Liyana Jasmay bertunang 28 Mac ini


Tarikh pertunangan aktres dan pelantun lagu "Aku Tak Percaya Cinta", Liyana Jasmay atau senang disapa Nana akan jatuh pada tarikh hari ulang tahunnya yang ke-24 iaitu
28 Mac akan datang.
Perkara ini disahkan oleh ibunya, Puan Habshah menerusi sebuah laman portal hiburan tempatan.
Dalam kenyataan tersebut, ibu Nana sempat memberitahu bahawa Nana dan bakal tunangnya, Fathuddin Mazlan sudah lama berkenalan tetapi mula rapat dalam dua atau tiga bulan ini.
"Mereka sudah lama berkenalan memandangkan tinggal berjiran tetapi mula rapat baru-baru ini. Perkara yang berlaku sangat pantas tetapi inilah yang dikatakan jodoh.
"Sebagai seorang ibu, saya tumpang gembira dengan hubungan ini dan semestinya mengharapkan yang terbaik buatnya," ulasnya tentang hubungan Nana dan Fathudin.
Bercerita tentang persiapan majlis pertunangan yang akan diadakan di rumah keluarganya pada sebelah malam, Puan Habshah memberitahu segalanya sudah selesai 80 peratus dan berjalan dengan lancar.
Pemenang Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia Ke-22 (FFM22) ini dikatakan bakal menyarungkan gaun moden rona putih gading rekaan Rizman Ruzaini yang berkonsepkan puteri diraja Inggeris berharga RM10,000.


TRICK KURANGKAN BAYARAN BIL MAXIS BROADBAND

WIFI HACK SOFTWARE

Modem Password, WEP Key Dan Beini Software !

Ulasan