Nasir Bilal Khan Respon Gayanya Di Parody Oleh Pelawak Malaysia

Siapa yang tidak kenal dengan Nasir Bilal Khan, salah seorang pelakon yang cukup disegani ramai. Menerusi gaya lakonan yang cukup bersahaja lantas meskipun sudah mencecah usia 54 tahun, namun Nasir mempunyai ramai peminat baik dikalangan orang dewasa dan dikenali hingga ke golongan kanak-kanak.

Tambah-tambah sejak akhir-akhir ini gaya dan pembawakan karakaternya menerusi lakonan dalam drama Tanah Kubur sering dijadikan bahan jenaka oleh beberapa pelawak.
Menurut Nasir, beliau sedia maklum akan hal itu namun sedikit pun tidak berkecil hati apabila gayanya dari segi nada percakapan juga pergerakan diparodi dan menjadi gelak tawa ramai.
"Saya tahu tentang itu tapi saya tak kisah pun. Terpulang pada penonton. Bagi saya, saya tiada masalah. Kalau orang nak kutuk sekali pun saya tak kisah", katanya ketika ditemui pada tayangan media filem terbaru lakonannya Laga, bertempat di e@Curve, Damansara, semalam.
Menyentuh mengenai Laga pula, Nasir berkata filem arahan Ismail Yaacob ity mempunyai kekuatan tersendiri dari segi penceritaannya yang bukan saja memaparkan kisah laga ayam tetapi di sebaliknya terdapat mesej bahawa kita sebagai manusia adakalanya tidak terlepas daripada berlaga (bertelagah) sesama sendiri.
"Bagi saya, semua filem yang saya terlibat mempunyai kelainan dari segi penyampaian ceritanya. Bagi saya semua filem yang saya lakonkan mencabar.
"Laga bukan sekadar tentang laga ayam tapi tentang manusia. Kita juga berlaga sesama sendiri", katanya ringkas.
Dalam Laga, Nasir memengang watak Orang Kaya Dasuki yang mempunyai recana tersendiri untuk menundukkan musuh ketatnya, Hasan Laga, dalam pertarungan di medan sabung.
Selain Nasir Laga dibintangi pelakon berkaliber iaitu Wan Hanafi Su dan Eman Manan serta dibantu oleh Syazwan Zulkifli, Marsha Milah Londoh dan pelakon Indonesia, Tyas Mirasih.
Filem Laga bakal ditayangkan mulai 23 Januari ini.

Ulasan