LEHER ANAK DI IKAT KERANA PONTENG SEKOLAH


Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun yang didakwa ponteng sekolah telah ditemui dirantai pada tong gas di sebuah rumah di Indera Mahkota, di sini, semalam.

Tindakan bapa yang tidak berperikemanusian itu terbongkar selepas sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan mendapat maklumat hasil bantuan orang awam.   

Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, ketika pemeriksaan dilakukan, polis cuba mengetuk pintu hadapan rumah namun tiada jawapan.
Beliau berkata, polis membuat pemeriksaan melalui tingkap belakang rumah dan menemui seorang kanak-kanak yang hanya memakai seluar berada dalam keadaan leher diikat pada tong gas menggunakan rantai.
Katanya, polis memecah masuk ke dalam rumah itu dan cuba menyelamatkan mangsa namun kanak-kanak itu tidak sedarkan diri kerana pengsan setelah dikejutkan beberapa kali.
"Polis menghubungi ambulans Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Katanya, kini suspek ditahan reman selama seminggu di Lokap Balai Polis Kuantan dan kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak (Pindaan) 2016.

Ulasan