Malaysia Menang Membenam Pakistan 2-0 !!!


Tahniah kepada pasukan Malaysia kerana berjaya membenam Pakistan dengan jaringan  2-0  dalam pertandingan bolasepak kelayakan Olimpik 2011 di Stadium Shah Alam sebentar tadi. Malaysia menjaringkan 2 gol pada separuh masa pertama yang juga menyaksikan seorang pemain Pakistan di layangkan kad merah kerana menendang kapten Malaysia iaitu khairul Fahmi Che Mat.Gol pertama di jaringkan oleh Wan Zaharul Nizam pada minit ke 4 dan gol kedua di jaringkan oleh Irfan Fazail pada minit ke 48.
Pada separuh masa kedua Malaysia gagal menambah jaringan walaupun Pakistan bermain dengan 10 orang pemain.Malaysia mendapat banyak percubaan 'on target' namun gagal di sempurnakan dengan baik terutama Ahmad Fakri yang gagal dalam 3 atau 4 percubaan depan pintu gol.


Secara keseluruhan permainan pasukan Harimau Muda ini memang boleh di puji dan menghiburkan penonton yang hadir.
Malaysia akan menentang Pakistan dalam perlawanan timbal balik di Lahore pada 9 Mac ini dengan membawa bekalan selesa 2 gol.
Sekali lagi tahniah kepada pasukan Harimau Muda dan teruskan perjuangan mengharumkan nama Malaysia tercinta.

1 ulasan:

Macam-macam kan! Apa Kata Anda?