Gempa bumi di Sumatera, gegaran turut dirasai di Malaysia!!



KUALA LUMPUR 6 Sept. - Gempa bumi kuat berukuran 6.7 magnitud dikesan di Sumatera utara awal pagi ini dan gegarannya turut dirasai di beberapa tempat di Selangor, Kuala Lumpur, Perak, Kedah dan Pulau Pinang.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan berkata, gempa yang berlaku pada jam 1.55 pagi itu berpusat di 127 kilometer (km) barat daya Binjai di Sumatera utara dan 363 km barat daya Pulau Pangkor, Perak.

Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami dikeluarkan terhadap Malaysia. - BERNAMA

1 ulasan:

  1. ohhh ada gegaran lagi ker?
    nk kena cek paper online nih...

    BalasPadam

Macam-macam kan! Apa Kata Anda?