Nad Zainal Buat Laporan Polis Selepas Di Ganggu Azwan Kombos

Nad Zainal dikatakan telah pun membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang, awal pagi semalam namun tidak mahu mendedahkan
butiran atau maklumat lanjut tentang isi laporan terhadap bekas teman lelakinya itu.
Pelakon ini turut mendakwa seorang wanita yang tidak dikenali menghubunginya sebanyak tiga kali dengan menggunakan nombor telefon berbeza.
Menurut Nad, beliau hairan bagaimana wanita terbabit memperoleh nombor telefon bimbitnya yang tidak pernah diberi kepada orang lain. Setiap kali menghubunginya, Nad mendakwa wanita terbabit bertutur dalam nada berbaur negatif.

Ulasan