Kamal Adli digugur berlakon filem sebab Zizan Razak

Kini mula kedengaran kononnya Zizan Razak enggan berganding dan bekerjasama dengan Kamal Adli untuk sekuel filem, Abang Long Fadil 2 arahan Syafiq Yusof. 
Zizan dalam sisipan BH Ahad, B*Pop semalam mengambil pendekatan berdiam diri apabila diajukan persoalan itu. Ada dakwaan mengatakan yang kononnya nama Kamal sudah digugurkan daripada terus membintangi sekuel filem itu disebabkan Zizan. 
Sejauh mana dakwaan ini masih samar dan meninggalkan teka teki. 

Ikuti komen Kamal Adli yang ditemui BH Online ketika pelancaran minuman Est Cola di Sri Pentas, semalam. 
"Jika ya nama saya digugurkan, saya memang kecewa. Saya sangat teruja dan tidak sabar menanti untuk ke lokasi penggambaran filem itu sebenarnya. 
"Saya sudah meletakkan azam dan usaha yang jitu, malah sejak setahun lalu, rundingan sekuel ini sudah dilakukan antara saya dan pihak produksi. Kalaulah benar apa yang dikhabarkan itu jadi kenyataan, umpamanya periuk nasi dan rezeki saya ditutup," katanya. 
Mengukuhkan dakwaan nama Kamal digugurkan ialah kononnya ia membabitkan hal peribadi. Cerita ini kononnya berkait rapat dengan Emma Maembong yang pernah bercinta dengan Zizan dan kini intim dengan Kamal. 
Dalam hal ini, barangkali ada unsur peribadi yang menjadi punca Zizan dan Kamal tidak boleh jadi sebulu. 
"Jika benar bagai dikata, saya lagi terkejut kerana ditolak berlakon kerana masalah peribadi. Saya tak kisah kalau digugurkan kerana kemampuan lakonan masih diragui atau pihak produksi sendiri yang tidak mahukan saya. 
"Bagi saya soal peribadi itu tak perlu dicampur dengan urusan profesional. Kalau begitulah ceritanya, saya memang hilang hormat kepadanya. Iyalah saya sedar saya bukan bintang bernama besar sepertinya "
Kalau sebab peribadi yang menjadi punca, saya tak tahulah nak cakap apa lagi. Sejujurnya saya tak ada masalah untuk bergandingan dengannya," kata pelakon drama Jodoh Sebelah Pintu itu.
 Kamal bagaimanapun menegaskan jika bukan rezekinya untuk berlakon dalam filem berkenaan, dia menerimanya dengan lapang dada.
 "Saya terima ini sebagai suratan. Tak apalah, mungkin bukan rezeki saya untuk filem itu. Saya ada dan percaya kepada Tuhan serta yakin rezeki itu ada di mana mana. Alhamdulillah rezeki saya masih murah," katanya. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Macam-macam kan! Apa Kata Anda?