LELAKI GUNA PASSPORT CURI NAIK MH370 ADALAH RAKYAT IRAN

Gambar Hiasan
LONDON 11 Mac - Dua lelaki yang menggunakan pasport palsu untuk menaiki penerbangan MH370 dipercayai merupakan
rakyat Iran, lapor rangkaian televisyen BBC Persian hari ini.
BBC Persian melaporkan, dua lelaki Iran terbabit menggunakan pasport palsu dengan tujuan berhijrah ke Jerman dan Denmark.

Jelas laporan itu, seorang rakan daripada kedua-dua lelaki berkenaan mengaku menjemput mereka di Kuala Lumpur sebaik tiba dari Teheran beberapa hari sebelum berlepas ke Beijing menaiki pesawat MH370.
Mereka juga dipercayai membeli pasport berkenaan di Kuala Lumpur selain tiket ke Amsterdam melalui Beijing. - AGENSI


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Macam-macam kan! Apa Kata Anda?