VIDEO Pengurus JDT II Tumbuk Pengadil

Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang gempar apabila pengurus Johor Darul Takzim II , On Jabar bertindak menumbuk muka pengadil, Sukri Abdul Rahman sejurus selepas tamat aksi skuad itu menentang UiTM.
Dalam rekod video yang tersebar di laman sosial, On dilihat tiba-tiba menumbuk muka Sukri ketika pemain kedua-dua pasukan hendak meninggalkan padang, sebelum ia disuraikan dan dia dibawa keluar padang oleh pihak polis.
Difahamkan ia berpunca daripada rasa tidak puas hati dengan keputusan pengadil perlawanan tersebut.
Dalam laporan Utusan Malaysia, beberapa ratus penyokong JDT II turut berkumpul di perkarangan pintu masuk orang kenamaan (VIP) manakala segelintir daripada mereka mendesak pengadil untuk keluar dan memohon maaf kepada mereka.
Pengulas sukan, Serbageth Singh bertindak bertemu dengan penyokong yang berkumpul di luar stadium dan bertindak menenangkan mereka.
Beliau menjelaskan memang terdapat beberapa keputusan pengadil yang tidak tepat semasa permainan berlangsung.
Perlawanan tersebut menyaksikan JDT II terikat 2-2 dengan UiTM.

Ulasan