Bekas
Perdana Menteri, Datuk Seri Naj1b Razak didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi
di sini hari ini atas tujuh pertuduhan tuduhan pecah amanah, salah guna
kedudukan dan pengubahan wang haram melibatkan dana RM42 juta milik SRC
International Sdn Bhd.
Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali membuat keputusan itu selepas
mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kesemua
pertuduhan yang dikenakan.
Selepas dua jam membaca
keputusan penghakimannya, Mohd Nazlan berkata, pihak pembelaan gagal mematahkan
dakwaan dalam salah satu pertuduhan, tertuduh (Naj1b) gagal memberi jawapan
berhubung pengeluaran wang daripada akaun bank.
“Mahkamah juga memutuskan tertuduh sepatutnya tahu baki wang dalam akuannya dan
patut memulangkan semula RM42 juta daripada SRC.
“Lebih-lebih lagi selepas
mengetahui ia bukan hasil derma daripada Kerajaan Arab,” katanya.
Bagaimanapun hukuman yang akan
dikenakan ke atas Naj1b akan diumumkan Isnin depan.
Pada 11 November tahun lalu,
Mohd Nazlan memerintahkan Naj1b membela diri terhadap tiga dakwaan pecah amanah
jenayah (CBT), tiga tuduhan pengubahan wang haram dan satu tuduhan salah guna
kuasa.
Ahli Parlimen Pekan itu didakwa
pada 4 Julai tahun lalu atas tiga tuduhan pecah amanah dan satu tuduhan salah
guna kuasa membabitkan dana SRC berjumlah RM42 juta.
Pada 8 Ogos tahun lalu pula,
beliau dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tiga tuduhan pengubahan
wang haram membabitkan jumlah dari dana sama.
Bekas Perdana Menteri itu
didakwa melakukan kesalahan terbabit pada 17 Ogos 2011 hingga 2 Mac 2015.
Pendakwaan mengikut Seksyen 23
Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan sabit kesalahan
boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama iaitu penjara maksimum 20 tahun dan
denda sehingga lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, atau mana yang lebih
tinggi.
Pasukan pendakwaan diketuai
Timbalan Pendakwa Raya, Datuk V Sithambaram manakala peguam Tan Sri Muhammad
Shafee Abdullah mewakili Naj1b.
Ulasan
Catat Ulasan
Macam-macam kan! Apa Kata Anda?