VIDEO SEKS ARTIS FILIPINA MULA TERSEBAR

Penyanyi utama kumpulan Parokya Ni Edgar, Chito Miranda dan teman wanitanya yang juga seorang artis, Neri Naig telah dilihat beraksi dalam sebuah video
yang memaparkan mereka tidak berpakaian dan sedang berasmara telah dimuatnaik ke dalam laman YouTube.
Namun begitu, video tersebut telah ditarik balik dari laman YouTube. Bagaimanapun, terdapat beberapa gambar yang telah disiarkan semula oleh media sosial.
Menerusi Instagram milik Miranda, beliau meminta maaf atas tindakan segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab yang telah mencemarkan nama baik dirinya.
“Kami amat kesal dengan tindakan pihak tertentu menunjukkan video peribadi saya dengan teman wanita saya, Neri Naig. Saya memohon maaf daripada keluarga kami atas kejadian yang tidak sepatutnya berlaku ini,” katanya.
Sumber katakcomel.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Macam-macam kan! Apa Kata Anda?