Satelit China temui 'kawasan ' MH370 berada

Satelit China yang mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang pada Sabtu menemui “kawasan disyaki pesawat terhempas”, lapor CNN memetik agensi kerajaan China.

Ia dilihat sebagai satu lagi petunjuk baharu dalam misi mencari dan menyelamat yang memasuki hari keenam, hari ini.

Jabatan Sains, Teknologi dan Industri untuk Kementerian Pertahanan China mengumumkan penemuan itu termasuk imej yang dikatakan "tiga objek disyaki terapung dan saiz mereka."

Objek ditemui statelit tidak kecil: 13 x 18 meter (43 x 59 kaki), 14 x 19 meter (46 x 62 kaki) dan 24 x 22 meter (79 kaki x 72 kaki).

Sebagai rujukan, lebar sayap Boeing 777-200 yang hilang adalah kira-kira 61 meter (200 kaki) dan panjang keseluruhannya adalah kira-kira 64 meter (210 kaki).

Imej-imej diambil pada 9 Mac, sehari selepas pesawat hilang, tetapi tidak didedahkan sehingga awal pagi ini.

Agensi China memberikan koordinat longitud timur 105,63, 6.7 latitud utara, yang akan meletakkannya di perairan timur laut di mana ia berlepas dari Kuala Lumpur, Malaysia, dan selatan Vietnam, berhampiran Laut China Selatan bertemu Teluk Thailand.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Macam-macam kan! Apa Kata Anda?