Bintang 'Batman' Meninggal Dunia

Michael Gough

Bintang filem Batman yang memegang watak sebagai Alfred Pennyworth, Michael Gough meninggal dunia.
Aktor berusia 94 tahun itu dikhabarkan telah menghidapi pelbagai jenis penyakit dan meninggal dunia pada Khamis lalu di hadapan keluarga tercinta.
Micheal telah membintangi empat daripada lima buah filem Batman sejak tahun 1989. Dalam kesemua siri filem Batman beliau memegang watak sebagai butler yang setia kepada tuannya iaitu Bruce Wayne malah merupakan orang yang bertanggungjawab mereka cipta kesemua kostum Batman yang dipakai oleh Bruce Wayne.
Wataknya itu juga dipotretkan sebagai seorang penasihat dan penjaga Bruce Wayne - jutawan Amerika yang kehilangan kedua-dua ibu-bapanya di tangan penjenayah Bandar Gotham iaitu The Joker.
Selama penglibatannya dalam dunia lakonan, aktor itu telah bergandingan dengan bintang utama Batman iaitu Michael Keaton, George Clooney dan Val Kilmer.
Micheal juga telah membintangi lebih 150 buah filem dan drama televisyen.
Pada 1979, dia pernah merangkul anugerah Tony Awards sebagai pelakon terbaik menerusi filem Bedroom Farce.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Macam-macam kan! Apa Kata Anda?