Hairul Azreen Lamar Hanis Zalikha Atas Pentas Kerana Kehendak Astro

Satu Malaysia malam tadi dikejutkan dengan tindakan pelakon Hairul Azreen yang secara berani melamar kekasihnya, Hanis Zalikha ketika
berlangsung konsert pentas akhir Gegar Vaganza yang disiarkan secara langsung di saluran Astro.
Gimik tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai rata ratanya menganggap tindakan Hairul Azreen sebagai cukup jantan kerana berani meluahkan rasa hati di depan khalayak ramai & tidak kurang juga yang tidak bersetuju dengan cara pelakon itu.“Saya memang bercadang lamar Hanis namun tidak menyangka ia dilakukan di atas pentas. Meski pun pada awal merasa seperti tidak kena namun ia kehendak Astro sendiri yang mahukan gimik lain daripada yang lain berlaku dalam program terbitan mereka”
“Keberanian melamar Hanis di hadapan ramai bagi memberitahu kepada semua status hubungan kami yang selama ini orang tahu kami berkawan baik,” jelas Hairul Azreen.
Bercakap kepada media selepas selesai majlis, Hairul Azreen turut menambah yang perbincangan secara serius akan dijalankan oleh kedua dua belah pihak keluarga mereka dan jika boleh beliau mahu berkahwin pada tahun 2015 ini juga.

Ulasan