Cara Mudah Buat Pemeriksaan Puspakom bagi proses pindahmilik kenderaan



Kebelakangan ini ramai yang ingin menjual kenderaan lama mereka namun ada halangan kecil untuk melakukann proses itu iaitu pihak JPj mewajibkan kenderaan tersebut di hantar untuk pemeriksaan di Puspakom sebelum pindahmilik di lakukan.Pemeriksaan PUSPAKOM ialah pemeriksaan kenderaan berkomputer yang dijalankan oleh pihak PUSPAKOM. PUSPAKOM ialah sebuah syarikat yang dilantik oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia bagi tujuan pemeriksaan kenderaan. Antara sebab-sebab yang memerlukan anda menjalani pemeriksaan PUSPAKOM ialah proses jual beli kenderaan, ubah suai, penggunaan komersil dan juga penggunaan e-hailing seperti Grab.

Akta Pengangkutan Jalan 1987 menghendaki semua kenderaan persendirian untuk menjalani Pemeriksaan Tukar Milik di PUSPAKOM sebelum pemindahan pemilikan. Pemeriksaan ini membantu melindungi pemilik kenderaan baru daripada membeli atau memiliki kenderaan yang menyalahi undang-undang seperti kenderaan potong-sambung.Dokumen yang perlu di bawa adalah Kad Pendaftaran Kenderaan (Asal)/ Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC) atau bahasa mudahnya geran kereta.Kadar bayaran yang dikenakan adalah RM30 sahaja.

Ketika pemeriksaan pihak Puspakom akan menyemak dan mengesahkan keaslian kenderaan dengan mengenal pasti nombor pendaftaran, casis dan enjin. Selain itu kadar ketelusan cahaya cermin kenderaan juga akan diukur supaya mengikut spesifikasi yang dibenarkan.Dan perkara yang paling penting ialah pemeriksaan terhadapa badan kenderaan sekiranya terdapat elemen potong-sambung ke atas kenderaan tersebut.

Mudah, murah dan cepat bukan? Bagi mereka yang ingin membuat pemeriksaan Puspakom bagi proses pindah milik kenderaan boleh semak di sini untuk mencari pusat pemeriksaan berhampiran anda.


Ulasan