Gambar Sharnaaz Buat Pemeriksaan Otak, Lulus Dengan HENSEM! Seperti Yang Disarankan Oleh Fauzi


Pada awal insiden pertelingkahan Sharnaaz dengan Lisdawati, suami kepada Lisdawati, Fauzi Nawawi, ada menyarankan agar Sharnaaz perlu membuat pemeriksaan otak berikutan dengan tindakannya yang dilihat tidak terkawal kerana menengking isterinya di lokasi pengambaran atas sebab masalah remeh temeh.Sharnaaz menjawab sindirian Fauzi Nawawi yang menyuruhnya membuat pemeriksaan otak dan hari ini Sharnaaz  telah memuatnaik gambar hasil keputusan ujian MRI MRA melalui Instagramnya seperti di bawah:
“Saya dah buat MRI MRA.. Scan otak pun dah.. Di kawal rapi oleh Dr @sherrini dari PPUM.. Saya lulus, otak saya sihat dan jugak hensem otak saya hehe.. Anda bagaimana??? Sudah check? #halussssss”
Sharnaaz sudah pun menyahut cabaran atau saranan ‘poyo’ Fauzi, apa lagi yang Fauzi mahu lagi selepas ini? Sharnaaz juga telah memohon maaf secara terbuka pada Lisdawati dalam siri temuramahnya bersama wartawan Harian Metro 


Namun Fauzi Nawawi dengan keegoan yang menebal di dalam dirinya enggan memohon maaf. Sebaliknya dia mahu menunggu Sharnaaz mengheret kes ini ke mahkamah.

Ulasan