Pemain Import T-Team DITUMBUK dan DI UGUT BUNUH oleh TENGKU MAHKOTA JOHOR!

Mohd Syahrizan, Pegawai Pentadbir Pasukan T-Team telah membuat laporan Polis pada 2/2/2014.

Beliau menyatakan pada 1/2/2014 jam 9.40 malam bertempat di terowong ke bilik  persalinan Stadium Tan Sri Dato Hj Hassan Yunos Larkin JB, seorang pemain dan pegawai Pasukan T Team telah diserang dimana pemain bernama Elvaldo Rodriguez Goncalves Cardoso telah ditumbuk dimuka oleh Presiden Persatuan Bolasepak Johor.

Seorang lagi jurulatih kecergasan pasukan bernama Stefano Impagliazzo telah disepak dibahagian kemaluannya oleh salah seorang pengiring Presiden Persatuan Bolasepak Johor.

Presiden Persatuan Bolasepak Johor ialah Tengku Mahkota Johor. 
Akibat kejadian tersebut Elvaldo telah mengalami pendarahan dihidung, manakala Stefano mengalami kesakitan dikemaluannya. 
Seorang lagi pemain T-Team iaitu Fabio Flor De Azevedo juga telah membuat laporan Polis menyatakan beliau telah diugut bunuh.

 
"FUCK YOU BRAZIL, I'LL KILL YOU . THIS IS MY COUNTRY" .. itulah kata-kata ugutan yang yang dikatakan dihamburkan oleh Presiden Bola Sepak Johor kepada pemain import pasukan T-Team Fabio Flor De Azevedo pada 1/2/2014 jam lebih kurang 9.40 malam di terowong ke bilik persalinan Stadium Tan Sri Hj Hassan Yunos, Larkin, Johor Bahru semasa waktu rehat separuh masa pertama perlawanan bola sepak Piala FA antara Pasukan T-Team melawan pasukan JDT.

Ekoran dari kejadian tumbuk dan kata-kata ugutan itu perlawanan separuh masa kedua telah di boikot oleh pasukan T-Team kerana merasakan keselamatan para pemain dan pegawainya sudah tidak terjamin maka pasukan T-Team terus bergegas keluar meninggalkan stadium Larkin.

Ulasan