Awek Hot Sewa Lelaki RM50 Untuk Setengah Hari

Seorang awek telah membuka tawaran kepada mana-mana lelaki yang sanggup disewa selama setengah hari tertakluk kepada terma dan syarat tertentu.
Di laman sosial Facebook, wanita itu yang mungkin malu kerana tidak berteman mahu menyewa seorang lelaki untuk sama-sama ke satu majlis kenduri kahwin pada 1 Jun depan
Lelaki yang disewa berkenaan haruslah berlakon sebagai teman lelakinya dengan kadar bayaran RM50 selama setengah hari.
Sudahlah hendak mencari teman dengan cara begitu, syarat yang ditetapkan wanita itu juga boleh tahan antaranya mahukan lelaki berketinggian 176cm ke atas, badan berisi tetapi tidak terlalu gemuk dan kurus.
Paling tidak dapat ditahan ialah apabila dia mencari seorang lelaki yang ada gaya untuk menjadi teman sementaranya itu.
Tidak diketahui bila iklan ‘terdesak’ ini dimuatkan ke dalam laman Facebookm Parit Buntar Is My Hometown tetapi jelas tindakan wanita ini dikecam warga Facebook.

Ulasan