Apex Bergelar Bapa, Leuniey Natasha Selamat Lahirkan Bayi Perempuan

Pemain bola sepak kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat atau Apex hari ini selamat bergelar bapa selepas isterinya Leuniey Natasha selamat melahirkan seorang bayi perempuan sekitar jam 3.00 petang tadi di Kota Bahru, Kelantan.

Leuniey Natasha selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka seberat 2.75 kilogram di Hospital Pakar Perdana, Kota Bahru selepas dimasukkan ke hospital itu, awal pagi tadi.
“Alhamdulillah, Leuniey dan bayi perempuan yang belum diberi nama berada dalam keadaan sihat,” ujar ibu Leuniey, Nor Laila Abu Bakar yang dihubungi Sinar Harian.
Tahniah buat Apex dan Leuniey Natasha sekeluarga atas kehadiran orang baru dalam hidup mereka, semoga menjadi penyeri hidup.

Ulasan