Schumacher masih koma pada hari lahir ke-45


RENOBLE - PERANCIS. Legenda Formula Satu (F1), Michael Schumacher masih dalam keadaan koma di hospital, di sini, pada hari lahir ke-45 beliau selepas mengalami kecederaan kritikal di bahagian kepala akibat kemalangan ketika bermain ski.

Doktor dan ahli keluarganya enggan mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai keadaan terkini pemandu handalan Jerman itu yang dimasukkan ke hospital sejak Ahad lalu apabila kepalanya terhantuk batu ketika bermain ski di Banjaran Alps menurut laporan AFP.

Ulasan