Ebby Yus Nak Kahwin Dah??

    Bila sebut saja nama Ebby Yus kita dah boleh gelak belum lagi tengok aksi dia di kaca tv atau layar perak 'confirm' terbahak-bahak tergelak.Ebby Yus bukan sahaja pandai berlawak lakonan pelbagai watak pun boleh di lakukan.Beliau bukan sahaja boleh berlakon tetapi juga menjadi pengarah dan Emcee dalam majlis-majlis tertentu.Sekarang ini beliau turut menjadi duta untuk satu syarikat minyak wangi tempatan yang sedang meningkat naik.
    Mula di kenali dahulu dalam drama pendekar yang amat popular satu ketika dulu.Saya lupa tajuk drama dan tahun di tayangkan tapi waktu itu memang banyak drama pendekar di siarkan di tv.Ebby Yus baru sahaja memenangi anugerah Pelakon Komedi Terbaik melalui drama Masak Lomak Cili Api yang di siarkan di RTM.
   Ok, berbalik pada tajuk entri di atas.Betul ke Ebby Yus nak kahwin dah? Kalau betul seperti di khabarkan tahniah di ucapkan kepada beliau dan pasangan.Berumur awal 40an ebby Yus masih membujang.Jejaka yang berasal dari Batu Kikir, Negeri Sembilan ini di katakan bakal menamatkan zaman bujang tidak lama lagi.
     Sebenarnya ini hanyalah andaian saya sendiri kerana saya baru sahaja mendengar sebuah sketsa bertajuk 'Rebus Tak Empuk' yang di siarkan oleh Negeri FM.Tajuk yang saya dengar ialah ketika itu ialah mengenai Ebby Yus nak kahwin. Tidak pastilah ianya betul atau sekadar rekaan sahaja.Sketsa pendek Rebus Tak Empuk ini di siarkan setiap isnin hingga jumaat pada jam 5.30 petang di Negeri FM.
     Kami mengharapkan yang terbaik untuk Ebby Yus dan terus meniti puncak kejayaan.Kepada peminat yang ingin mengikuti perkembangan terkini beliau boleh lah like Facebook page beliau. 

Ulasan