Foto-foto sekitar Resepsi Perkahwinan Linda Onn & Ungku Azhar Di KL

Pernikahan Linda Onn dengan jejaka pilihan beliau ini menjadi perhatian ramai kira kira sebulan lalu kerana keputusan itu dianggap sebagai mengejut dari penyampai radio popular ini.

Majlis pernikahan Linda Onn & Ungku Azhar yang dijalankan secara tertutup juga menarik minat ramai lebih lebih lagi ada segelintir pihak mengatakan mereka sengaja menyorok dan menepikan media juga peminat.
Namun, majlis resepsi pasangan ini yang berlangsung secara sederhana dan intim di sebuah restoran di Kuala Lumpur memberikan mesej yang Linda Onn dan Ungku Azhar memang tidak gemar menghebahkan kisah perkahwinan mereka.
Menerusi gambar yang kami terima, kurang dari 200 orang tetamu yang terdiri daripada rakan rakan juga keluarga yang hadir ke resepsi perkahwinan pasangan ini yang mengambil tempat di Restoran Hadramawt, Kuala Lumpur. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Macam-macam kan! Apa Kata Anda?