SELAMAT MENYAMBUT HARI MAULIDUR RASUL 1432H


Assalamualaikum,
Pada 15 februari ini kita bakal menyambut hari Maulidur Rasul .Namun sehari sebelum ada sambutan hari valentine yang di sambut oleh orang kristian.Ada juga orang Islam yang  menyambut hari tersebut terutama anak remaja yang cetek pengetahuanya. Inilah di namakan hanya Islam pada nama ataupun lahir-lahir sudah Islam.
Mereka tidak sedar bahawa apa yang di sambut itu adalah perayaan orang kafir.Hari Valentine (bahasa Inggeris: Valentine's Day), pada tanggal 14 Februari adalah sebuah hari di mana para kekasih dan mereka yang sedang jatuh cinta menyatakan cintanya di Dunia Barat. Asal-usulnya sebagai sebuah hari raya Katolik Roma.Jikalau anda telah membaca artikel ini namun masih ingin menyambut hari tersebut maka terpulanglah.Anda dah besar panjang dan pandai menilai baik dan buruk sesuatu tindakan itu.Berbalik semula ke Sambutan Maulidur Rasul pada Rabu ini.
Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin ( Dari hadith riwayat Muslim, 8/25 ) 12 Rabiul Awal nabi terakhir yang diutus oleh Allah SWT. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah SWT kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul. Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571.
Baginda adalah  nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.
Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad SAW, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.
Oleh itu jangan kita lupa untuk sama-sama menyertai perarakan Sambutan Maulidur Rasul di kawasan masing-masing.

p/s:Katakan tak nak kepada Hari Valentine!

Ulasan