Tiada lagi Saman Ekor??

Wah!! Bestkan tajuk entri kat atas? Siapa yang bagi jaminan saman ekor di hapuskan?
Semua ini gara-gara satu kenyataan akhbar oleh seseorang yang boleh dikatakan berpengaruh juga.Siapa orang itu? Datuk mana? Tan Sri mana?
Sebenarnya  perkara ini di sebut oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.Beliau menyatakan saman ekor bukanlah kaedah terbaik untuk mendidik rakyat supaya berhemah ketika memandu.
Menurutnya, saman ekor tersebut langsung tidak memberi peluang kepada rakyat untuk membela diri dan dibicarakan, tetapi rakyat terus dihukum dengan nama mereka disenaraihitamkan dan pelbagai tindakan lain dikenakan.
“Setelah beberapa bulan kita adakan kempen melalui Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase) untuk mendesak dihapuskan saman ekor, kerajaan mengetatkan lagi akta berkaitan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan ‘menswastakan’ urusan beberapa aspek saman ini dan tindakan ini akan lebih menyusahkan rakyat, khususnya masyarakat luar bandar dan yang kurang berkemampuan. “Oleh itu, kita bersama-sama rakan PR akan membincangkan isu ini dan mencari kaedah terbaik bagi menyelesaikannya,” katanya dalam kenyataan dalam akhbar Sinar Harian. 
Sebenarnya entri ini bukanlah bermotif politik tetapi ada juga betulnya kata-kata beliau. Berapa ramai yang kena saman ekor mengeluh tak dapat memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu sebab tidak tahu mereka ada saman ekor.Perkara yang sering terjadi ialah mereka lambat menerima surat saman sehingga berbulan atau pun tak dapat langsung.
Jadi sama-samalah kita fikirkan."Renung-renungkan dan selamat memandu"

Ulasan