Pelakon Gerak Khas Tayang Body

Sedang Murai Batu asyik minum petang di sebuah kafe, rakan Murai Batu, Rina Latjuba menghubungi Murai Batu. Rina yang memang terkenal dengan hobinya iaitu stalk Instagram artis-artis di Malaysia memberitahu Murai Batu satu perkhabaran.


Kata Rina, dia terkejut melihat komen-komen yang ditinggalkan di laman Instagram seorang pelakon Gerak Khas, Tisha Shamsir. Bagi mereka yang kurang mengenali Tisha, dia merupakan seorang pelakon yang sedang meningkat naik.

Selain memegang watak Inspektor Tisha dalam drama bersiri Gerak Khas, Tisha juga pernah memegang watak utama dalam filem Villa Nabila serta Tisha juga merupakan bekas peserta Mentor musim ke-6, menjadi protégé kepada penyanyi Ferhad.

Beberapa hari lalu, Tisha ada memuatnaik sekeping gambar dirinya yang memakai baju seakan spaghetti strap yang berwarna hitam di laman Instagram.

Murai Batu lihat, gambar yang dimuat naik oleh Tisha tu agak seksi. Menerusi gambar tersebut, Tisha menerima komen berbaur lucah daripada pengikut lelakinya.

Ulasan