SELEPAS SAMAKAN PEMINAT SEPERTI ANJING DAN BABI, GAMBIT MENYESAL??





Pelakon Gambit Saifullah mengakui kata-kata kesat yang dikeluarkan di laman sosial Facebook miliknya baru-baru ini adalah tidak profesional dan terlalu mengikut perasaan.


Gambit, 26, berkata, penggunaan perkataan “babi” dan “anjing” itu tidak ditujukan kepada peminat-peminatnya tetapi kepada individu tertentu yang gemar membuat tohmahan dan fitnah kepadanya selama ini.

"Saya mengakui kesilapan yang telah dilakukan dan tidak sepatutnya perkataan seperti itu digunakan walaupun saya dalam keadaan marah kerana ia meninggalkan kesan mendalam," 

Gambit memberi penjelasan terhadap status Facebook yang ditulisnya dengan menggelar pihak tertentu dalam laman sosial miliknya itu sebagai anjing dan babi.


Dalam turut menuduh sesetengah rakan mayanya mempunyai pemikiran yang cetek.
Mengakui menyesal menggunakan perkataan tersebut, Gambit berkata, dia menulis status demikian kerana berasa geram dan sedih dengan sikap sesetengah pihak yang cepat menilai dan membuat fitnah sama ada mengenai dirinya.

"Saya tidak tujukan status berkenaan kepada peminat saya tetapi kepada beberapa individu yang telah meninggalkan pelbagai kata-kata yang bukan sahaja mencalarkan perasaan saya tetapi peminat lain yang membaca," ujarnya.

Ulasan