapai kemenangan.

“Jika diberi peluang, pastinya saya ingin memberikan sumbangan terbaik untuk pasukan,” katanya semalam.
Pemain kelahiran Seremban itu yang mula mendapat tempat dalam kesebelasan utama skuad Hoben Jang Hoben sejak musim lalu kini antara pemain yang menjadi sandaran utama.

Malah dia yang sering digandingkan dengan penyerang berpengalaman Hairuddin Omar, tampak berkesan mengemudi barisan depan hingga kelibatnya kerap diawasi pertahanan lawan.
Sekalipun kurang pengalaman, Firdaus yang menjaringkan dua gol dalam kempen Piala Malaysia kini kian yakin dengan prestasinya.






Ulasan