Cara Buat Tuntutan Insurans I-BR1M untuk penerima BR1M 2014

Apakah i-BR1M? 
i-BR1M adalah pelan takaful yang memberi manfaat perlindungan kepada penerima BR1M kategori isirumah/ keluarga. i-BR1M bertujuan 
membantu meringankan tanggungan penerima
dan keluarga penerima sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal akibat 
kemalangan. Sumbangan i-BR1M ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia dan tiada kos dikenakan. i-BR1M diuruskan oleh 
konsortium pengendali Takaful. 

Siapakah yang layak untuk mendapatkan perlindungan i-BR1M? 
Semua penerima BR1M kategori isirumah/ketua keluarga yang mempunyai tanggungan layak mendapat perlindungan i-BR1M. Manakala 
penerima BR1M kategori bujang dan warga emas sebatang kara adalah tidak layak menuntut i-BR1M. 

Bilakah tempoh perlindungan i-BR1M? 
Tempoh perlindungan i-BR1M adalah dari 1 Januari 2014 hingga 31 Disember 2014. Manfaat akan dibayar sekiranya berlaku kematian/ 
kemalangan dalam tempoh perlindungan tersebut. 

Apakah manfaat-manfaat i-BR1M? 
Manfaat adalah seperti berikut: 
Manfaat Perlindungan Jumlah Dibayar Keadaan di mana manfaat-manfaat yang tidak dibayar 
Kematian Bukan Akibat 
Kemalangan 
RM1,000 
Manfaat tidak akan dibayar jika kematian/ kemalangan disebabkan secara langsung 
atau tidak langsung, sepenuhnya atau sebahagiannya oleh mana-mana keadaan 
yang berikut: 
 membunuh diri, cubaan membunuh diri atau mengakibatkan kecederaan diri 
sendiri yang disengajakan ketika siuman atau tidak siuman; atau 
 di bawah pengaruh alkohol, narkotik atau penyalahgunaan dadah selain daripada 
yang ditetapkan secara sah oleh Pengamal Perubatan; atau 
 hilang upaya bermula atau wujud sebelum 1 Januari 2014; atau 
 keadaan sedia ada. 
Kematian Akibat 
Kemalangan 
RM30,000 
Hilang Upaya Kekal 
Menyeluruh Akibat 
Kemalangan * 
RM30,000 
* Hilang Upaya Kekal Menyeluruh Akibat Kemalangan adalah berdasarkan keadaan yang bermaksud seperti berikut: 
a. kehilangan penglihatan kekal dan menyeluruh pada kedua-dua belah mata; atau 
b. kehilangan sekurang-kurangnya dua (2) anggota badan pada atau di atas pergelangan tangan atau buku lali; atau 
c. kehilangan penglihatan kekal dan menyeluruh pada sebelah mata dan hilang salah satu anggota badan pada atau di atas pergelangan tangan atau buku 
lali. 

Bagaimanakah anda membuat tuntutan manfaat? 
Borang tuntutan i-BR1M boleh didapati di pejabat pengendali Takaful atau boleh di dimuat-turun di: 
a. Laman web Persatuan Takaful Malaysia (MTA) di www.malaysiantakaful.com.my 
b. Laman web Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di http://www.hasil.gov.my 
c. Mana-mana laman web pengendali takaful yang mengambil bahagian 

Dokumen-dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut: 
Tuntutan Kematian Tuntutan Hilang Upaya Kekal Menyeluruh Akibat Kemalangan 
a. Borang Tuntutan i-BR1M yang telah dilengkapkan 
b. Sijil Kematian 
c. Salinan laporan polis yang disahkan (untuk tuntutan 
Kemalangan) 
d. Salinan IC dan penyata bank penerima manfaat 
e. Bukti hubungan penerima manfaat 
1) Pasangan – Sijil Perkahwinan 
2) Anak – Sijil Kelahiran 
3) Ibu bapa 
4) Adik beradik 
a. Borang Tuntutan i-BR1M yang telah dilengkapkan 
b. Salinan Kad Pengenalan penerima BR1M 
c. Salinan laporan polis yang disahkan 
d. Salinan IC dan penyata bank penerima manfaat 
e. Bukti hubungan penerima manfaat 
1) Pasangan – Sijil Perkahwinan 
2) Anak – Sijil Kelahiran 
3) Ibu bapa 
4) Adik beradik 

Kemukakan borang tuntutan i-BR1M bersama-sama dengan semua dokumen yang disenaraikan di atas di mana-mana pusat 
perkhidmatan atau pejabat cawangan pengendali Takaful seperti senarai di bawah. 

Senarai Pengendali-Pengendali Takaful 

AIA PUBLIC Takaful Bhd. (www.aiapublic.com.my) Prudential BSN Takaful Berhad (www.prubsn.com.my) 
AmFamily Takaful Berhad (www.amtakaful.com.my) Sun Life Malaysia Takaful Berhad (www.sunlifemalaysia.com) 
Etiqa Takaful Berhad (www.etiqa.com.my) Syarikat Takaful Malaysia Berhad (www.takaful-malaysia.com) 
Great Eastern Takaful Bhd (www.i-great.com) Hong Leong MSIG Takaful Berhad (www.hlmsigtakaful.com.my) 
Takaful Ikhlas Sdn Bhd (www.takaful-ikhlas.com.my) MAA Takaful Berhad (www.maatakaful.com.my) 
HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Sdn Bhd (www.takaful.hsbcamanah.com.my) 

Bilakah tuntutan akan dibayar? 
Borang tuntutan i-BR1M yang lengkap akan diproses dalam masa 10 hari bekerja dari tarikh permohonan beserta dokumen lengkap 
diterima oleh pengendali Takaful. 

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan tuntutan i-BR1M, sila hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan i-BR1M seperti 
berikut: 

Hotline: 03-2716 2716 Emel: i-BR1M@takaful-ikhlas.com.my 

Ulasan