Blacklist Boleh Renew Roadtax Dan Lesen

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak lagi menyekat urusniaga pembaharuan lesen memandu dan lesen kenderaan motor bagi kes-kes yang tidak dibawa ke mahkamah, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Jelaing Mersat.


Beliau berkata, hanya kes-kes yang dibawa ke mahkamah dan kes jenayah yang berada dalam siasatan Polis Diraja Malaysia atau JPJ sahaja yang akan disenarai hitam lesen memandu dan kenderaan motor terbabit.


"Tindakan menyenarai hitam kenderaan dengan menyekat urusniaga pembaharuan lesen memandu dan lesen kenderaan motor yang dilakukan oleh JPJ adalah selaras dengan kuasa di bawah Seksyen 17(1)(d) dan 29 (1A) Akta Pengangkutan Jalan.


"Tindakan ini diambil terhadap pemandu atau pemilik kenderaan yang melakukan kesalahan lalu lintas,” katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.


Beliau menjawab soalan Senator Datuk Mohammed Najeeb Abdullah yang ingin tahu mengenai kenderaan yang disenaraihitamkan oleh JPJ berdasarkan saman ekor sedangkan kesalahan belum disabitkan oleh mahkamah. - Bernama




Ini bermakna sesiapa yang mempunyai saman tertunggak beribu-ribu terutamanya saman ekor tak payah nak pening kepala lagi. Apa lagi pergilah cepat renew roadtax! Namun kenapa baru sekarang di umumkan? Bagaimana dengan mereka yang dah membayar? Nampak macam sedikit berat sebelah namun tunggu sahaja penjelasan lanjut dari Menteri yang berkaitan.

Ulasan