Gempa Bumi Di Pontian Johor, Empat rumah kedai rosak


PONTIAN: Empat daripada 16 rumah kedai tiga tingkat di Kukup Laut di sini, rosak dengan tiang penyokong bangunan berkenaan hampir patah berikutan dua gegaran berlaku tadi, pagi tadi.

Kejadian berlaku kira-kira jam 8.40 pagi ketika orang ramai sedang bersarapan selain berurusan di lokasi berkenaan. Setakat ini tiada kemalangan jiwa atau kecederaan di laporkan. 


Kejadian dipercayai berlaku akibat pergerakan tanah yang tidak stabil di kawasan berkenaan.

Ulasan