Messi Pemain Terbaik Dunia

Bintang penyerang Argentina, Lionel Messi dinobat sebagai Pemain Bola Sepak Terbaik Dunia buat tahun kedua berturut-turut dan Jose Mourinho pula selaku Jurulatih Terbaik Dunia.
Messi mengejutkan rakan sepasukan yang turut dianggap pilihan utama, Andres Iniesta dan Xavi, yang masing-masing menduduki tangga kedua dan ketiga untuk merangkul trofi baru Ballon d'Or FIFA, anugerah prestij yang sebelum ini diadakan secara berasingan dengan FIFA serta majalah bola sepak Perancis.
Tahun lalu, Messi memenangi kedua-dua anugerah Terbaik Dunia FIFA dan Ballon D'Or yang ketika itu dilangsung secara berasingan. Satu-satunya pemain yang pernah merangkul gelaran berganda adalah Luis Suarez pada 1960.
Undian untuk anugerah pemain terbaik dijalankan oleh semua jurulatih dan kapten skuad kebangsaan serta wartawan terpilih, manakala 50,000 pemain bola sepak profesional pula mengambil bahagian dalam memilih 11 pemain untuk Pasukan Pilihan Dunia.
Messi mempamer aksi cemerlang bersama Barcelona tahun lalu tetapi gagal memberi inspirasi kepada Argentina pada Piala Dunia menyebabkan pasukannya tersingkir di suku akhir.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Macam-macam kan! Apa Kata Anda?