Tahniah BADE, Erma Fatima Di MADUkan

Utusan Malaysia hari ini tampil dengan satu laporan menarik yang mengatakan pengarah filem terkenal, Badaruddin Azmi atau lebih dikenali dengan Bade dikatakan berkahwin buat kali kedua dengan seorang wanita muda baru baru ini.

Majlis meraikan pernikahan baru suami kepada Erma Fatima & seorang wanita muda berusia awal 30′an bernama Aida Abdul itu telah berlangsung di sebuah hotel di Cherating, Pahang pada 27 Mei lalu & turut dihadiri beberapa artis terkenal termasuk Rosyam Nor.
Wartawan Utusan Malaysia dalam laporan itu juga mendakwa mereka telah menerima gambar sekitar majlis perkahwinan tersebut walaupun usaha untuk mendapatkan pengesahan dari Bade mahu pun Erma Fatima sendiri menemui jalan buntu.
“Bade dan isterinya difahamkan telah bernikah sekitar dua bulan lalu di negara jiran. Wanita berkenaan juga merupakan orang yang terlibat dalam bidang penerbitan drama dan filem dan kini membantu produksi Bade sendiri,” jelas sumber.
Erma Fatima kini berada di Sepanyol untuk menjalani penggambaran karya terbarunya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Macam-macam kan! Apa Kata Anda?