Wan Jamak Letak Jawatan



Wan Jamak Wan Hassan telah meletakkan jawatan sebagai ketua jurulatih pasukan Negeri Sembilan kerana berasa bertanggungjawab atas prestasi hambar pasukan itu dalam Liga Super dan Piala FA musim ini.Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS) Datuk Seri Mohamad Hassan berkata Wan Jamak telah menemuinya dan mengemukakan surat peletakan jawatannya.Katanya walaupun berat untuk melepaskan Wan Jamak memandangkan jasanya sebelum ini, namun beliau tetap menghormati pendirian jurulatih itu.Katanya Wan Jamak telah melakukan pelbagai usaha untuk memulihkan prestasi pasukan tapi tidak berhasil.Selain itu, Mohamad berkata pengurus pasukan Datuk Abd Halim Abd Latif juga mahu melepaskan jawatan atas alasan sama tetapi diminta menangguhkan hasratnya sehingga PBNS menyelesaikan perkara itu. Justeru itu, Mohamad berkata PBNS akan meneliti calon yang sesuai untuk menggantikan Wan Jamak sebelum membuat keputusan muktamad.
"Kita berharap akan dapat memilih jurulatih yang terbaik dari yang sedia ada. Yang penting kita mahu melihat supaya pasukan Negeri Sembilan kembali mantap," katanya.



N.Sembilan berada di kedudukan ke-9 dengan kekal 9 mata selepas 4 kali kalah dalam 7 perlawanan.

Perlawanan akan datang:

2 April 2011
Liga Super- N.Sembilan Vs Terengganu - STAR Paroi - 8.45 malam

5 April 2011
Liga Super- N. Sembilan Vs Kuala Lumpur - STAR PAroi - 8.45 malam

Sementara itu dapatkan keputusan terkini Liga Super DISINI

Ulasan