Foto Separa Bogel Adi Putra Tersebar

Baru-baru ini, peminat dunia hiburan tanah air heboh memperkatakan mengenai sekeping foto di dakwa Adi Putra dalam keadaan bertuala tanpa memakai baju yang tersebar di internet. Foto itu
didakwa telah dimuat naik di laman Instagram oleh bekas suami kepada wanita yang didakwa mempunyai skandal dengan Adi Putra sebelum ini.
Adi Putra yang ditemui pada sidang media teater Di Bawah Lindungan Kaabah berkata foto itu sikit pun tidak menghalangnya dari terus memberi impak dalam karya yang diadaptasi dari novel ulama terkenal Indonesia, Allahyarham Prof. Hamka itu.
“Saya tidak ambil peduli sangat tentang perkara ini kerana pada saya ianya sudah lama selesai dan isu itu tidak menghalang saya untuk terus memberi impak dalam teater ini”
“Saya tidak mahu komen banyak tentang hal itu. Saya pun tidak marah pada pihak yang memuat naik foto itu kerana siapalah saya yang kerdil ini. Apa yang penting saya bersabar,” katanya yang enggan mengulas panjang.
Penerbit teater Di Bawah Lindungan Kaabah, Siti Rohaya Atan pula yakin isu foto panas teraju utama teater tersebut, Adi Putra yang tersebar di internet baru-baru ini tidak menjejaskan penerbitan teater berkenaan.
Jelas Rohaya, sejak dari awal pemilihan Adi Putra bukan kerana mahu mengambil kesempatan dek isu peribadi yang mengaitkan aktor itu. Sebaliknya beliau melihat pada kredibiliti, bakat dan disiplin pelakon itu sekaligus yakin Adi mampu menjayakan watak Hamid.
“Isu peribadi dalam dunia artis ataupun dunia politik ni, itu perkara biasa dan lambat laun ia pasti akan berlalu seperti air hujan. Dalam satu teori kewartawanan oleh Rupert Mardock pun ada menyebut, isu panas satu-satu berita itu akan mati dalam masa 100 hari.
“Saya ada satu prinsip dan pendekatan sama ada kita hendak percaya atau tidak dengan cerita kontroversi itu, terpulang pada masing-masing. Saya sudah lama mengenali Adi. Dan saya cukup yakin dengan kredibiliti, bakat dan disiplinnya,” tambahnya.

Ulasan