Lelaki pakai coli maut jatuh kondominium!!

Seorang lelaki ditemui mati dalam keadaan misteri selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 12, Blok A, Sentul Utama Kondominium, Taman Datuk Senu, Sentul di sini semalam.
Dalam kejadian pukul 6.30 pagi itu, mayat mangsa, Shahnizam Aman, 26, ditemui di tingkat bawah bangunan 17 tingkat itu dengan memakai coli wanita dan berseluar biru.
Menurut beberapa orang penghuni, mangsa dan seorang rakannya dikatakan cuba memasuki sebuah rumah di tingkat 12 melalui balkoni rumah itu.
Bagaimanapun, apabila kehadiran mereka disedari tuan rumah, mangsa dipercayai terjatuh manakala rakannya sempat melarikan diri.
Tiada sebarang pengenalan diri mangsa ditemui kecuali tiga buah telefon bimbit, tasbih serta kunci pendua beberapa unit kediaman kondominium itu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Supritendan Zainuddin Ahmad berkata, mangsa mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala ekoran jatuh dari tempat tinggi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Macam-macam kan! Apa Kata Anda?