Noni AF5 Di Kutuk Kerana Hisap Vape

Sekarang ni Murai Batu tengok ramai penghisap rokok tegar sudah beralih arah kepada rokok elektronik, Vape termasuklah kebanyakan artis lelaki di Malaysia ni.

Tapi bila artis wanita termasuk bukan artis sekalipun, pasti ramai yang pandang serong pada kaum ini yang menghisap rokok apatah lagi Vape.

Terbaru, Murai Batu dapat tahu bekas bintang Akademi Fantasia yang sedang aktif berlakon sekarang iaitu Noni dikatakan menghisap Vape apabila dia ada memuat naik fotonya di Instagram sambil memegang vape dan terdapat sekeping foto lagi dia memegang refill atau flavour Vape.

Namun tindakan Noni itu mendapat kecaman apatah lagi dia seorang public figure apabila pengikutnya di Instagram memberitahu tidak manis jika wanita menghisap Vape dan memintanya berhenti daripada menggunakan alat itu.

Beriku antara komen-komen negatif peminatnya di laman sosial berkenaan:

“Perempuan x manis nk vape on”

“Jangan ahh”

“aku tengok google ...semua ckp perempuan haram isap vape”

“Tak payah la nak hisap vape ke ape..xde faedah buang duit..dlm surat kabar ada keluar kata haram hisap vape. “
Pada Murai Batu senang saja, kalau nak merokok atau Vape tu hak masing-masing tapi sebagai artis tak perlulah bangga dan menayangkannya di laman sosial kerana ia bakal jadi bahan cacian.

Ulasan