MH370 : telah tersasar ratusan batu dari haluan sebenar destinasinya

Pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 terputus komunikasi termasuk isyarat ‘transponder’ yang sangat penting untuk memberitahu kedudukan altitud, arah dan juga kelajuan sekitar jam 1.30 pagi pada Sabtu.

Walaupun begitu, pergerakannya masih lagi berada dalam pantauan radar untuk satu jam 10 minit berikutnya sehinggalah pesawat tersebut hilang sepenuhnya tanpa dikesan dan dipercayai pesawat tersebut telah tersasar ratusan batu dari haluan sebenar destinasinya.

Perkara tersebut didedahkan oleh seorang pegawai Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) yang enggan dikenali kepada CNN dan senario tersebut nampaknya telah sekurang-kurangnya menerangkan tentang apa sebenarnya yang terjadi pada pesawat yang telah hilang secara misteri pada hari tersebut.

Ternyata, seandainya perkara tersebut adalah benar ianya ternyata akan menimbulkan seribu satu pertanyaan seperti mengapa komunikasi boleh terputus? Mengapa pesawat Boeing 777-200 itu boleh tersasar haluan? Di mana ianya berada?

Sesuatu telah terjadi pada pesawat tersebut dan ternyata ianya adalah lain dari kebiasaan terutama apabila ianya tersasar dari haluan asal. Namun, ianya sukar untuk tidak ditolak kemungkinan itu,” kata Mark Weiss, mantan juruterbang pesawat Boeing 777 dan sekarang bekhidmat untuk sebuah firma perundingan, Spectrum-group di Washington.

Sementara itu, bekas Pengarah Urusan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Nasional (NTSB) Peter Goelz, berpendapat bahawa jika benar informasi yang diberikan ini membuktikan bahawa terdapat seseorang yang sengaja memutuskan ‘transponder’ itu dan mengubah haluan pesawat itu dari laluan yang ditetapkan.

“Perlakuan ini adalah sesuatu yang aneh,” kata Goelz.

Sesetengah penganalisis kurang meyakini bahawa terdapat individu-individu yang ‘berkepentingan’ seperti perampas kapal terbang mahupun kru pesawat yang bermasalah.

Ada pula yang berpendapat bahawa masalah elektronik dalam pesawat tersebut berkemungkinan mendesak juruterbang dan kru cuba berpatah balik namun tidak berjaya.

Mantan Presiden Sumber Informasi Penerbangan yang juga seorang juruterbang veteran, Kit Darby menerangkan bahawa masalah bekalan kuasa mungkin antara perkara yang berlaku dalam pesawat tersebut.

“Sistem bekalan kuasa simpanan hanya mampu bertahan untuk satu jam sahaja dan lazimnya pada waktu-waktu genting seperti itu, juruterbang akan cuba berpatah balik ke lapangan terbang yang terdekat,” katanya.

Walau apa pun pendapat yang diberikan, ianya tetaplah sekadar teori malah, juruterbang berpengalaman yang pernah mengendalikan pesawat komersil terbesar sekalipun tidak dapat merumuskan selagi pesawat tersebut tidak ditemui.

Gerakan mencari besar-besaran mencari dan menyelamat yang dilancarkan oleh pelbagai negara gagal menemui sebarang petunjuk dan perkembangan tersebut hanyalah menambah lagi kerisauan dan kebimbangan terhadap keluarga dan waris 239 penumpang dan krew yang berada dalam pesawat tersebut.

Namun begitu, sekurang-kurangnya pendedahan pegawai TUDM itu diharap dapat memberi petunjuk walaupun kesahihan dan kesimpulannya itu masih lagi samar-samar.

Perbuatan yang disengajakan atau kerosakan mekanikal?

Menurut TUDM, ‘transponder’ pesawat tersebut didapati berhenti berfungsi ketika pusat kawalan trafik udara hilang komunikasi dengannya sekitar perairan di Vietnam.

Malah, TUDM juga kehilangan jejak pesawat tersebut yang dipercayai melewati Pulau Perak – sebuah pulau kecil di Selat Melaka yang terletak jauhnya ratusan batu dari kedudukan asal laluan pesawat Kuala Lumpur-Beijing.

Jika data tersebut didapati benar, pesawat itu telah terbang menuju ke Beijing dengan haluan yang tersasar iaitu berlawanan dengan laluan asalnya di Semenanjung Malaysia.

Apakah sebenarnya yang berlaku pada ‘transponder’, instrumen yang sangat penting dalam kokpit pesawat yang menerangkan informasi seperti kedudukan altitud, lokasi, arah dan kelajuan secara tiba-tiba tidak berfungsi?.

Goelz merasakan bahawa satu-satunya penyebab berkenaan adalah adanya seseorang yang sengaja menutup transponder tersebut untuk melindungi kedudukan pesawat dan arahnya.

“Mungkin wujudnya seseorang berniat jahat untuk mengambil alih pesawat dan mengendalikannya jauh dari haluannya dan mungkin dalam hal ini, merancang untuk membuatkan pesawat tersebut terhempas,”.

“Seseorang perlulah mempunyai tujuan yang tertentu untuk menutup transponder itu dan ianya mungkin ada penjelasan berbentuk mekanikal terhadap apa yang sedang berlaku namun, penjelasan berbentuk mekanikal itu agak tipis,”.

Juruterbang terlatih dan perunding penerbangan, Anthony Roman pula berpendapat kebakaran yang cepat mungkin telah berlaku pada kokpit pesawat dimana ianya menyukarkan krew pesawat untuk berbuat lebih dari berpatah balik ke destinasi asal.

“Api sangat berbahaya. Ianya boleh merebak dengan cepat dan memusnahkan segalanya termasuk sistem pesawat,” terang Roman kepada CNN.

Darby bagaimanapun tetap merasakan bahawa isu mekanikal adalah perkara yang berkemungkinan berlaku pada pesawat tersebut.

“Dalam pesawat tersebut, segalanya dipacu dengan elektrik. Dalam kata lainnya, jika berlakunya “kegagalan yang dahsyat” ianya pasti akan melumpuhkan keseluruhan sistem pesawat seperti transponder,”.

Jika situasi tersebut berlaku, pesawat tersebut telah terbang untuk satu jangka waktu yang tertentu tanpa bekalan elektrik.

Keadaan tersebut sangat menyukarkan juruterbang untuk mengendalikan pesawat dalam keadaan gelap terutama ketika dalam keadaan sistem pesawat tidak berfungsi kata Darby. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Macam-macam kan! Apa Kata Anda?