Jue Aziz Kantoi Nikah Dengan Orang Indon Secara Rahsia

Pelakon yang pernah dikaitkan dengan beberapa selebriti lelaki sebelum ini telah pun bernikah dengan seorang jejaka seberang di Indonesia.

Sumber kami memberitahu yang Jue Aziz telah pun selamat bernikah sekitar awal Mac lalu dengan seorang jejaka bergelar pemuzik bernama Bayu Daniels yang kerap membuat persembahan di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur.
Namun sumber kami yang lain pula berkata yang pasangan ini sudah selamat bernikah pada tarikh yang sama namun lokasinya masih tidak pasti sama ada di Indonesia atau Pulau Pinang.
Jika khabar yang kami terima ini benar belaka, tahniah kami ucapkan buat pasangan ini dan tidak perlu rasanya perkara baik untuk disorok dari pengetahuan ramai. Berikut beberapa gambar Jue Aziz bersama Bayu Daniels yang kami terima.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Macam-macam kan! Apa Kata Anda?