MISBUN OH MISBUN..

Masih tak selesai lagi hal Datuk Misbun ni.Sehingga hari ini, jurulatih perseorangan negara itu masih enggan bersemuka dengan pegawai kanan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), malah terus 'mengunci mulut' walaupun diasak bertali arus oleh media yang mahu mendapat penjelasan di sebalik tindakannya meletakkan jawatan.

Sejak menyerahkan surat perletakan jawatan daripada skuad kebangsaan pada 31 Disember lalu, Misbun hanya memberitahu bahawa beliau kecewa dan tidak gembira di BAM, tetapi tidak pernah mendedahkan secara terperinci apakah yang mengganggu beliau selama ini.

Adiknya, yang juga ketua jurulatih perseorangan, Rashid Sidek mengakui, bahawa abangnya itu sering menganggap dirinya tidak dihargai dan dihormati oleh individu dalam BAM, selain tertekan kerana keupayaannya kerap dipertikaikan apabila Datuk Lee Chong Wei gagal meraih kejuaraan utama seperti Sukan Olimpik, dunia atau Sukan Asia.

Rashid tidak menolak, keengganan BAM bertolak ansur membenarkan Misbun melatih anaknya, Misbun Ramdan Misbun antara punca yang mengeruhkan lagi keadaan, namun menegaskan, isu tersebut bukan perkara pokok dalam masalah ini cuma sebahagian daripadanya.

Harapan saya semoga masalah ini dapat di selesaikan secepat mungkin. Kerana hal ini boleh mengganggu fokus Pemain no1 dunia Datuk Lee Chong Wei untuk terus mengukuhkan kedudukan dalam persada badminton dunia.

Apa yang penting bertolak ansur serta bertimbang rasa..

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Macam-macam kan! Apa Kata Anda?