Amir meriahkan GV2 selepas bebas kes senjata api

Bekas vokalis kumpulan Ukays, Amir muncul di pentas konsert Gegar Vaganza 2 (GV2), malam ini selepas nama beliau dikaitkan dengan kes penemuan senjata api minggu lalu. 

Amir bagaimanapun dibebaskan selepas siasatan mendapati pistol berkenaan adalah pistol mainan yang digunakan untuk menembak cicak. Beliau tampil pada minggu kedua program itu yang bertemakan Aku dan Lagu serta mendendangkan lagu berjudul Antara Hujan dan Air Mata, nyanyian asal Allahyarham Datuk Sudirman Arshad. 

Seperti minggu lalu, persembahannya tidak menghampakan dan mendapat tepukan gemuruh penonton. "Lagu ini mengingatkan saya kepada arwah anak saya," luahnya dalam klip yang dipaparkan di skrin sebelum membuat persembahan. 

Juri tetap, Datuk Ramli MS turut memberikan komen yang membina dan memuji Amir yang mempunyai kualiti suara yang baik. "Kamu ada suara yang merdu dan berkuasa tapi kena kawal supaya tidak nampak bergegas," katanya.

Ulasan