Inilah buah yang sangat sesuai untuk diet kesihatan lelaki



JIKA diberi pilihan majoriti jejaka lebih cenderung memilih epal atau pisang meskipun terdapat pelbagai pilihan bu4h yang ditawarkan di pasaran.

Rata-rata menyifatkan dua bu4h tersebut mempunyai khasiat yang tinggi untuk membekalkan tenag4 bagi menjalani kehidupan seharian.

Benar, tidak dinafikan kandungan kalium dalamnya membantu membentuk dan memulihkan otot kita pada kadar segera.

Sementara itu, pengambilan bu4h pisang setiap hari juga membantu membekalkan tenag4 khususnya buat jejaka yang aktif melakukan senaman angkat berat.

Pun begitu, tahukah korang selain pisang dan epal terdapat tiga jenis bu4h lain yang berkhasiat untuk dinikmati dalam senarai menu harian ? Ia terdiri daripada:

Prun


Pakar penyelidik menyarankan supaya bu4h prun atau plum kering dimakan antara empat hingga lima biji setiap hari.

Langkah itu bertujuan melancarkan sistem pencernaan dan menguatkan tulang.

Bu4h berkenaan juga boleh dijadikan snek ringan di pejabat atau dihiris halus lalu ditabur bersama kismis dan kekacang di dalam mangkuk berisi oat.

Mangga


Kandungan vitamin A dan C yang terdapat dalam bu4h itu membantu menyihatkan kulit manakala jumlah fiber dan potassium pula membantu sistem penghadaman berjalan lancar.

Selain dimakan begitu sahaja, bu4h mangga juga boleh dijadikan jus ataupun minuman smoothie.

Caranya mudah saja.
– Potong bu4h mangga bentuk kiub
– Simpan di dalam peti selama beberapa jam atau semalaman.
– Kemudian, kisar kiub mangga berkenaan bersama susu segar rendah lemak dan yogurt asli bagi mendapatkan rasa yang enak.
– Sedia untuk diminum.


Bu4h nag4


Bu4h nag4 atau nama saintifiknya Hylocereus undatus bertindak sebagai pelindung bagi masalah diabetes dan proses penuaan kerana mengandungi vitamin C dan diperkaya asid lemak serta fosforus.

Kandungan antioksidan dalam bu4h tropika itu membantu menentang radikal bebas untuk menghalang sel kanser. Pada masa sama, mengekalkan keanjalan dan keremajaan kulit wajah.

Tidak salah rasanya golongan jejaka mendapatkan kondisi kulit wajah yang sihat dan cantik hanya dengan menikmati potongan bu4h nag4.

 

Ulasan